Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 23 September 2010

Sekarang Anda Tahu - Pokok Buah Ulat Bulu, Passiflora foetida

Pokok Buah Ulat Bulu - Passiflora foetida

Pokok ini merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Daun dan batangnya diselaputi bulu halus.  Batang dan daunnya berminyak dan apabila tersentuh pokok ini mengeluarkan bau.  Buahnya kecil sebesar guli bewarna hijau dan apabila masak bertukar menjadi kuning.  Ia diselaputi lapisan bersabut dan berbulu yang memberikan namanya, Buah Ulat Bulu.  Isinya berbiji kecil diselaputi palpa yang rasa manis dan masam seperti buah markisa.  Rasanya enak.  Bunga pokok ini juga kelihatan cantik.

Di negara kita pokok ini kebiasaannya dianggap rumpai.  Sebenarnya pucuk pokok buah ulat bulu enak dimasak sayur air (sayur manis) yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain.  Antara khasiatnya aalah ia boleh membuatkan anda merasa tenang.

Pokok ini berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah dan telah digunakan oleh orang tempatan untuk perubatan.   Akarnya digunakan untuk melegakan kejang otot dan juga digunakan untuk tenangkan orang yang diserang  histeria.  Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengurangkan bengkak apabila tercedera.


Passiflora foetida


Fetid Passionflower, Wild maracuja - Passiflora foetida
This plant is a climber using its tendrils. The leaves and stems are covered with soft hair. When rubbed, the leaves and stems release soapy oil with a strong unpleasant smell. The fruits are small, about the size of a marble, green in color and changed to yellow when mature. The fruits are covered with hairy layer, which gave its Malay name, buah ulat bulu meaning Caterpillar fruit. The pulps are small, bluish in color covering black seeds. The pulps are sweet and sour, sort of like passionfruit. The flower is beautiful.


In Malaysia this plant is considered weed. Actually, the leaves are edible and tasty when cooked. It has calming effect.


This plant is native to the United States and Latin America and were used by the locals as mecicine. The tincture of the roots are use to treat muscle spasm and to calm down a hysteria patient. The leaves are grounded and used to treat swelling when hurt.

4 ulasan:

  1. http://makan2.tumblr.com/post/7258447177/a-new-find

    tumbuhan yang sama ke? :)

    BalasPadam
  2. Ya, tumbuhan yang sama. Gembira bila dapat tahu Hanie juga dapat nikmati sayur kegemaran saya. :)

    BalasPadam
  3. Owh.... Pokok ni saya panggil pokok leletup@letup2 sbb suka mkn buahnya yg manis tu. Memang sedap! Tp skrg susah nak jumpa sbb x kawasan belukar atau semak lg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tanam dalam pasu, keringkan daun buat teh. Time tak boleh tdo m,alam atau senggugut boleh minum. Kalau tak suka rasanya, boleh buat sayur air dan makan ketika senggugut.

      Padam