Sabtu, 11 Februari 2017

Pilihan Makanan yang Betul Mampu Menyelamatkan Nyawa Anda

Ada beberapa kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa makan dapat membendung kita daripada musibah penyakit.  Daripada kajian yang dibuat, hampir 70% daripada serangan sakit jantung dapat dibendung sekiranya kita memilih makanan yang betul.

Satu daripada makanan yang betul ialah Moringa oleiffera.  Memang doh, dia promote pokok tu, sebab tu dia buat posting ni.  Itu mungkin tomahan yang rakan-rakan berikan.  Sebenarnya disebaliknya.  Apabila saya mendapat tahu khasiat pokok ini, baharu saya promote.  Sebelum promote, saya banyak membuat rujukan.  Lepas itu saya sendiri amal makan.  Bukan setahun atau dua tahun.  Lama.

Kita semua tahu, sel yang bengkak adalah satu daripada punca serangan sakit jantung.  Sel pada dinding salurdarah bengkak, salur darah menjadi sempit.  Darah sukar mengalir, oleh itu jantung terpaksa bekerja lebih kuat.

Moring adalah anti bengkak.  Jika amal makan, sel tidak lagi bengkak.  Salur darah menjadi luas dan darah dapat mengalir dengan lancar.  Jantung tidak lagi perlu bekerja keras.

Lagipun Moringa adalah antioksidan.  Antioksidan membantu mengukuhkan salur darah.  Salur darah menjadi segah dan darah dapat mengalir dengan lancar.

Kita semua tahu bahawa tekanan darah yang tinggi juga menjadi punca serangan sakit jantung.  Moringa mengandungi L-Arginine, iaitu asid amino yang digunakan untuk membina nitrik oksida, iaitu bahan yang dapat menurunkan tekanan darah.  Apabila tekanan darah turun, risiko serangan sakit jantung juga dapat dikurangkan.

Ada yang promote pil supplement.  Semua tu bagus.  Tapi saya nak tawarkan lagi bagus.  Anak pokok Moringa oleifera.  Anak pokok berumur 3 bulan hanya RM50.  Anak pokok 11 bulan, hanya RM150.  Ya betul, ada yang tuduh saya mengigau sebab pegang harga.  Khabarnya dia beli hanya RM14 kat pasar tani.  Saya terima hakikat tersebut, saya mengigau.  Tapi igauan ini memberi perkhabaran tentang khasiat pokok ini kepada rakan-rakan.  Yang tuduh mengigau, tidak pernah contribute kepada page ini dalam bentuk apa sekali pun.

Jom, layan orang mengigau dengan tawaran yang mampu menyelamatkan nyawa.  Hubungi 0183601610 untuk pesanan.  RM50 atau RM150 ini mampu menyelamatkan nyawa.  Lagipun daun moringa enak rasanya.

Daun Moringa oleifera hasil tanaman kami.

Rabu, 1 Februari 2017

Baby Kangkung Sebagai Salad

Kebiasaannya kalau kita fikirkan tentang ulam dan salad, kita fikirkan salad lettuce. Ada juga yang tanam salad cina, atau celtuce. White asparagus, katau peniaga benih daripada negara China. Masalah bila menanam salad, masa yang diambil terlalu lama. Ia pula kadang-kadang bergetah dan pahit. Ini tidak elok jika kita ingin latih anak-anak memakan sayur.

Saya ada cuba pelbagai sayur untuk dimasukkan ke dalam mangkuk salad. Salad lettuce memang enak, tetapi masa menunggu terlalu lama. Ada yag kata selepas alih, ia mengambil masa 3 minggu sahaja. Ini benar jika persekitaran serasi. Cahaya tak boleh terlalu cerah, tetapi tidak pula boleh terlalu teduh. Air pula perlu setara. Jika menanam secara hidroponik, ok. Jika secara organik, masalah sedikit. Terlalau lama menunggu. Maksudnya, risiko juga tinggi kerana semakin lama tanaman mengambil masa untuk matang, semakin tinggi risiko ia diserang serangga perosak.

Penyelesaiannya, saya pilih sayur tempatan. Kebiasaannya sayur tempatan, kita tanam mengggunakan keratan. Memang ia dah sebati dengan cara orang kita, “bercucuk” tanam, bukan “menyemai benih” tanam. Apa yang saya maksudkan ialah kangkung. Sayur ini berkhasiat, kaya dengan mineral. Ia popular sebagai sayur, tetapi kurang popular sebagai salad dan ulam.

Saya mula belajar makan kangkung sebagai ulam daripada mertua yang ketika itu singgah di rumah. Memang enak kangkung segar cicah sambal belacan. Daripada situ saya cuba kangkung daripada pelbagai peringkat dalam pertumbuhannya.

Saya dapati, kangkung paling enak dibuat salad, ketika umurnya yang disemai daripada benih, tiga minggu selepas bercambah. Oleh kerana kangkung ini masih muda, hanya ada dua atau tiga set daun, saya namakannya “baby kangkung”.

Semai di dalam tanah yang diperkaya dengan bahan organik. Tidak perlu alih semaian. Apabila cambahan berumur tiga minggu, kerat batangnya kira-kira 2 hingga 3 cm daripada aras tanah. Hidangkan sebagai salad.


Saya ada hidangkan sebagai salad kepada anak-anak dan cucu yang masih kecil. Mereka gemarkannya. Lebih enak daripada salad, kata mereka.

Baby kangkung sebagai salad.