Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 19 Julai 2018

Tentang Tanah, posting petikan daripada eBook

Lama saya tak posting dalam blog.  Sekarang masik aktif posting tapi dalam page facebook.  Ini kerana sekarang saya buat daripada hp.  Apps blog yang ada, agak sukar dikendali.  Bagaimanapun, saya akan cuba.

Tanah adalah sumber yang paling berharga di dalam kebun di perkarangan rumah anda, ataupun mana-mana aktiviti berkebun, kecuali aktiviti yang tidak menggunakan tanah, misalnya hidroponik, aeroponik, dan akuaponik.  Ada yang bertuah, mendapat tanah yang elok, kaya dengan nutrien serta elok strukturnya.  Tetapi tidak ramai orang yang bertuah seperti itu.  Untuk mereka yang tinggal di taman perumahan, biasanya tanah di perkarangan rumah, strukturnya padat dipenuhi dengan batu batuan sisa binaan.

Anda tidak perlu risau. Ini bukannya suatu masalah yang besar, kerana tanah adalah sumber yang boleh dialih. Struktur tanah pula boleh dibaiki.
Batu batuan boleh dialih, kalau tidak sekali gus, secara sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan ruang berkebun akan mempunyai tanah yang bermutu tinggi dan proses berkebun akan menjadi lebih mudah untuk diselenggara. Anda hanya perlu bersabar dan lakukan setakat yang terdaya.
Dalam aktiviti berkebun secara organik, anda perlu anggapkan bahawa tanah itu suatu entiti yang hidup. Oleh itu, anda perlu melayan tanah sebagai sesuatu yang hidup. Ini kerana jika tanah hidup, ia akan menjaga tanaman kita, dan sebagai pulangan, anda akan mendapat tuaian yang segar lagi berkhasiat.

Inilah sasaran kita.

Tentang tanah, bahagian 1, dipetik drp eBook, ms 153, fail 1 daripada 4 fail.

-------------
Untuk eBook ini, harga tawaran jualan ketika ini ialah RM30. Tapi ini sebenarnya bukan harga sebenar. Harga biasa kami ialah RM200. Ketika ini ada diserahkan kepada pembaca untuk review dan sunting mana-mana yang boleh dinaikkan mutu. Bila settle ubahsuai ikut komen dan saranan pembaca, ebook ini akan dijual dengan harga asal.
Jadi, harga RM30 ini sah hingga 31 Ogos. Mulai 1 September, 2018, harga eBook ini ialah RM200.

Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar Ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

Tiada ulasan:

Catat Ulasan