Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 9 Oktober 2018

Petak No. 2

Pagi ni masuk ke pekarangan rumah, tengok tengok apa yang harus dibuat.  Petak tepi, no 2, walaupun telah dipangkas, kembali naik merimbun tahap semak.  Nak dikerat buang, semuanya makanan berkualiti. Contohnya Moringa ini.  Masalah bila kita amalkan kaedah berkebun organik secara permakultur, kita pertu tanam sekali sahaja, rezeki yang datang tak putus.  Walau pun pangkas itu menghasilkan ruang yang tersusun, kita secara tidak langsung mengurangkan hasil, dan bahagian yang dikerat, apa yang harus dilakukan?
Hari ini saya akan alih pokok Moringa daripada petak ini, masukkan sebahagian daripada pokok bayam samba (brazil) ke dalam pasu, dan pangkas pokok beluntas. Sebahagian daripada  daunnya akan dituai untuk dibuat makanan ternakan,  selebihnya akan dikomposkan.

Pokok Moringa yang tumbuh di dalam petak No. 2