Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 20 Julai 2018

Tentang tanah, dipetik daripada halaman 154, eBook "Menanam Secara Organik di Rumah"

Memang, tanah lah elemen yang paling penting di dalam aktiviti berkebun.  Hari ini saya sambung posting daripada posting semalam.
---------------
Tanah adalah kunci utama di dalam aktiviti berkebun secara organik.  Sebenarnya adalah adalah suatu yang menjadi sumber kepada kehidupan kita. Orang terdahulu amat menghormati tanah, sehingga mereka menganggap tanah mempunyai roh yang tersendiri.  Dari sinilah munculnya istilah “semangat” tanah di kalangan petani dan pesawah di zaman dahulu.  Aktiviti berkebun dilakukan dengan teliti supaya tidak merosakkan semangat tanah.  Ini tidak menghairankan kerana orang terdahulu mengamalkan berkebun secara organik.  Mereka sedar, untuk menghasilkan tanaman yang subur, mereka perlu pastikan tanah kekal “hidup”.

Tanah adalah lapisan atas kerak bumi yang telah terhasil apabila batu batuan pecah atau terhakis.  Selain daripada bahan yang berasal daripada batu batuan yang terhakis, tanah juga mengandungi udara, air, serta bahan organik.  Bahan organik di dalam tanah dicerna oleh hidupan yang ada di dalam tanah, menghasilkan nutrien yang sedia untuk diserap oleh tanaman.

Anda perlu menjaga tanah supaya ada hidupan di dalam tanah dan hidupan tersebut dapat mencerna bahan organik, menjadi bahan yang lebih ringkas, oleh itu dapat diserap oleh tanaman dengan mudah.  Tanah yang “mati” tidak lagi mampu mencerna bahan organik, dan ini menyebabkan tanah menjadi kurang serasi dan tidak akan menghasilkan tanaman yang subur.



Tentang tanah, bahagian 2, dipetik drp eBook, ms 154, fail 1 daripada 4 fail.

-------------
Untuk eBook ini, harga tawaran jualan ketika ini ialah RM30. Tapi ini sebenarnya bukan harga sebenar. Harga biasa kami ialah RM200. Ketika ini ada diserahkan kepada pembaca untuk review dan sunting mana-mana yang boleh dinaikkan mutu. Bila settle ubahsuai ikut komen dan saranan pembaca, ebook ini akan dijual dengan harga asal.

Jadi, harga RM30 ini sah hingga 31 Ogos. Mulai 1 September, 2018, harga eBook ini ialah RM200.

Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar Ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

Tiada ulasan:

Catat Ulasan