Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 25 Julai 2018

eBook Baharu: Kekal Cantik Tanpa Kosmetik


#eBookKekalCantikTanpaKosmetik
Buku ini (eBook "Kekal Cantik Tanpa Kosmetik") mendedahkan ramuan lazim yang ada di dalam produk kosmetik dan kesihatan yang berbahaya jika diamal guna.  Dengan maklumat tersebut anda dapat membaca ramuan dan tentukan berdasarkan maklumat tersebut samada produk tersebut selamat atau serasi untuk digunakan.

Anda juga akan belajar cara untuk menentukan samada anda mempunyai kulit yang kering, berminyak, sensitif, atau gabungan jenis tersebut, serta bahan semula jadi yang sesuai untuk digunakan untuk membantu anda mendapat kulit yang kekal cantik sebagaimana yang diidamkan.

Saya juga meletakkan resepi produk penjagaan kulit yang boleh diamal guna secara harian atau mingguan mengikut kesesuaian serta keserasian anda untuk mendapat kulit yang ceria, bertenaga, serta awet muda, sebabgaimana yang diidamkan.

Anda juga akan ditunjukkan ramuan yang dapat membantu menghasilkan tone kulit yang lebih elok, mengurangkan kedut, serta melembapkan kulit. 

Saya juga akan tunjukkan petua amalan yang mudah diturut supaya anda dapat kekalkan keremajaan kulit serta badan.
Selamat membaca dan selamat kekal cantik.

Jumaat, 20 Julai 2018

Tentang tanah, dipetik daripada halaman 154, eBook "Menanam Secara Organik di Rumah"

Memang, tanah lah elemen yang paling penting di dalam aktiviti berkebun.  Hari ini saya sambung posting daripada posting semalam.
---------------
Tanah adalah kunci utama di dalam aktiviti berkebun secara organik.  Sebenarnya adalah adalah suatu yang menjadi sumber kepada kehidupan kita. Orang terdahulu amat menghormati tanah, sehingga mereka menganggap tanah mempunyai roh yang tersendiri.  Dari sinilah munculnya istilah “semangat” tanah di kalangan petani dan pesawah di zaman dahulu.  Aktiviti berkebun dilakukan dengan teliti supaya tidak merosakkan semangat tanah.  Ini tidak menghairankan kerana orang terdahulu mengamalkan berkebun secara organik.  Mereka sedar, untuk menghasilkan tanaman yang subur, mereka perlu pastikan tanah kekal “hidup”.

Tanah adalah lapisan atas kerak bumi yang telah terhasil apabila batu batuan pecah atau terhakis.  Selain daripada bahan yang berasal daripada batu batuan yang terhakis, tanah juga mengandungi udara, air, serta bahan organik.  Bahan organik di dalam tanah dicerna oleh hidupan yang ada di dalam tanah, menghasilkan nutrien yang sedia untuk diserap oleh tanaman.

Anda perlu menjaga tanah supaya ada hidupan di dalam tanah dan hidupan tersebut dapat mencerna bahan organik, menjadi bahan yang lebih ringkas, oleh itu dapat diserap oleh tanaman dengan mudah.  Tanah yang “mati” tidak lagi mampu mencerna bahan organik, dan ini menyebabkan tanah menjadi kurang serasi dan tidak akan menghasilkan tanaman yang subur.



Tentang tanah, bahagian 2, dipetik drp eBook, ms 154, fail 1 daripada 4 fail.

-------------
Untuk eBook ini, harga tawaran jualan ketika ini ialah RM30. Tapi ini sebenarnya bukan harga sebenar. Harga biasa kami ialah RM200. Ketika ini ada diserahkan kepada pembaca untuk review dan sunting mana-mana yang boleh dinaikkan mutu. Bila settle ubahsuai ikut komen dan saranan pembaca, ebook ini akan dijual dengan harga asal.

Jadi, harga RM30 ini sah hingga 31 Ogos. Mulai 1 September, 2018, harga eBook ini ialah RM200.

Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar Ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

Khamis, 19 Julai 2018

Tentang Tanah, posting petikan daripada eBook

Lama saya tak posting dalam blog.  Sekarang masik aktif posting tapi dalam page facebook.  Ini kerana sekarang saya buat daripada hp.  Apps blog yang ada, agak sukar dikendali.  Bagaimanapun, saya akan cuba.

Tanah adalah sumber yang paling berharga di dalam kebun di perkarangan rumah anda, ataupun mana-mana aktiviti berkebun, kecuali aktiviti yang tidak menggunakan tanah, misalnya hidroponik, aeroponik, dan akuaponik.  Ada yang bertuah, mendapat tanah yang elok, kaya dengan nutrien serta elok strukturnya.  Tetapi tidak ramai orang yang bertuah seperti itu.  Untuk mereka yang tinggal di taman perumahan, biasanya tanah di perkarangan rumah, strukturnya padat dipenuhi dengan batu batuan sisa binaan.

Anda tidak perlu risau. Ini bukannya suatu masalah yang besar, kerana tanah adalah sumber yang boleh dialih. Struktur tanah pula boleh dibaiki.
Batu batuan boleh dialih, kalau tidak sekali gus, secara sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan ruang berkebun akan mempunyai tanah yang bermutu tinggi dan proses berkebun akan menjadi lebih mudah untuk diselenggara. Anda hanya perlu bersabar dan lakukan setakat yang terdaya.
Dalam aktiviti berkebun secara organik, anda perlu anggapkan bahawa tanah itu suatu entiti yang hidup. Oleh itu, anda perlu melayan tanah sebagai sesuatu yang hidup. Ini kerana jika tanah hidup, ia akan menjaga tanaman kita, dan sebagai pulangan, anda akan mendapat tuaian yang segar lagi berkhasiat.

Inilah sasaran kita.

Tentang tanah, bahagian 1, dipetik drp eBook, ms 153, fail 1 daripada 4 fail.

-------------
Untuk eBook ini, harga tawaran jualan ketika ini ialah RM30. Tapi ini sebenarnya bukan harga sebenar. Harga biasa kami ialah RM200. Ketika ini ada diserahkan kepada pembaca untuk review dan sunting mana-mana yang boleh dinaikkan mutu. Bila settle ubahsuai ikut komen dan saranan pembaca, ebook ini akan dijual dengan harga asal.
Jadi, harga RM30 ini sah hingga 31 Ogos. Mulai 1 September, 2018, harga eBook ini ialah RM200.

Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar Ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610