Bila
sebut bayam, kita biasanya merujuk kepada bayam amaranth. Ada satu
lagi bayam yang enak dimakan segar, bayam spinach. Musim tengkujuh,
cuaca rendah sedikit daripada biasa, bayam spinach boleh ditanam.
Saya
beberapa kali lupakan bayam spinach kerana ia sukar bercambah ketika
suhu panas. Anak pokok yang tumbuh pun terbantut. Tapi saya
perasan, di musim tengkujuh, pertumbuhannya galak. Yang seronok
tentang bayam ini, jangan tuai cabut. Kerat daun serta pucuk dan ia
akan tumbuh merimbun.
Bayam
spinach adalah antara sayur daun yang cepat dapat dituai. Anda dapat
nikmati bayam spinach dalam masa 6 hingga lapan minggu.
Bayam
spinach sesuai ditanam di tanah yang ringan, kaya dengan humus dan
bahan organik serta elok salirannya dengan pH 6.0 hingga 7.0.
Gunakan meter soil tester untuk sukat pH tanah. Tanah yang kaya
dengan humus berupaya menyimpan lembapan serta tidak terlalu basah
kaya dengan nitrogen dan kalium. Jika sediakan tanah, gaulkan baja
tinja ayam, pasir dan abu daripada pembakaran kayu, dan biarkan
selama satu hingga 2 minggu. Jika tanam di dalam bekas, jaulkan 5 cm
baja tinja ayam dengan 15 cm tanah atas.
Bayam
spinach tidak tahan panas yang terik. Elok ditanam di tempat teduh
atau pasangkan sungkupan plastik atau jaring halus untuk kurangkan
terik matahari. Semai di dalam bekas semaian dua minggu sebelum
mengalih anak pokok. Benih akan bercambah antara 5 hari hingga 2
minggu. Semai di dalam liang sedalam 1 cm,
letakkan 3 benih dalam satu liang. Alih anak pokok ke tanah atau
pasu. Jarakkan kira-kira 10 cm di antara anak pokok. Apabila anak
pokok semakin membesar, tuai untuk jarangkan hingga jarak di antara
anak pokok 20 cm.
Tuai
daunnya dan kerat batang utama untuk rimbunkan pokok. Siram jika dua
hari sebelumnya tidak hujan. Bayam spinach adalah sayur daun dan
memerlukan nitrogen yang banyak. Sembur teh kompos untuk dapatkan
daun yang besar dan subur.
Daun
bayam spinach manis. Pelombong daun, kekabuh timun, bena dan ulat
adalah antara musuh yang sering menyerang. Periksa daun dan kutip
serangga yang menyerang. Jika amalkan kaedah menanam secara organik,
pokok kukuh. Daun yang rosak akibat serangan tidaklah ketara.
Bayam
spinach enak dibuat ulam, dicampur ke dalam mangkuk salad, serta
dimasak sebagaimana memasak bayam amaranth.
![]() |
Bayam spinach |
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPerkongsian yg sngt brmanfaat. T kasih tuan Iskanar.
BalasPadamTerima kasih Sdr Mozaini.
Padambayam malabar/sayur raja ke ni?
BalasPadamBukan. Ini spinach.
Padam