Ahad, 9 Julai 2017

Moringa dapat membantu mengubat penyakit Gout dan Sendi

Apabila umur semakin meningkat, kalau kita tak jaga makan, kurang exercise, macam-macam penyakit akan mula datang.  Sakit sendi, gout, bukan main-main.  Saya bukannya Superman, tak terkecuali.  Pernah bermula dengan rasa panas dalam paha, lutut dan kaki sakit bila naik tangga.  Apa lagi bila solat.  Tiba-tiba terasa nikmat solat telah ditarik balik.  Sembahyang tak dapat rukuk atau sujud.  Orang lain uzur sembahyang duduk, saya sembahyang berdiri, tak rukuk, tak sujud.  Mujur zaman tu orang belum gila rakam video.  Kalau tidak sah kena tuduh Syiah kat laman sosial.  Saya tahu, ada staff dekat publisher soksek soksek  kat belakang, lepas sekuriti tunjuk rakaman CCTV.  Cikgu Iskandar solat tegak macam balak.

Lepas amal makan Moringa baka Yunnan, mula dapat bengkokkan kaki.  Dah boleh sujud.  Dah dapat balik nikmat solat.  Bengkak kat sendi kakipun mula hilang.

Jadi jauh dalam benak hati saya tahu, kalau amal makan moringa dapat halang sakit sendi.  Tapi kalau cerita kat orang, siapa nak percaya.  Cerita ada makna.  Sebab tuan empunya diri pun ada tanam dan jual sikit sikit anak pokok Moringa baka Yunnan.

Tak kisahlah apa orang nak kata, kalau dah sakit, orang sua apa pun akan beli.  Saya sua anak pokok Moringa baka Yunnan, untuk kurangkan derita sakit sendi dan gout.  Pokok dah tak banyak.


Amalkan makan daun Moringa.
Belum ada pokok Moringa?
Whatsapp 0183601610 untuk pesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan