Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 13 Jun 2018

Habis gas sebelum sahur

Sebelum Ramadhan, kami ada pressure-canned pelbagai lauk.  Tujuannya, jika ada aral, tak sempat masak, anak-anak ada lauk untuk berbuka.  Mereka hanya perlu masak nasi. Lauk tu, kalau nak panaskan boleh, nak makan terus pun boleh sebab ia disimpan di dalam gerobok atau di dalam kotak, tidak disimpan di dalam peti sejuk.  Macam macam kami pressure canned. Kuah, bubur jagung, kari daging, sambal telur, sayur pun.

Oh ya, ada satu yang saya masak biar perfect.  Of courselah ada kekurangan, tapi saya ubah sebelum pressure-canned.  Patin masak tempoyak.  Untuk uji ketahanan, saya letak aja atas meja makan aja.

Semalam time prepare sahur, gas habis!
Mujur nasi dah masak, lauk tak sempat masak.
Bila mem beritahu gas habis, saya kata tak perlu risau.
Kita makan lauk patin masak tempoyak dengan ulam sambal tomato.

Saya keluar ke verandah, kerat anak kangkung dan ginseng jawa untuk ulam.
Pop, buka balang sambal tomato. Puteri pula minta sambal tempoyak, so pop buka balang sambal tempoyak.

Kemudian, pop balang 450ml patin masak tempoyak.  Tak dapat panaskan sebab gas tak ada.  Tuang, dapat semangkuk.

Bila makan, masuk mulut, masyaAllah macam yang kat RNR Temerloh.  Sedapnya.

Syukur.  InsyaAllah lepas raya kita tambah satu lagi produk, patin masak tempoyak, right to your door-steps.