Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 9 Oktober 2010

Gambar Hari Ini -- Semalu


Semalu
Kata Ralph Waldo Emerson, "A weed is a plant whose virtues have not yet been discovered."  Rumpai itu adalah pohon herbal yang belum ditemui khasiatnya.

Semalu tumbuh melata di negara kita, malangnya khasiatnya tidak diendahkan.  Saya terlihat iklan barang kosmetik dari Perancis.  Dalam produk tersebut bahan aktifnya telah diekstrak dari semalu.  Terpanggil pula saya untuk membaca lebih lanjut tentang semalu (daun, bunga, akar dan batang).  Rupa-rupanya semalu dah lama digunakan dalam perubatan.  Ia telah digunakan beribu tahun dalam perubatan India (Ayurveda) dan Cina.  Khasiatnya pun banyak.

--------------
Ada produk kosmetik yang menggunakan ekstrak dari semalu iaitu sebatian aktif phenol yang dikatakan mampu meningkatkan aras collagen, dengan itu mengekalkan keremajaan pemakai.

Tapi hati-hati, proses mendapatkan bahan aktif adalah melalui proses yang betul.  Biji dan bahagian lain dalam pokok ini juga mengandungi mimosine, bahan yang boleh menyebabkan rambut gugur.  Jadi, penawar ada, racun pun ada.

Ayurveda pula mencatatkan akar semalu yang pahit sebagai menyejukkan dan digunakan untuk mengubat penyakit kusta, disenteri, serta masalah rahim dan faraj, bengkak, melecur, asma serta keletihan.  Ada juga yang menggunakan pokok semalu untuk mengubat masalah mati pucuk. Yang peliknya, artikel yang sama juga menyarankan penggunaan semalu sebagai ubat kontraseptif iaitu untuk menghalang kehamilan.  Kalau boleh ubat masalah mati pucuk (kesuburan) macam mana pulak boleh digunakan sebagai kontraseptif.

2 ulasan:

  1. zaman kanak2 saya dan rakan amat suka bermain dengan semalu ni

    BalasPadam
  2. Di Amerika ketika saya belajar dulu, ia dijual dalam pasu di curio shop. Kalau tak silap dalam USD2.50 satu pasu. Ni baru tahu rupa-rupanya pokok ni banyak khasiat yang telah dibuktikan secara saintifik.

    BalasPadam