Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 14 Disember 2020

Tabiat Berkebun

En. Iskandar, mengapa menyemai sepasu sehari, dan buat tiap tiap hari?

Supaya jadi tabiat.  Bila dah jadi tabiat, tiadalah masa takde moid berkebun.

Berkebun ni elok untuk kita.  Makanan sihat tu, kira bonus.

Untuk tawaran benih, ebook, kelas online dan lain lain, sertai group tawaran tanamsendiri.

Khamis, 10 Disember 2020

Tanamlah sayur walaupun di dalam pasu

Semai sepasu sehari, 60 hari dah dapat 60 pasu.  Kalau satu peket benih tanam 2 pasu, perlu 30 peket aja.  Benih boleh dapat kat group tawaran tanamsendiri.
Semai satu pasu panjang sehari, bulan pertama dah dapat makanan segar.  Kalau ada 30 peket benih, satu peket semai 2 pasu panjang, semai satu pasu sehari, 2 bulan dah dapat 60 pasu.  Susun elok elok, cantik pekarangan rumah.







Sauerkraut, selepas 3 hari

https://youtu.be/cZJpT_Rvtpk

Isnin, 30 November 2020

Ayam Pekarangan Rumah, postiing 1


Posting 1
Sebenarnya apabila saya sebut "saya akan undi orang yang berjanji akan usahakan massa untuk ternak beberapa ekor ayam di pekarangan rumah bertanah", saya tidak bergurau.
Ternak beberapa ayam (5 ekor), akan pautkan kita dengan penghasilan makanan sendiri.  Peraturan yang melarang orang menternak dan berkebun di pekarangan rumah, pada pendapat saya adalah suatu yang menyekat hak seseorang untuk menghasilkan makanan sendiri.
Menternak lima ekor ayam di pekarangan rumah tidak akan menghancurkan industri poultry negara.  Ia juga tidak akan merosakkan alam sekitar, sebagaimana yang dicanangkan oleh golongan pembenci haiwan ternakan pekarangan rumah.
Pada pendapat saya, aktiviti menternak beberapa ekor ayam di pekarangan rumah adalah bermanfaat kepada komuniti setempat dan seharusnya digalakkan.
Dalam dua dekad yang lalu, menternak ayam hiasan telah menjadi trend.  Ketika itu ramai orang bandar menternak ayam hiasan bersaiz kecil, sebagai pet, dan juga sebagaii komoditi, kerana harga ayam hiasan yang matang tinggi.  
Bagaimana pun, trend tersebut tidak kekal lama kerana minat massa terhadap ayam hiasan semakin berkurang.
Sekarang, kita boleh rangkum aktiviti menternak ayam di pekarangan rumah bandar kepada dua kumpulan.
1)  kumpulan yang menternak ayam untuk bekalan telur dan daging, serta sebagai sumber pendapatan sampingan.
2)  kumpulan yang menternak ayam sebagai pet, atau haiwan perhiasan.
Mereka mungkin mengutip telur untuk dimakan, dikongsi dengan kawan-kawan, atau dieram untuk dibiakkan.  Kadang-kadang golongan ini menganggap diri mereka sebagai "environmentalist".
Apa-apa pun alasan yang diberikan untuk menternak ayam di pekarangan rumah, yang pasti, jumlah ayam yang ada cukup untuk kita semua, jika semua orang ingin menternak ayam di pekarangan rumah.  
Apakah tujuannya saya bawa topik ini ke dalam tanamsendiri?
Sebenarnya saya ingin kongsikan agrisistem yang boleh diamalkan yang memanfaatkan kebun di pekarangan rumah.  Sistem memberi makan, penjagaan, serta pengurusan sisa tinja, dan ayam juga boleh bekerja untuk kebun kita, dengan mengutip-makan serangga perosak.  Ayam menjadi satu daripada elemen di dalam rantaian makanan di dalam sistem kebun kita.
Walaupun hubungan ini agak kabur pada pandangan masyarakkat kita, kerana sumber makanan segar mereka adalah daripada pasaraya, saya berharap idea ini dapat diterap oleh follower yang berkebun di pekarangan rumah.
Idea ayam sebagai komoditi dalam keluarga orang bandar bukanlah suatu yang mustahil dicapai.  Kita boleh suaikkan ayam ke dalam sistem yang sedia ada.  Kalau selama ini kita komposkan sisa dapur, sekarang kita boleh jadikan makanan ayam.  Ia bertindak sebagai komposter dan memberikan kita telur yang segar.  Tinja yang dihasilkan adalah sisa makanan yang diproses dengan segera, menjadi makanan hidupan di dalam tanah yang akhirnya  diserap oleh tumbuhan.
Sekiranya kita rancang elok-elok, semuanya akan berfunggsi baik dengan sendiri, dan kebersihan serta keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan.
Persektaran yang bersih memastikan tiada penularan penyakit, dan kita dapat bekalan makanan berkhasiat, seterusnya meningkatkan tahap kesihatan kita.
Benar, ternnak 5 ekor ayam bagi setiap pekarangan rumah tidak akan menjadikan penghuninya kaya raya.  Namun begitu ia mampu merubah gaya hidup masyarakat kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Lebih banyak kita tahu tentang ayam pekarangan rumah, lebih banyak peluang untuk kita manfaatkannya.
Jadi minggu ini saya tambah lagi satu thread dalam siri postings #ayampekaranganrumah serta #ternakanpekaranganrumah.  InsyaAllah satu posting seminggu.
InsyaAllah di akhir tahun depan terkumpul 52 postings di dalam siri ini. 
Sila follow dan share postings dalam siri ini.

Ahad, 15 November 2020

Kelas online #menapai

Hari ni ambe buat cuka apple cider 2 botol.  Modal RM10, hasilnya nanti bernilai RM60.
Untung 500%.  Mana orang nak bagi untung sebegitu?

Belajarlah cara #menapai.
Saya tunggu whatsapp 01162266136.  Contact ya.

Isnin, 2 November 2020

Makanan Ternakan

Ada ternakan tak makan makanan yang diberi pagi ni, sebab dah dapat yang lebih sedap dan berkhasiat.  Makan apa ya?

Rupa rupanya kutip buah fig yang luruh ranum dengan daun mulberi dan beluntas yang ambe pangkas semalam.

Ahad, 1 November 2020

Aktiviti Mengutip Telur

Apabila menternak ayam itik, mengutip telur jadi satu daripada aktiviti si waktu terluang.

Rabu, 28 Oktober 2020

Berkebun di dalam bakul

Aktiviti berkebun di dalam bakul.  Yang ini saya siram secara manual.  Hari ini, semai benih kangkung.

Selasa, 27 Oktober 2020

Menuai Moringa

Saya tanam.moringa tak banyak, hanya di pekarangan rumah.  Untuk pastikan dapat tuai daun yang banyak saya sentiasa tuai daunnya, supaya tumbuh tunas baharu dan pokok menjadi rimbun.

#PembajaanIrigasi No 2

#PembajaanIrigasi
 Semalam saya sebut, dua sebatian nitrogen yang diserap tumbuhan.
 Ion nitrat diserap dengan banyak melalui akar. lon ammonium diserap
 melalui daun. Yang serap melalui daun, biasanya kita sembur pada daun.

Baja yang disembur pada daun, kita sebut baja foliar.  Kat sekolah pun kita ada belajar tentang Kitar Nitrogen ni. Kita ada belajar, gas nitrogen di udara apabila terkena kilat diikat menjadi sebatian nitrogen. 

Nitrogen juga diikat melalui aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Bakteria uraikan protein daripada haiwan dan tumbuhan yanng telah mati menghasilkan ammonia. Tanah juga dapat ammonia daripada penguraian baja tak organik. 

Ammonia beracun bagi tumbuhan. Sebab itu kalau kita tabur baja tinja ayam yang tidak diproses, pokok mati.  Sebab ammonia akan diproses menjadi nitrit oleh bakteria, yang juga beracun kepada tumbuhan.
 
Begini, mula-mula ammonia ditukar kepada nitrit. Yang ini beracun kepada tumbuhan. Kemudian nitrit ditukar kepada nitrat. Ya betul, semua ni kerja bakteria.
 Semua ini akiviti  bakteria aerobik, maksudnya perlukan oksigen.
 
Yang pengikat nitrogen bagaimana pula? Tumbuhan tak serap nitrogen daripada udara. Bakteria ikat nitrogen menjadi sebatian yang boleh diserap oleh tumbuhan. Ada bakteria hidup didalam nodul kacang (legume) membantu mengikat nitrogen dan hasilnya diserap oleh tumbuhan.
 
Di kilang, sebatian dihasilkan melalui Proses Haber, yang kita belajar kat Sekolah menengah tu.
Ya, proses Habel menghasilkan baja kimia.

Isnin, 26 Oktober 2020

#PembajaanIrigasi No 1

Minggu lepas ada berjanji untuk buat posting tentang pembajaan dan irigasi. Cerita ni panjang sebenarnya. Untuk dapat flow yang mudah diikuti pengikut, saya akan tulis semula postings.

 Kira macam restartlah.  Sebenarnya saya masih tercari-cari kaedah postings untuk topik ini.  Nak tulis (guna teks) atau nak buat video. Sebab apabila di fikirkan, kalau tulis panjang ceritanya.  Pengikut jadi bosan.

 Nanti saya seperti bercakap seorang, syok sendiri. Tiada orang yang akan baca sepenuhnya. Nak buat video, nak letak kat mana? Sebab dalam youtube, posting video saya tak tersusun. Mungkin saya perlu susun semula atau namakan semula video supaya lebih tersusun dan mudah diikut.

Jumaat, 23 Oktober 2020

Keceriaan

Jika menternak, waktu paling ceria adalah waktu makan.  Ayam itik diberi makan awal pagi, selepas subuh.  Untuk suka sula kadang kadang saya beri extra, di waktu tenhahari.

Khamis, 22 Oktober 2020

Petua Hilangkan Kahak

Tonton

Posting Hari Ini

Selamat kembali ke laman tanamsendiri.  Mulai saat ini, blog ini akan kembali menjadi platform utama aktiviti tanamsendiri.
Video akan diletakkan di saluran tanam sendiri di youtube.  Jangan lupa ya, sentiasa singgah di blog tanamsendiri.com

Untuk video, saya akan letakkan link seerti ini.