Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 28 Oktober 2020

Berkebun di dalam bakul

Aktiviti berkebun di dalam bakul.  Yang ini saya siram secara manual.  Hari ini, semai benih kangkung.

Selasa, 27 Oktober 2020

Menuai Moringa

Saya tanam.moringa tak banyak, hanya di pekarangan rumah.  Untuk pastikan dapat tuai daun yang banyak saya sentiasa tuai daunnya, supaya tumbuh tunas baharu dan pokok menjadi rimbun.

#PembajaanIrigasi No 2

#PembajaanIrigasi
 Semalam saya sebut, dua sebatian nitrogen yang diserap tumbuhan.
 Ion nitrat diserap dengan banyak melalui akar. lon ammonium diserap
 melalui daun. Yang serap melalui daun, biasanya kita sembur pada daun.

Baja yang disembur pada daun, kita sebut baja foliar.  Kat sekolah pun kita ada belajar tentang Kitar Nitrogen ni. Kita ada belajar, gas nitrogen di udara apabila terkena kilat diikat menjadi sebatian nitrogen. 

Nitrogen juga diikat melalui aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Bakteria uraikan protein daripada haiwan dan tumbuhan yanng telah mati menghasilkan ammonia. Tanah juga dapat ammonia daripada penguraian baja tak organik. 

Ammonia beracun bagi tumbuhan. Sebab itu kalau kita tabur baja tinja ayam yang tidak diproses, pokok mati.  Sebab ammonia akan diproses menjadi nitrit oleh bakteria, yang juga beracun kepada tumbuhan.
 
Begini, mula-mula ammonia ditukar kepada nitrit. Yang ini beracun kepada tumbuhan. Kemudian nitrit ditukar kepada nitrat. Ya betul, semua ni kerja bakteria.
 Semua ini akiviti  bakteria aerobik, maksudnya perlukan oksigen.
 
Yang pengikat nitrogen bagaimana pula? Tumbuhan tak serap nitrogen daripada udara. Bakteria ikat nitrogen menjadi sebatian yang boleh diserap oleh tumbuhan. Ada bakteria hidup didalam nodul kacang (legume) membantu mengikat nitrogen dan hasilnya diserap oleh tumbuhan.
 
Di kilang, sebatian dihasilkan melalui Proses Haber, yang kita belajar kat Sekolah menengah tu.
Ya, proses Habel menghasilkan baja kimia.

Isnin, 26 Oktober 2020

#PembajaanIrigasi No 1

Minggu lepas ada berjanji untuk buat posting tentang pembajaan dan irigasi. Cerita ni panjang sebenarnya. Untuk dapat flow yang mudah diikuti pengikut, saya akan tulis semula postings.

 Kira macam restartlah.  Sebenarnya saya masih tercari-cari kaedah postings untuk topik ini.  Nak tulis (guna teks) atau nak buat video. Sebab apabila di fikirkan, kalau tulis panjang ceritanya.  Pengikut jadi bosan.

 Nanti saya seperti bercakap seorang, syok sendiri. Tiada orang yang akan baca sepenuhnya. Nak buat video, nak letak kat mana? Sebab dalam youtube, posting video saya tak tersusun. Mungkin saya perlu susun semula atau namakan semula video supaya lebih tersusun dan mudah diikut.

Jumaat, 23 Oktober 2020

Keceriaan

Jika menternak, waktu paling ceria adalah waktu makan.  Ayam itik diberi makan awal pagi, selepas subuh.  Untuk suka sula kadang kadang saya beri extra, di waktu tenhahari.

Khamis, 22 Oktober 2020

Petua Hilangkan Kahak

Tonton

Posting Hari Ini

Selamat kembali ke laman tanamsendiri.  Mulai saat ini, blog ini akan kembali menjadi platform utama aktiviti tanamsendiri.
Video akan diletakkan di saluran tanam sendiri di youtube.  Jangan lupa ya, sentiasa singgah di blog tanamsendiri.com

Untuk video, saya akan letakkan link seerti ini.