Kebiasaannya kalau
kita fikirkan tentang ulam dan salad, kita fikirkan salad lettuce.
Ada juga yang tanam salad cina, atau celtuce. White asparagus, katau
peniaga benih daripada negara China. Masalah bila menanam salad,
masa yang diambil terlalu lama. Ia pula kadang-kadang bergetah dan
pahit. Ini tidak elok jika kita ingin latih anak-anak memakan sayur.
Saya ada cuba
pelbagai sayur untuk dimasukkan ke dalam mangkuk salad. Salad
lettuce memang enak, tetapi masa menunggu terlalu lama. Ada yag kata
selepas alih, ia mengambil masa 3 minggu sahaja. Ini benar jika
persekitaran serasi. Cahaya tak boleh terlalu cerah, tetapi tidak
pula boleh terlalu teduh. Air pula perlu setara. Jika menanam
secara hidroponik, ok. Jika secara organik, masalah sedikit.
Terlalau lama menunggu. Maksudnya, risiko juga tinggi kerana semakin
lama tanaman mengambil masa untuk matang, semakin tinggi risiko ia
diserang serangga perosak.
Penyelesaiannya,
saya pilih sayur tempatan. Kebiasaannya sayur tempatan, kita tanam
mengggunakan keratan. Memang ia dah sebati dengan cara orang kita,
“bercucuk” tanam, bukan “menyemai benih” tanam. Apa yang
saya maksudkan ialah kangkung. Sayur ini berkhasiat, kaya dengan
mineral. Ia popular sebagai sayur, tetapi kurang popular sebagai
salad dan ulam.
Saya mula belajar
makan kangkung sebagai ulam daripada mertua yang ketika itu singgah
di rumah. Memang enak kangkung segar cicah sambal belacan. Daripada
situ saya cuba kangkung daripada pelbagai peringkat dalam
pertumbuhannya.
Saya dapati,
kangkung paling enak dibuat salad, ketika umurnya yang disemai
daripada benih, tiga minggu selepas bercambah. Oleh kerana kangkung
ini masih muda, hanya ada dua atau tiga set daun, saya namakannya
“baby kangkung”.
Semai di dalam tanah
yang diperkaya dengan bahan organik. Tidak perlu alih semaian.
Apabila cambahan berumur tiga minggu, kerat batangnya kira-kira 2
hingga 3 cm daripada aras tanah. Hidangkan sebagai salad.
Saya ada hidangkan
sebagai salad kepada anak-anak dan cucu yang masih kecil. Mereka
gemarkannya. Lebih enak daripada salad, kata mereka.
Baby kangkung sebagai
salad.
|
Discover the most popular people ranked on Celebrity birthdays.
BalasPadam