Cacing tanah ada banyak baka, biasanya dikategorikan mengikut tempat ia ditemui. Saya ingin kutip cacing tanah daripada baka anageic iaitu jenis yang tinggal di permukaan tanah. Baka ini memakan daun kering. Apa yang saya buat ialah saya himpunkan daun hijau dan daun kering di atas permukaan simen dekat pokok di tepi rumah. Saya tutup himpunan daun dengan polibeg.
Apabila daun hancur seperti di dalam gambar di atas, saya kais tanah dan kutip cacing. Di dalam himpunan ini saya dapat kutip 60 ekor anak cacing tanah. Di dalamnya juga ada dua ekor lipan dan banyak kutu kayu. Cacing tanah yang saya kutip tidak besar tetapi baka ini cepat membiak. Ia menepati kriteria yang saya inginkan.
Tujuan saya kumpul cacing baka ini ialah untuk dibiakkan dalam himpunan kompos sisa kebun, supaya daun cepat reput dimakan cacing tersebut.
Salam singgah dan follow :)
BalasPadamhttp://www.akuseorangtraveler.com