Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 14 September 2018

Sawi Jepun

Sawi jepun, saiz kecil.  Yang matang tumbuh dalam 5 inci tinggi.  Boleh tuai seluruh pokok atau tuai daun.  Enak dibuat ulam, celur, atau masak kicap. Jangka masa semai hingga tuai, 5 hingga 6 minggu.

Cara tanam mudah aja.  Gaulkan tanah dengan baja organik, misalnya pellet tinja ayam, atau baja kopi, siram dan biarkan seminggu. Sementara itu, semai benih ke dalam tanah kompos, peatmoss, cocopeat, atau tanah kebun (topsoil).  Satu lubang sedalam 1 cm, tabur 3 benih.  Siram dan tutup.  Ia akan bercambah dalam masa 2 atau 3 hari.  Apabila keluar daun, alih ke tempat cerah.

Pastikan tanah sentiasa lembap.  Peringkat awal tidak perlu membaja.  Selepas dua minggu, dah tumbuh daun sebenar iaitu daun yang serupa dengan daun pokok matang, cuma saiznya sahaja yang kecil, anda dah boleh alih.

Alih di sebelah petang.  Alih ke dalam pasu sekurang-kurangnya 6 inci dalam, atau ke tanah yang anda dah sediakan sebelum ini.

Empat hari pertama, anak pokok mungkin kelihatan lemah dan layu.  Ini terjadi kerana pokok tumpukan pada pertumbuhan akar.  Apabila akar dah kukuh, pokok akan tumbuh dengan cepat.  Kebiasaannya anda boleh tuai 2 minggu kemudiannya.

Benih ada stok.  Satu pek ada lk 100 benih.  Harganya RM2 satu pek.  Ia juga ada ditawarkan dalam set tawaran sebagaimana dalam link di bawah. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1546530422116648&id=279725375463832 

Sawi Jepun yang saya tanam di dalam pasu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan