Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 25 September 2010

Membuat Baja Kompos Sendiri, Bahagian 1 daripada 2

MUNGKIN ADA ANTARA rakan yang mengambil keputusan untuk buat sendiri baja kompos dengan membiarkan bahan organik reput dan terurai. Untuk proses penguraian, kita perlukan bantuan bakteria pengurai. Kita bernasib baik kerana iklim negara kita yang panas lembap membuatkan proses membuat baja kompos menjadi lebih cepat berbanding negara yang mempunyai 4 musim.


Kurangkan jumlah sampah di tempat pelupusan sampah.  Jangan buang atau bakar bahan organik.  Jadikan baja kompos.  Sama-sama kita selamatkan bumi.


Bakteria pengurai bertindak pantas apabila sumber organik (makanan mereka) mempunyai perkadaran karbon:nitrogen antara 15 hingga 30:1. Maksudnya bagi setiap 15 hingga 30 bahagian karbon, terdapat satu bahagian nitrogen.

Berikut adalah sumber karbon dan nitrogen untuk rujukan rakan-rakan.  Nilai yang diberi adalah secara kasar sahaja.

Sumber karbon
Kulit kayu 100 hingga 130:1
Cebisan kadbod 200 hingga 250:1
Hampas teh/kopi 20:1
Sisa buah-buahan 35:1
Daun hijau 40 hingga 80:1
Cebisan kertas surat khabar 150 hingga 200:1
Habuk gergaji 100 hingga 230:1
Jerami 50 hingga 100:1
Cebisan kayu 200 hingga 700:1

Sumber nitrogen
Rumbut yang dipotong 15 hingga 25:1
Rumput kering 25:1
Tinja lembu 20:1
Tinja ayam 5 hingga 10:1
Sayuran 13 hinggga 25:1

Bahan yang tidak sesuai dijadikan kompos
Daging, ayam, keju, tinja kucing/anjing, ikan, lemak, minyak masak kerana ia akan menarik lalat dan mengeluarkan bau busuk.
Limau nipis kerana ia akan menjadikan kompos berasid dan membunuh bakteria pengurai.

Bahan yang sesuai dijadikan kompos
Sisa buah-buahan, sisa sayur-sayuran, potongan rumput, lalang dan semak samun, rumpai laut, kulit kayu, hampas kopi/teh, sabut kelapa, sabut kelapa sawit, kulit telur, cebisan kertas, cebisan kadbod, jerami, dan cip kayu.

Bersambung ke bahagian 2

37 ulasan:

  1. Kalau tanaman komersial, rasanya terpaksa guna racun atau tanam dalam tempat tertutup (misalnya guna jaring). Ini kerana kuantiti pokok yang banyak serta kawasan yang luas. Lagipun pengguna mahukan sayur yag kelihatan cantik tanpa kesan dimakan serangga. Kalau tanam untuk dapur sendiri tak perlu guna racun perosak. Rugi kalau guna. Kita boleh kutip aja haiwan perosak, atau tanam herba antara pokok sayur. Belalang dan ulat tidak akan dekat kalau terbau mint, lemon balm, rosemary, selasih, kesom atau serai. Boleh juga buat semburan haiwan perosak sendiri menggunakan bahan yang selamat.

    BalasPadam
  2. Mungkin boleh buka satu tread lagi berkenaan kawalan makluk perosak, kerana penyakit pokon adakalanya berlainan untuk jenis yang berlainan..
    Kalau tanam sendiri elakan dari mengunakan racun kimia, saya mempunyai kenalan yang mengushakan kebun sayuran dan melihat malah mencuba sendiri racun2 tersebut. Kenalan saya pernah diberi peringatan kerana setelah dibawa sample ke lab jabatan pertanian didapati kandungan racun yang digunakan adalah racun yang diharamkam tapi bolih didapati dengan senang....

    BalasPadam
  3. Saya setuju. Kita akan bincangkan juga tentang serangan penyakit.

    BalasPadam
  4. sy pun sedang belajar2 buat kompos sendiri...dalam skala kecil lah, utk kegunaan sendiri...

    BalasPadam
  5. En is.. Saya Cuba untuk buat kompos menggunakan rumput2 yang baru di potong.. Saya kumpulkan setempat Dan biarkannya disitu.. Sesekali saya campurkan sisa sayuran Dan buah2an be berapa hari ni saya lihat busut kompos tumbuh cendawan batangnya panjang warna putih, topinya warna hitam... Adakah ini normal atau kompos saya tak menjadi sebab dah sebulan saya tunggu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurul perlu campurkan tanah supaya organisma dalam tanah dapat bantu uraikan rumput dan sayur tersebut. Sesekali siram himpunan tersebut dengan air. Cendawan dapat cepatkan proses penguraian.

      Kalau ikut dalam buku, ia hancur dalam 4 bulan. Itu negara sejuk. Di negara kita, saya buat, bila campur tanah, dua minggu dah mul;a hancur. kalau sebulan dah hancur.

      Padam
  6. Ooooo... Kena campur tanah.. Klu saya letak kan di bhgn atas shj tanahnya boleh tak..?

    BalasPadam
  7. Boleh. Tujuannya supaya organisma pengurai dapat menguraikan bahan organik tersebut.

    BalasPadam
  8. salam en.is, kami pun buat kompos secara berterusan dirumah..segala sisi kebun, makanan & daun2 buang dlm lubang.

    sharing our enty: http://oursimplegarden.blogspot.com/2012/08/making-your-own-organic-compost-at-home.html

    BalasPadam
  9. kat rumah sy selalu ade byk kulit oren dan carrot klu sy nk buat kompos boleh x ,adakah sy kene tanam atau biarkan di sekeliling taanaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulit carrot boleh buat kompos. Kulit oren tak boleh. Pertama sebab kulit oren ada aromatic oil. Kedua sebab ia menurunkan pH kompos terlalu rendah kerana ia beRASID.

      Padam
  10. Askum Tuan.. Nk tnye sket la,lau buat kompos dlm bekas kite kena lobangkn x bwhnye?

    BalasPadam
  11. Salam Tuan. adakah bekas untuk buat kompos itu memerlukan pengaliran udara dan cahaya matahari ? adakah tanpa pengaliran oksigen dan cahaya, kompos tidak akan terjadi ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tiada pengaliran udara, penguraian anaerobik akan berlaku. Kompos akan berbau busuk.

      Padam
  12. Salam tuan, longgokan sampah saya selalu kena hujan. Habis basah. Adakah ini akan mengurangkan potensi menjadi kompos?

    BalasPadam
  13. Kena tutup ke? Sbb skrg musm hujan

    BalasPadam
  14. Assalam tuan, kulit nenas sesuai tak utk buat kompos ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang mengatakan kulit nenas mempunyai keasidan yang tinggi dan tidak sesuai dijadikan kompos. Pada pendapat saya jika sekadar kulit dari sebiji nenas tiada masalah.

      Padam
  15. kalau rumput/lalang/semak samun yang telah diracun sesuai tak utk jdkn baja kompos?

    BalasPadam
  16. salam tuan, saya cuba buat kompos dari pelepah sawit dgn mencampurkan EM-1, adakah berhasil kompos saya?

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum. ...taik arnab boleh ke?

    BalasPadam
  18. As Salam.

    Sy banyak diberi daun kering. Ukuran daun +- 1 sampai 1,5 cm
    Sy rencana masukkan daun ini ke pot bunga yg + mol tape + campur tanah + kulit buah + tanah. Tutup bagian atas dengan sabut kelapa

    Apa cara saya ini benar?

    BalasPadam
  19. Tuan is...kertas majalah dan A4 yg dicarikan boleh ke kita sebagai sebahagian dari kompos kita

    BalasPadam
  20. Tuan is...kertas majalah dan A4 yg dicarikan boleh ke kita sebagai sebahagian dari kompos kita

    BalasPadam
  21. tahi kucing boleh ke? kalu tak boleh kenape ye..

    BalasPadam