Di musim hujan begini tomato berbuah dengan lebat. Cuma ada antara tomato menerima terlebih air dan menjadi pecah akibat bengkak air. Tapi ketika musim begini tiadalah pokok yang mati kekeringan kerana kekurangan air. Jadi kira give and take lah. InsyaAllah saya akan tambah lagi beberapa jenis benih tomato yang best best. Nantikan kehadirannya.
Gambar menunjukkan tomato baka kampung, isinya padat dan meaty, cuma saiz buah tak sekata. Elok kalau tanam di rumah. Enak dibuat sos atau sambal. Bila pokok mula berbuah aja, daun mula keriting akibat kekurangan air.
Jika tanam tomato atau lain-lain buah yang berair, pastikan pokok mendapat air yang secukupnya terutama ketika pokok mula berbuah.

Buah Tomato yang dapat dituai ranum. Tiada suntikan lalat buah. |