Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 18 Januari 2018

Penulisan eBook

Tahun 2017, saya perasan ada peralihan dalam medium penulisan saya iaitu daripada penulisan buku bercetak kepada eBook sepenuhnya.  Ada kawan-kawan yang hubungi minta buku bercetak, tapi saya tidak lagi tulis buku bercetak.  Alasannya, proses penulisan untuk saya tidak lagi semewah dahulu.  Dengan buku bercetak, saya perlukan storage untuk simpan buku-buku yang belum terjual. 
Dahulu saya ada stok beberapa naskah daripada buku-buku saya yang telah diterbitkan.  Tak banyak, hanya 20 naskah untuk setiap title.  Itu pun saya terpaksa sewa ruang atas kedai hanya untuk simpan buku-buku tersebut.  Kos ruang sewa, api air walaupun minimum, meningkat.  Apabila saya ambil keputusan untuk henti menyewa, semua buku satu floor tu terpaksa dilepaskan.  Sedih juga tapi ia tak viable lagi.
Dengan beralih kepada eBook sepenuhnya, saya selesaikan masalah storan secara fizikal, dan tiada lagi pembaziran kertas akibat baki buku yang tak habis terjual.  Jika kawan-kawan inginkan buku bercetak, kawan-kawan masih boleh dapatkan eBook daripada kami dan cetak eBook tersebut di kedai pencetak atau cetak sendiri.  Jadi kawan-kawan ada pilihan cara binding, jenis kertas, serta jenis cetakan.  Lebih customise.
Minggu ini saya menyiapkan eBook "Buat Sendiri Jeruk Timun" iaitu ebook tentang cara membuat jeruk timun fermentasi menggunakan air garam.  Ia sebenarnya ada kaitan dengan aktiviti berkebun kerana proses menjeruk membantu kita mengawet tuaian yang berlebihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan