Tomato bonsai dalam pasu gantung |
Tomato biasanya
dikategorikan mengikut saiz buah ataupun pola pertumbuhan pokok.
Tomato kecil biasanya disebut tomato ceri dan tomato besar sebagai
tomato sahaja. Ada juga yang menkategorikan tomato mengikut
kesesuaian kegunaan buahnya, sebagai salad, untuk hirisan, atau
dibuat paste untuk masakan. Pekebun tomato biasanya menkategorikan
tomato kepada tentu (determinate) atau tak tentu (indeterminate).
Dua bulan yang lalu,
saya ada perkenalkan tomato bonsai, iaitu tomato tentu dengan buah
yang kecil. Pokok tomato bonsai merimbun dengan menghasilkan buah
yang lebat hanya sekali. Pokok ini serasi ditanam di dalam pasu.
Saya tanam pokok ini dengan niat untuk menjualnya ketika buah lebat
kerana pokok ketika berbuah kelihatan cantik dan buahnya boleh
dimakan. Jadi sebagai tanaman hiasan serta sebagai tanaman makanan.
Walaupun saya
beritahu akan jual pokok ketika telah matang, ramai rakan-rakan
berkebun yang singgah telah memilihnya untuk dibawa pulang. Kini
tinggal anak pokok yang dipesan sahaja. Stok benih juga telah habis.
Saya sedang menunggu stok baharu. Mungkin akan terima dalam masa
sebulan lagi. Benih ini dari Itali.
Sebelum ini saya ada
kongsikan benih baka daripada Taiwan, iaitu baka ruby. Baka ini
adalah daripada jenis tak tentu. Pokoknya tumbuh tinggi dan terpaksa
dipasang pancang. Buahnya cantik dan biasanya saya tanam di tepi
pagar kerana pokok diikat ke pagar.
InsyaAllah, dalam
sebulan dua ini saya akan bermain dengan tomato bonsai pula. Apa
yang diharapkan ialah, apabila pokok mula berbuah ranus, saya akan
masukkan pasu ke dalam pasu hiasan dan letakkan pokok di atas meja
makan. Apabila anak-anak ingin makan, mereka akan petik sahaja.
Apabila buah dah habis dipetik saya akan kembali pulihkan dan alih ke
luar rumah sehingga batch buah berikutnya. Saya akan perhatikan
tabiat pokok ini dan akan memanfaatkannya dalam batch yang akan
datang.
Buah dia tak besar kan?
BalasPadamBuah kecil, bulat.
Padam