Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 25 Januari 2018

Gangguan Kera Di Taman Perumahan


Masalah kera di taman perumahan?
Pernah dengar perumpamaan orang dulu-dulu, "Seperti kera kena belacan"? Orang melayu dah tahu lama rahsia ni, tapi orang melayu kini, hanya sekadar perumpamaan.
Ini cara saya. Kera haiwan cerdik. Jangan buat mereka marah. Mereka pendendam, dan berupaya menjadi jahat.
Tapi janganlah dicederakan mereka, kerana habitat mereka dah habis dibangunkan. Ke mana lagi mereka nak pergi?
Pergilah kemana-mana pun, tapi janganlah di kawasan perumahan kita. Nanti habis tanaman dikerjakan mereka.
Saya pernah buat pelbagai perangkap, hanya jadi bahan ketawa kera-kera tu. Tapi tak mengapa, kita masih ada kelebihan. Apa-apa yang kita viralkan dalam media sosial, rahsia tak terbocor kepada masyarakat kera.
Ikut cara saya.
Kera nak makan. Kita bagi dia makan dulu. Atas pagar kita, gantung pisang. Mula-mula kera akan waswas, mungkin tak makan. Mana tahan, pisang tu. Ia akan makan.
Esok letak lagi, letak lebih. Ia akan brag pada kawan-kawan. Ada dermawan gantung pisang.
Lusa letak lagi, letak lagi banyak. Maka kera-kera akan datang dengan gerombolannya. Yang bawa akan bangga. Lusa, lagi banyak akan datang. Kemungkinan semua akan datang, dan akan makan tanpa waswas.
Guna chopstick atau kayu yang bersih, cucuk dan sumbat belacan ke dalam pisang. Jangan ada tinggal tanda kat luar. Gantung.


Bila kera makan, ia tak akan perasan ada belacan.
Ia tidak akan membunuh, tapi ia akan menggaru-garu kerana gatal. Kera alah kepada belacan.
Bila kena, ia akan lari dan akan dimarah kera lain yang terkena belacan. Kera tidak akan ganggu lagi kawasan kita. Ia akan pindah ke perumahan lain.
Saya tidak ada lagi masalah kera.
Sila Like dan Share supaya dimanfaatkan oleh kawan-kawan.

Khamis, 18 Januari 2018

Penulisan eBook

Tahun 2017, saya perasan ada peralihan dalam medium penulisan saya iaitu daripada penulisan buku bercetak kepada eBook sepenuhnya.  Ada kawan-kawan yang hubungi minta buku bercetak, tapi saya tidak lagi tulis buku bercetak.  Alasannya, proses penulisan untuk saya tidak lagi semewah dahulu.  Dengan buku bercetak, saya perlukan storage untuk simpan buku-buku yang belum terjual. 
Dahulu saya ada stok beberapa naskah daripada buku-buku saya yang telah diterbitkan.  Tak banyak, hanya 20 naskah untuk setiap title.  Itu pun saya terpaksa sewa ruang atas kedai hanya untuk simpan buku-buku tersebut.  Kos ruang sewa, api air walaupun minimum, meningkat.  Apabila saya ambil keputusan untuk henti menyewa, semua buku satu floor tu terpaksa dilepaskan.  Sedih juga tapi ia tak viable lagi.
Dengan beralih kepada eBook sepenuhnya, saya selesaikan masalah storan secara fizikal, dan tiada lagi pembaziran kertas akibat baki buku yang tak habis terjual.  Jika kawan-kawan inginkan buku bercetak, kawan-kawan masih boleh dapatkan eBook daripada kami dan cetak eBook tersebut di kedai pencetak atau cetak sendiri.  Jadi kawan-kawan ada pilihan cara binding, jenis kertas, serta jenis cetakan.  Lebih customise.
Minggu ini saya menyiapkan eBook "Buat Sendiri Jeruk Timun" iaitu ebook tentang cara membuat jeruk timun fermentasi menggunakan air garam.  Ia sebenarnya ada kaitan dengan aktiviti berkebun kerana proses menjeruk membantu kita mengawet tuaian yang berlebihan.

Rabu, 3 Januari 2018

Mengutip Cacing Untuk Kompos Daun Kering

Cacing tanah ada banyak baka, biasanya dikategorikan mengikut tempat ia ditemui. Saya ingin kutip cacing tanah daripada baka anageic iaitu jenis yang tinggal di permukaan tanah. Baka ini memakan daun kering. Apa yang saya buat ialah saya himpunkan daun hijau dan daun kering di atas permukaan simen dekat pokok di tepi rumah. Saya tutup himpunan daun dengan polibeg.
Apabila daun hancur seperti di dalam gambar di atas, saya kais tanah dan kutip cacing. Di dalam himpunan ini saya dapat kutip 60 ekor anak cacing tanah. Di dalamnya juga ada dua ekor lipan dan banyak kutu kayu. Cacing tanah yang saya kutip tidak besar tetapi baka ini cepat membiak. Ia menepati kriteria yang saya inginkan.
Tujuan saya kumpul cacing baka ini ialah untuk dibiakkan dalam himpunan kompos sisa kebun, supaya daun cepat reput dimakan cacing tersebut.

Tahun ini, aktiviti berkebun diteruskan

Alhamdulillah kita dah masuk ke tahun yang baharu, 2018. Kebun di perkarangan rumah dah penuh dengan pokok perennial yang daunnya dituai sebagai sayur dan teh. Jadi kami sekeluarga tak perlu bimbang putus bekalan makanan di tengah malam. Maklum sajalah, anak-anak sedang membesar, lapor sokmo. Walau pun begitu, semua sihat, fit, dan tidak gendut.
Tahun ini kami mula hidupkan semula aktiviti menanam sayur hijau semusim, dan yang paling mudah, kangkung. Ini kerana sekarang musim tengkujuh, banyak serangan perosak.  Kangkung tahan serangan, jadi memudahkan kami menjaga.
Saya ada semai sedikit untuk jangka pendek. Selebihnya akan ditanam atas batas timbun. Niat saya, tiap tiap minggu akan diagihkan kepada anak-anak, maklum sajalah, ramai dah keluar, melalui cabaran hidup bersendiri.

Selasa, 2 Januari 2018

Posting Pertama Tahun Ini

Kawan-kawan yang belum biasa dengan tanamsendiri, blog ini ditulis oleh saya, Iskandar Ab. Rashid sebagai catatan dalam aktiviti yang berkait dengan berkebun di rumah.  InsyaAllah tahun ni kami rancang untuk tambah lagi skop ilmu berkebun di rumah.

Daripada ilmu tentang benih, menyemai, tumbuhan, memantapkan tanaman, menuai, memasak, mengawet, serta aktiviti integrasi haiwan ternakan, dll yang berkait. Sudah tentu, kami juga perlu survive, ada bill perlu dibayar, ada keperluan. Ini dipenuhi melalui sokongan kawan-kawan melalui perkongsian dan pembelian benih, ebook, dan lain-lain, serta penghebahan melalui Like dan Share, Follow, serta komen yang positif serta membina.

Sebelum kita mulakan aktiviti tahun ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan atas sokongan yang diberikan.
Untuk tahun ini kita mulakan dengan ungkapan "Bismillahirrahmaanirrahiim".