Ahad, 29 Januari 2017

Kandungan Asid Amino di dalam Daun Moringa oleifera

Ada ahli sains yang buat analisis kandungan daun Moringa oleifera. Betullah yang ambe warwarkan selama ini. Lagi baik, nisbah kandungan amino asid yang ada di dalamnya setara dengan nisbah amino asid yang diperlukan oleh badan serta fungsinya. Ini belum termasuk nutrien dan mineral yang sememangnya padat di dalam daun moringa.

Saintis ini senaraikan 18 jenis amino asid yang ada di dalam daun moringa. Izinkan ambe senaraikan.

Isoleucine, asid amino perlu. Diperlukan badan untuk membina protein dan enzim, merangsang otak, membantu memulihkan otot selepas riadah, menyelia aras gula di dalam darah, serta membina sel darah merah (hemoglobin) yang penting untuk mengangkut oksigen ke sel di dalam badan.

Leucine, asid amino perlu. Diperlukan di dalam otot dan lemak. Juga digunakan di dalam hati. Ia diperlukan di dalam bio-sintesis sterol di dalam badan. Leucine merangsangkan pertumbuhan otot dan menghalang kemerosotan otot.

Lysine, asid amino perlu. Penting untuk pertumbuhan yang sempurna, dan memainkan peranan penting di dalam pembinaan Carnitine, nutrien yang bertanggungjawab menukarkan asid lemak kepada tenaga, serta membantu mengurangkan kolesterol. Lysine membantu penyerapan kalsium, juga menjadi peneraju dalam pembentukan kalogen yang memanfaatkan tulang, tisu penghubung termasuk kulit, tendon, dan rawan. Lysine juga membentuk antibodi, hormon dan tisu penghubung.

Methionine, asid amino perlu. Mempunyai keupayaan membekalkan sulfur serta sebatian lain yang diperlukan untuk metabolisma dan pertumbuhan. Sulfur adalah satu unsur utama yang penting untuk menghasilkan beberapa jenis nutrien antioksidan. Ia mengurangkan kolesterol dan mengurangkan lemak di dalam hati sambil meningkatkan produksi lesitin.

Phenylalanine, asid amino perlu. Badan kita akan tukarkan asid amino ini kepada tyrosine, sejenis lagi asid amino yang diperlukan untuk membina protein, dan neurotransmiter, termasuk L-dopa, epinephrine, dan norepinephrine, serta hormon tiroid. Norerephinephrine memberi kesan kepada mood kita, iaitu bentuk ephinephrine yang disyorkan untuk mengubat kemurungan.

Threonine, asid amino perlu. Ia membantu hati untuk kurangkan lemak, mengekalkan imbangan protein, serta membantu kardiovaskular, hati, sistem saraf tunjang, dan sistem pertahanan badan, iaitu dengan menghasilkan antibodi. Ia berkait dengan penghasilan kalogen, elastin, tisu penghubung, serta tisu otot, terutamanya pada jantung, yang mana threonine ditemui dalam kuantiti yang banyak dan berkurang apabila proses pemulihan luka serta dalam waktu pemulihan selepas kecederaan. Threonine dikaitkan dengan ubat untuk mengubati penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan Multiple Sclerosis (MS).

Tryptophan, asid amino perlu. Membantu pertumbuhan bayi serta imbangan nitrogen di dalam badan orang dewasa. Badan menggunakan tryptophan untuk membina Vitamin B, niacin, dan neurotransmiter, iaitu serotinin. Serotinin mengawal mood, selera makan, tidur. Jika badan kekurangan serotinin, kita akan mengalami kemurungan. Tryptophan membantu sistem pertahanan badan, mengubat penyakit insomnia (tidak dapat tidur malam), mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, serta mengurangkan simptom sakit kepala, iaitu migraine.

Valine, asid amino perlu. Amino asid yang beranting, banyak ditemui di dalam tisu otot. Kekurangan
valine memberi kesan ke atas sarung myelin. Ini akan memberi kesan ke atas penghantaran isyarat saraf dalam otot. Valine digunakan untuk mengubat ketagihan dadah.

Alanine, asid ammino. Ia membantu membekalkan tenaga kepada tisu otot, otak, dan sistem saraf tunjang. Amino asid ini membantu menguraikan glukosa di dalam hati untuk membebaskan tenaga. Ia menstabilkan aras glukosa di dalam darah ketika riadah. Alanine juga menghasilkan neurotransmiter, antibodi, dan limfosit.

Arginine, asid amino. Memainkan peranan yang penting di dalam proses pembahagian sel, pemulihan luka, membuang amonia daripada badan, berfungsi di dalam ketahanan badan, serta merembeskan hormon. Arginine merembeskan hormon pertumbuhan yang berkait dengan pertumbuhan otot dan membaiki tisu yang rosak. Ia mencepatkan proses pemulihan.
Arginine juga menjadi pemangkin kepada pembinaan nitrik asid dan ada kkaitan dengan pemulihan daripada masalah mati pucuk, serta memnfaatkan kardiovaskular iaitu mengurangkan tekanan darah apabila otot lembut rehat. Ia bertindak sebagai vasodilator, iaitu salur darah menjadi kembang dan membantu aliran darah masuk.

Asid Aspartik, asid amino. Bertindak sebagai neurotransmiter, dan berkait dengan penghasilan hormon dan fungsi sistem saraf.

Cysteine, asid amino tak perlu. Diperlukan oleh bayi yang lahir tidak cukup bulan dan orang tua, atau orang yang mempunyai masalah metabolisma, atau sindrom malabsorption, dan dikira perlu dan mesti dimakan. Cysteine bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kita daripada radiasi dan pencemaran. Ia melambattkan proses penuaan, nyahaktifkan radikel bebas, serta tawarkan racun. Cysteine ada kaitan dengan proses membina penawar yang kuat di dalam badan, paru-paru, hati, ginjal, dan sumsum tulang.

Asid Glutamic, asid amino. Membantu menghalang keracunan amonia, juga berfungsi sebabgai neurotransmiter aktif, yang penting di dalam meningkatkan memori dan pembelajaran. Asid Glutamic diproses oleh badan menjadi GABA yang membantu menghalang sawan.

Glycine, asid amino. Digunakan untuk membina tisu otot, bahan baka DNA dan RNA, serta menukar glukosa kepada tenaga. Ia menghalang pengecutan otot dengan meningkatkan aras Creatine. Ia juga penting di dalam fungsi sistem pencernaan dan sistem saraf dengan bertindak sebabgai penghalang neurotransmiter.

Histidine, amino asid perlu. Amat diperlukan oleh bayi dan orang dewasa. Ia digunakan untuk membina Histamine, iaitu sebatian dalam saraf yang dihasilkan apabila berlaku tindakbalas alahan. Histidine diperlukan dalam pertumbuhan dan untuk merawat tisu, serta melindungi sarung myelin yang melindungi saraf. Histidine juga diperlukan dalam fabrikasi sel darah merah dan sel darah putih. Ia melindungi badan daripada kerosakan apabila terdedah kepada radiasi dan logam berat.

Serine, asid amino. Ia memainkan peranan yang penting sebagai pemangkin dalam pelbagai fungsi enzim serta sintesis sarung berasaskan asid lemak yang menyalut gentian saraf. Ia juga berfungsi di dalam penghasilan immunoglobulin serta pengukuhan antibodi di dalam sistem pertahanan badan.

Proline, asid amino. Membantu menghasilkan kalogen, yang berkait dengan sendi, rawan, tendon, jantung, dan kulit. Ia menjadi prekursor kepada pembentukan Glutathione yang amat penting dalam pengukuhan jantung.

Tyrosine, asid amino. Digunakan dalam pembinaan nurotransmiter, termasuk epinephrine, norepinephrine, dan dopamine, serta menyokong
fungsi tiroid, adrenal, serta kelenjar pituitary. Tyrosine menjadi faktor regulasi fungsi endokrin. Ia juga menjadi struktur komponen hampir semua protein di dalam badan.



Pokok moringa yang kaya dengan pelbagai asid amino.

Menyimpan Daun Moringa

Kadang-kadang kita perlu menyimpan lebihan daun moringa. Mungkin kita ada membeli daun segar di pasar, atau kita memangkas batang pokok untuk merindangkan pokoknya. Contohnya hari ini saya pangkas 3 batang pokok moringa kerana ia dah terlalu tinggi. Sebahagian saya pack untuk diberikan kepada anak-anak yang tidak tinggal bersama untuk bekalan. Sebahagian lagi dimasak.

Lebihannya?

Biasanya daun moringa tidak tahan lama jika disimpan segar. Jika ia lembap, selepas satu minggu daun tersebut akan terurai mengeluarkan bau hancing seperti amonia. Ini kerana daun moringa kaya dengan amino asid, iaitu 18 jenis semuanya dan sebahagiannya adalah penting kerana badan kita tidak dapat menghasilkan amino asid tersebut. Ia disebut amino asid perlu.

Saya akan ceritakan lebih lagi tentang amino asid di dalam moringa. Di dalam posting ini, saya akan bercerita tentang cara menyimpan daun moringa.

Mula-mula asingkan daun yang cela. Pilih daun yang segar tanpa cela sahaja. Isikan ke dalam bekas plastik yang kedap udara. Saya simpan di dalam beg plastik zip bersaiz 11 x 16 inci. Kemudian simpan di dalam bahagian beku di dalam peti sejuk.


Apabila perlu, keluarkan dan terus masak seperti biasa. Mutu serta rasa daun moringa tidak jejas.

Daun moringa disimpan di dalam beg plastik.

Jumaat, 27 Januari 2017

Biologi Benih, bahagian 2

Sebelum ini saya ada sebut bahawa tumbuhan aras tinggi terbahagi kepada dua iaitu gimnosperma dan angiosperma. Dalam bahasa biasa, gimnosperma adalah tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga sebenar manakala angiosperma menghasilkan bunga sebenar.

Saya sentuh tentang angiosperma terlebih dahulu. Ia terbahagi kepada dua iaitu monokotiledon dan dikotiledon. Tumbuhan monokotiledon ni, benihnya ada satu kotiledon, misalnya kelapa, kelapa sawit, nipah, nibong, tebu, dan jagung. Tumbuhan monokotiledon herba termasuk asparagus dan bawang.
Tumbuhan dikotiledon, benihnya ada dua kotiledon, misalnya mempelam, jambu air, jambu batu, buah tin, cili, tomato.

Nak kenal pokok monokotiledon atau dikotiledon, mudah. Lihat cambahannya. Jika daun benih keluar satu, itu tumbuhan monokotiledon. Jika daun benihnya dia helai, itu pokok dikotiledon.

Pokok gimnosperma pun banyak sebenarnya, tapi jarang kita sentuh sebab ia tak berbuah. Kita yang berkebun lebih berminat kepada pokok yang berbuah. Tapi di negara kita terutamanya di tempat saya (Kemaman) ada banyak juga, misalnya pokok rhu iaitu sejenis pokok konifer. Yang minat beauty produk, pokok ginkgo pun daripada jenis gimnosperma.

Dalam lingo botanis, tumbuhan angiosperma menghasilkan bunga sebenar, manakala tumbuhan gimnosperma menghasilkan strobilus.

Bersambung...
#biologiBenih

Cambahan kailan mempunyai dua helai daun benih.

Isnin, 16 Januari 2017

Serangan Serangga Perosak Pada Pokok Moringa

Setelah sekian lama menanam pokok moringa, inilah kali pertama pokok yang kami tanam diserang serangga perosak. Kerosakan yang berlaku hanya tertumpu pada tangkai daun yang diserang. Daun yang tua kelihatan terdapat tompok putih akibat bahagian daun (klorofil) telah dimakan serangga.

Daun yang diserang serangga perosak bertompok putih.  Bahagian hijau habis dimakan.

Ada juga daun menjadi kering. Kerosakan hanya pada tahap minima. Daripada 10 pokok yang saya tanam di atas tanah, hanya satu pokok diserang.


Ada daun yang layu, tetapi hanya pada tangkai kecil.



Serangga yang menyerang berwarna hitam dengan bintik kuning, berbadan lembut. Ia daripada keluarga kepinding. Saya hanya kutip serangga tersebut dan alih ke tempat lain. Jika ia kembali lagi saya tangkap dan musnahkan.

Serangga yang menyerang pokok moringa.
Pokok yang diserang tidak jejas, hanya beberapa tangkai mempunyai tompok putih dan satu tangkai kecil daun menjadi layu.  Bahagian lain tidak jejas.

Pokok moringa yang diserang, pada keseluruhannya kelihatan tidak terjejas.

Khamis, 12 Januari 2017

Kaedah Pengairan (Siraman)

Kaedah shallow watering (siraman cetek)
Kaedah menyiram daripada atas perlu kerap dilakukan. Kaedah ini dikenali sebagai siraman cetek dan tidak memerlukan air yang banyak. Bagaimanapun ada kelemahannya. Akar tidak tumbuh dalam dan ini menyekat keupayaan tumbuhan untuk mencari air.

Siraman cetek


Kaedah deep watering (siraman dalam)
Kaedah menyiram daripada atas tetapi dengan kuantiti air yang banyak setiap kali siram iaitu sekurang-kurangnya 5 cm seminggu jika tiada hujan. Air akan basah di perlukaan, dan secari beransur-ansur semakin dalam memaksa akar tumbuh jauh ke dalam tanah iaitu sehingga ke paras air kekal (water table).
Pokok tidak mudah layu ketika kekurangan air kerana akar berupaya mencari dan menyerap air yang jauh di bawah tanah.

Siraman dalam


Jika menanam di dalam bekas, kita boleh suaikan kaedah siraman dalam dengan menggukan kaedah sistem irigasi bawah. Satu daripadanya ialah meletakkan bekas tanaman serta bekas semaian di dalam takungan air. Untuk kekalkan aras air, kami gunakan botol yang berisi air dengan dibuat liang bawah separas aras air yang diidamkan. Anda boleh ubahsuai sistem mengikut keserasian. Kami hanya berikan idea pencetus.

Pengairan dari bawah.



Tomato Bonsai

Tomato bonsai dalam pasu gantung
Tomato biasanya dikategorikan mengikut saiz buah ataupun pola pertumbuhan pokok. Tomato kecil biasanya disebut tomato ceri dan tomato besar sebagai tomato sahaja. Ada juga yang menkategorikan tomato mengikut kesesuaian kegunaan buahnya, sebagai salad, untuk hirisan, atau dibuat paste untuk masakan. Pekebun tomato biasanya menkategorikan tomato kepada tentu (determinate) atau tak tentu (indeterminate).

Dua bulan yang lalu, saya ada perkenalkan tomato bonsai, iaitu tomato tentu dengan buah yang kecil. Pokok tomato bonsai merimbun dengan menghasilkan buah yang lebat hanya sekali. Pokok ini serasi ditanam di dalam pasu. Saya tanam pokok ini dengan niat untuk menjualnya ketika buah lebat kerana pokok ketika berbuah kelihatan cantik dan buahnya boleh dimakan. Jadi sebagai tanaman hiasan serta sebagai tanaman makanan.

Walaupun saya beritahu akan jual pokok ketika telah matang, ramai rakan-rakan berkebun yang singgah telah memilihnya untuk dibawa pulang. Kini tinggal anak pokok yang dipesan sahaja. Stok benih juga telah habis. Saya sedang menunggu stok baharu. Mungkin akan terima dalam masa sebulan lagi. Benih ini dari Itali.

Sebelum ini saya ada kongsikan benih baka daripada Taiwan, iaitu baka ruby. Baka ini adalah daripada jenis tak tentu. Pokoknya tumbuh tinggi dan terpaksa dipasang pancang. Buahnya cantik dan biasanya saya tanam di tepi pagar kerana pokok diikat ke pagar.


InsyaAllah, dalam sebulan dua ini saya akan bermain dengan tomato bonsai pula. Apa yang diharapkan ialah, apabila pokok mula berbuah ranus, saya akan masukkan pasu ke dalam pasu hiasan dan letakkan pokok di atas meja makan. Apabila anak-anak ingin makan, mereka akan petik sahaja. Apabila buah dah habis dipetik saya akan kembali pulihkan dan alih ke luar rumah sehingga batch buah berikutnya. Saya akan perhatikan tabiat pokok ini dan akan memanfaatkannya dalam batch yang akan datang.


Selasa, 10 Januari 2017

Pokok Bunga Telang Memanjat

Bunga telang pokok memanjat, sesuai ditanam di pagar.  Jika ingin tanam berimbun pun boleh, tenpa memanjat.  Ketika pokok tumbuh setinggi sekaki (30 cm), kerat tunas utama kira-kira 15 cm daripada aras tanah supaya keluar tunas sisi dan pokok menjadi rimbun.  Selepas dikerat, tambah baja organik.

Bunga telang berwarna biru digunakan sebagai pewarna masakan.  Ia juga enak dibuat salad atau dicampur air dan dibuat sirap.

Benih bunga telang ada stok.


Bunga telang berwarna biru.

Soalan Pengunjung, Daun Moringa Kuning

Salam En. Iskandar,
Kenapa anak pokok yang saya beli daripada En. Iskandar, selepas dialih daunnya menjadi kuning?
-----------------
Waalaikum salam,
Apabila dialih, akar pokok akan terusik dan pokok ambil masa untuk suaikan dengan persekitaran  dan tanah yang baharu.  Oleh kerana akar belum settle di tempat baharu, ia gagal menyerap air secukupnya.  Ini akan menyebabkan daun menjadi lesu dan mula kuning.

Buang tangkai yang kuning.  InsyaAllah apabila akar dah settle, pucuk baharu akan tumbuh dan pokok akan mebali subur.

Sekiranya pokok dah tumbuh dengan elok, dan daun mulai kuning di tangkai yang atas, periksa tanah.  Ia mungkin kekeringan atau tanah terlalu basah.  Jika tanah kering, siram dengan air yang banyak untuk pulihkan pokok.  Jika tanah menakung air, buat alur supaya air mengalir.  Jika perlu, tambah pasir.

Apabila selesai membaik pulih tanah, gaulkan baja organik untuk tokok nutrien di dalam tanah.

Daun Moringa Menjadi Kuning

Tanda Terima Kasih, Benih Untuk Dicuba Semai

Benih White Radish dan Sawi Bunga

Alhamdulillah semalam, ramai yang memesan benih.  Sasaran untuk hari pertama minggu ini telah tercapai.  Sebagai tanda terima kasih, kami ada bungkus beberapa set benih yang terdiri daripada benih white radish, iaitu lobak putih, dan benih sawi bunga.

Untuk pesan bayar RM5 untuk satu set, atau RM10 untuk dua set.

Bayaran boleh dibuuat ke mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

Sawi pilih kedua-dua benih ini untuk dicuba semai untuk mencetuskan semangat kawan-kawan semua agar tahun ini dimulakan aktiviti berkebun di rumah.  Kedua-dua benih ini mudah bercambah dan senang dijaga.

White radish atau lobak putih yang di"tanamsendiri" mudah bercambah.  Kawan-kawan boleh gunakan medium semaian, tanah kebun, atau mana-mana tanah potting soil yang tidak ditokok dengan baja atau sekam bakar.  Selepas bercambah, letakkan di tempat cerah.  Minggu kedua selepas bercambah, siram dengan air baja.  Larutkan satu sudu besar baja di dalam 10 liter air dan siram sebelah petang.

Cambahan lobak putih.


Apabila keluar set daun sebenar, iaitu daun ke tiga dan ke empat, jarangkan anak pokok.  Seeloknya dialih.  Gunakan tanah yang telah digaul dengan baja organik.  Lobak akan muncul dan dapat dituai pada minggu ke 6.


White radish, atau lobak putih.
Sawi juga mudah bercambah.  Kawan-kawan boleh gunakan medium semaian, yang sama dengan lobak putih.  Selepas bercambah, letakkan di tempat cerah.  Minggu kedua selepas bercambah, siram dengan air baja.  Larutkan satu sudu besar baja di dalam 10 liter air dan siram sebelah petang.
Apabila keluar empat helai daun, alih ke atas batas atau ke dalam pasu atau bekas.
Tuai selepas 6 minggu disemai.


Sawi boleh ditanam di tanah atau di dalam bekas.

Isnin, 9 Januari 2017

Rebusan Daun Moringa

Saya ada perhatikan kawan kawan yang kisar daun moringa dan campur madu untuk dibuat minum. Siapa yang dapat minum minuman itu walau pun setengah gelas, saya tabik. Saya sendiri tak terdaya nak habiskan. Apa lagi bila ditambah madu. Seperti meminum pekatan vitamin, mineral, dan 19 asid amino. Gajah pun tumbang.

Buat apa-apa pun, biarlah berpada pada.

Cara saya mudah. Ambil aja setangkai daun moringa yang dah tua, rebus dalam periuk kecil. Jangan rebus lama, kita tak mahu zat di dalamnya terurai. Guna air yang telah direbus (air mati) dan panaskan sehingga 80 darjah celsius dan kecilkan api dan biarkan dalam lima minit lagi. Kacau ramuan hingga daun menjadi lembut. Warna air kelihatan seperti kuning muda seperti warna teh. Tapis dan minum. Lebihannya, tuang ke dalam botol dan simpan di dalam peti. Ketika tuang, air seperti ada tanda likat sedikit seperti ada kesan jeli yang cair. Itu adalah zat yang terlarut di dalam air.

Tak perlu tambah gula. Jika kurang biasa dengan aroma moringa, rebus bersama gula melaka, satu keping dah cukup. Saya sendiri tak campur apa-apa. Minum rebusan daun moringa, rasanya soothing.


Owh dalam gambar tu saya tak tapis daun, untuk hiasan sahaja. Bila nak minum, saya tapis.

Rebusan moringa.



Ahad, 8 Januari 2017

Patutlah tak tumbuh!

Dah rendam dalam air suam, semai. Tak tumbuh pun!
Saya guna tanah hitam, beli kat nurseri.
Kecewa, tak mahu lagi berkebun.

Pagi ini tiga orang hubungi, dengan masalah yang sama. Semai guna tanah hitam. Tak tumbuh.

Ibaratkan baby baharu lahir, disuap nasi. Mati.

Tanah hitam, untuk pokok matang. Untuk pokok bunga, bukannya sayur.
Guna tanah hitam semai benih sayur, tak bercambah. Itu lumrah.

Kirim RM20 untuk medium semaian dan kendalian poslaju. Benih sayur juga akan disertakan.

Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

posted from Bloggeroid

Angkuh, Campak Aja Benihnya Memang Menjadi

Beberapa tahun yang lalu, ada yang buat pernyataan, dia campak aja benih kangkung melambak aja tumbuh.  Bukan kerana bersyukur kangkung anugerah yang mudah ditanam dan enak dimakan, tetapi ingin meremehkan sayur ini.  Ada juga yang cuba menakutkan massa dengan menyebarkan fitnah kononnya kangkung ada parasit yang menakutkan.  Maka massa mula membenci kangkung.

Sebenarnya kangkung bukannya sayur yang hina.  Ia sayur untuk semua.  Pembesar melayu yang mengadap maharaja cina di akhir abad ke 15 juga memakan kangkung.  Ambe tak pasti dihidangkan oleh maharaja cina atau dibawa bekal.

Orang putih puji sayur ini melambung tinggi kerana ia enak dimakan sebagai salad, apa lagi digoreng bersama bawang putih.

Kangkung memang mudah ditanam, tapi tak semua yang semai kangkung menjadi.  Yang campak benih kangkung dan menjadi tu, kerana tanah serasi, cukup air, suhu serasi, insyaAlllah.  Biasanya saya semai terus di tanah.  Kali ini saya semai di dalam dulang semaian modular sebab nak hasilkan plug  untuk dijual di dalam cawan pakai buang.

Untuk semaian terkini, sebenarnya ini dulang ke dua.  Dulang pertama saya rendam dalam air pada suhu bilik.  Kemudian saya semai ke dalam dulang.  Hanya dua sel daripada 200 sel yang bercambah.  Dalam seratus sel, benih hancur dimakan kulat.  Saya tuang ke tanah, baharulah bercambah dalam anak pokok.

Ini adalah semaian ke dua.  Sebelum semai saya rendam dalam air suam kira-kira 40 darjah celsius.  Semaian yang selebihnya saya tidak rendam.  Sebagaimana yang rakan-rakan dapat perhatikan, benih yang disemai di dalam air suam dah bercambah dan keluar anak pokok.  Yang tidak direndam baharu sahaja bercambah.

InsyaAllah apabila kukuh, sebahagian daripada cambahan ini akan dimasukkan ke dalam cawan pakai buang, dan akan dijual.  Yang selebihnya akan dialih ke batas timbun.  InsyaAllah tiga minggu lahi saya akan menuai kangkung ini.  Tuaian secara kerat dan tumbuh lagi.

Alhamdulillah, murah rezeki.


Cambahan Kangkung

Sabtu, 7 Januari 2017

Tanamsendiri Bayam Spinach (Spinachia oleracea)

Bila sebut bayam, kita biasanya merujuk kepada bayam amaranth. Ada satu lagi bayam yang enak dimakan segar, bayam spinach. Musim tengkujuh, cuaca rendah sedikit daripada biasa, bayam spinach boleh ditanam.

Saya beberapa kali lupakan bayam spinach kerana ia sukar bercambah ketika suhu panas. Anak pokok yang tumbuh pun terbantut. Tapi saya perasan, di musim tengkujuh, pertumbuhannya galak. Yang seronok tentang bayam ini, jangan tuai cabut. Kerat daun serta pucuk dan ia akan tumbuh merimbun.

Bayam spinach adalah antara sayur daun yang cepat dapat dituai. Anda dapat nikmati bayam spinach dalam masa 6 hingga lapan minggu.

Bayam spinach sesuai ditanam di tanah yang ringan, kaya dengan humus dan bahan organik serta elok salirannya dengan pH 6.0 hingga 7.0. Gunakan meter soil tester untuk sukat pH tanah. Tanah yang kaya dengan humus berupaya menyimpan lembapan serta tidak terlalu basah kaya dengan nitrogen dan kalium. Jika sediakan tanah, gaulkan baja tinja ayam, pasir dan abu daripada pembakaran kayu, dan biarkan selama satu hingga 2 minggu. Jika tanam di dalam bekas, jaulkan 5 cm baja tinja ayam dengan 15 cm tanah atas.

Bayam spinach tidak tahan panas yang terik. Elok ditanam di tempat teduh atau pasangkan sungkupan plastik atau jaring halus untuk kurangkan terik matahari. Semai di dalam bekas semaian dua minggu sebelum mengalih anak pokok. Benih akan bercambah antara 5 hari hingga 2 minggu. Semai di dalam liang sedalam 1 cm, letakkan 3 benih dalam satu liang. Alih anak pokok ke tanah atau pasu. Jarakkan kira-kira 10 cm di antara anak pokok. Apabila anak pokok semakin membesar, tuai untuk jarangkan hingga jarak di antara anak pokok 20 cm.

Tuai daunnya dan kerat batang utama untuk rimbunkan pokok. Siram jika dua hari sebelumnya tidak hujan. Bayam spinach adalah sayur daun dan memerlukan nitrogen yang banyak. Sembur teh kompos untuk dapatkan daun yang besar dan subur.

Daun bayam spinach manis. Pelombong daun, kekabuh timun, bena dan ulat adalah antara musuh yang sering menyerang. Periksa daun dan kutip serangga yang menyerang. Jika amalkan kaedah menanam secara organik, pokok kukuh. Daun yang rosak akibat serangan tidaklah ketara.

Bayam spinach enak dibuat ulam, dicampur ke dalam mangkuk salad, serta dimasak sebagaimana memasak bayam amaranth.


Kami ada stok benih bayam spinach. Hubungi untuk dapatkannya.

Pokok spinach




Bayam spinach

Khamis, 5 Januari 2017

Kenapa Ternak Arnab?

Jika berkebun di rumah secara organik, memang serasi ternak arnab. Pertama, arnab makan tumbuhan. Jangan panik pula, maksud saya bukannya bela lepas. Bela dalam sangkar. Anda perlukan kayu untuk tiang dan bingkai, dawai pagar untuk dinding, plastik pengikat, tikar getah atau atau plastik untuk atap. Bekas makanan dan minuman, boleh gunakan barang terpakai. Atau beli aja sangkar yang dijual di kedai haiwan peliharaan.

Biasanya orang beri makan pellet. Ia diperbuat daripada habuk kayu yang dimampatkan. Kalau kita tanam sayur, boleh berikan sisa tanaman. Kita tidak perlu berbelanja untuk makanan arnab. Arnab kuat berak. Jadi ramai yang risau bau yang akan mengganggu ketenteraman keluarga dan jiran.

Jika ada ruang, bela di perkarangan rumah. Untuk pastikan tiada bau, letakkan alas rumpai, daun, serta ranting tanaman. Bahan ini akan jadi makanan dan ia juga akan menyerap bau. Bersihkan tinja arnab dan letakkan di atas tanah dan tutup dengan tanah serta sisa kebun dan jadikan timbunan kompos. Biasanya ia tidak mengeluarkan bau. Jika ada bau bererti cara anda buat tidak kena. Gaulkan dan tambah timbunan keratan rumpai serta ranting.

Timbunan kompos akan mereput dengan cepat. Sisa kompos yang seperti serbuk kopi mempunyai aroma tanah dan kaya dengan nutrien yang amat serasi dengan tanaman.

Saya katakan bela arnab lebih serasi jika tinggal di taman perumahan. Ini kerana selain daripada mengitar semula sisa kebun, arnab cepat membiak. Ia boleh menjadi sumber protein untuk keluarga. Kulitnya boleh dibuat dompet, tas tangan dan macam macam lagi.

Lagi pun arnab tidak bising. Ia tidak mengganggu ketenteraman jiran. Cuma kelemahannya, arnab tidak bertelur. Jika inginkan sumber protein, anda terpaksa sembelih arnab. Jika jiran terasa terganggu kerana anda bela arnab untuk protein, elakkan sembelih di depan mereka.

Arnab kadang kadang agresif kerana ia haiwan yang menyendiri, ia mempunyai kawasan sendiri. Jika anda bela di dalam sangkar yang berkongsi, ia mungkin berebut ruang. Asingkan. Elok buat satu sangkar untuk satu ekor arnab yang telah matang. Apabila tiba waktu mengawan, letakkan arnab betina ke dalam sangkar arnab jantan. Oleh kerana arnab betina berada di dalam kawasan arnab jantan, ia tidak akan melawan dan mudah mengalah. Biarkan arnab jantan panjat tiga hingga 5 kali untuk pastikan arnab betina akan hamil. Biasanya waktu panjat dalam 3 hingga 5 saat sahaja. Kemudian asingkan.

Jangan letak arnab jantan ke dalam sangkar arnab betina. Ia akan melawan dan arnab jantan akan gagal panjat arnab betina. Arnab juga mungkin akan cedera kerana ia akan bergaduh.


Jika anda ingin bela arnab sebagai haiwan peliharaan tetapi tidak mahu biakkan, elok bela yang betina, dan bela seekor sahaja.

Satukan pasangan ketika tiba waktu mengawan jika ingin biakkan.

Mengalih Anak Pokok Menggunakan Transplanter

Kadang-kadang kita perlu alih semaian kerana ada pokok, pertumbuhannya perlahan sehinggalah ia dialih.  Ini termasuk pokok sawi, lobak putih, cili, dan tomato.  Ketika mengalih, pastikan akar tidak rosak atau terusik.  Paling selamat, gunakan transplanter.

Transplanter ada pelbagai.  Saya gunakan model seperti di dalam gambar di bawah.  Untuk keluarkan anak pokok atau tanah, boleh tekan pemegang secara sisi, bahagian pencakup di bawah akan terbuka dan isi di dalam transplanter akan jatuh.

Trnasplanter pemegang plastik.

Mula mula buat lubang di tempat yang ingin dialih menggunakan transplanter.  Keluarkan tanah.

Tekan transplanter dingga terbennam di bawah aras akar kengan anak pokok berada di tengah-tengah.
Angkat transplanter dan muatkan ke dalam lubang yang dibuat sebelum ini.  Rapatkan pemegang untuk lepaskan anak pokok.  Anda telah selesai.  Memang mudah menggunakan transplanter.

Anak pokok yang selesai dialih.