Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 5 Februari 2018

Petak Timun

Bismillahirrahmaanirrahiim,  kita mulakan denagn ayat ringkas ini, sebab itu yang diajarkan kepada kami, bila nak mulakan suatu yang baik-baik.

Dua minggu yang lalu saya buka batu blok petak herba, dan extend petak tersebut.  Saya lapiskan tanah dengan satu lapisan kotak yang disiat dan tutup ruang tersebut dengan tanah campuran tanah liat dan pasir.  Tanah tersebut digaul dengan kompos dan sterusnya ditabur baja pellet tinja ayam.  Niat saya, nak tunggu dua minggu. 
Selepas seminggu saya periksa tanah, banyak hidupan tanah dah berkunjung, dan tanah kelihatan cantik.  pH pun cantik, iaitu 7.00.
Walaupun baru seminggu, saya ambil keputusan untuk terus berkebun.  Saya tabur dulu benih sawi sebagai penanda.  Jika bercambah dengan cepat, tanah dah cantik.  Keesokan harinya saya periksa benih tersebut, dah bercambah.  Jadi petang itu saya alih empat anak pokok timun yang saya dah semai sebulan sebelum tu.
Pagi keesokan harinya, saya periksa pokok, semua dah settle don, dan kelihatan tunas yang ada kudup bunga jantan dan betina.
Apabila bunga mekar, alhamdulillah banyak serangga pendebunga berkumpul.  Cantik.
Hari ini, ddah seminggu lebih pokok timun di dalam petak timun, semalam buat tuaian ke dua.  Tuaian menjadi ulam mee hoon goreng, dinikmatan bersama keluarga dan follower tanamsendiri yang datang berkunjung.
Nikmat makan, tak mampu ditolak.


3 ulasan: