Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 10 September 2018

Pokok Asysta gangetica

Sayur, kalau omputeh tak makan, kita tak boleh makan.  Bukan begitu.  Dan kita mulalah membazirkan sumber makanan kita, dan untuk pastikan ia tidak disentuh, kita namakan seperti ini -- "Rumput Israel".
Sayur ini, bukan rumput pun.  Ia jenis herbaceaus.

Bayam Nyonya, atau nama botani Asysta gangetica, tumbuh melata dalam kebun.  Oleh sebab ia tumbuh melata tanpa ditanam, pokok ini dianggap rumpai.

Semasa tinggal di Kuantan dahulu, ada jiran yang makan.  Masak seperti bayam katanya.  Saya sendiri, saya tanam sebagai makanan arnab kerana pokok ini kaya dengan protein.  Lagi pun pokok ini mudah tumbuh walau pun di musim kering.

Hari ini kita cerita tentang Bayam Nyonya, rasa serta khasiatnya.

Orang Malaysia tak ramai yang makan atau manfaatkannya, walaupun ia tumbuh melata.  Mayam ini bukan sahaja terdapat di tempat kita.  Ia juga tumbuh melata di Semenanjung Arab dan Afrika.

Sayur ini popular di Afrika.  Ia dimasak bersama sayur daun yang lain atau bersama kacang.  Di tempat kita, ia ditanam dikebun buah sebagai pokok penutup bumi dan bunganya sebagai penarik lebah dan serangga pendebunga.  Ada juga yang tanam sebagai makanan ternakan terutamanya lembu.  Saya beri arnab makan kerana ia kaya dengan protein dan karbohidrat.

Bayam nyonya kaya dengan protein, karbohidrat, Kalsium, Magnesium, Ferum, beta-carotene, thiamin, niacin, riboflavin, serta asid askorbik.

Kawan-kawan boleh masak seperti bayam.  Rasa pun macam bayam.

Di Afrika, air rebusan Bayam Nyonya digunakan untuk kurangkan sakit ketika melahirkan anak.  Ada yang proses buat minyak urat, untuk sapu pada kali yang terseliuh atau tersalah urat.

Akarnya dijadikan serbuk, untuk ubat sakit perut dan juga disapu jika dipatuk ular.

Di Indonesia dan Filipina, daunnya direbus dan dicampur jus limau nipis, diminum untuk legakan batuk.

Jangan lupa Like atau follow page tanamsendiri.com dan tanamsendiri.com untuk pelbagai aktiviti berkebun di rumah.
---------------------------
Tawaran Benih
Set Beginner
Bayar RM30 sahaja
Set Mengandungi 15 peket benih yang mudah tumbuh serta mudah dijaga.
Sila whatsapp 0183601610 atau pm untuk pesanan.
Benih termasuk:
Bendi, sawi, kailan, bayam, kangkung, timun jepun, dan kacang panjang.

Pokok Bayam Nyonya, Asysta gangetica.

3 ulasan:

  1. Ada satu lagi variati yg berbunga besar. Yang itu lebih sedap dan lembut daunnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum jummpa vavriety yang itu.

      Padam
    2. Saya belum jummpa vavriety yang itu.

      Padam