Saya ada perhatikan
kawan kawan yang kisar daun moringa dan campur madu untuk dibuat
minum. Siapa yang dapat minum minuman itu walau pun setengah gelas,
saya tabik. Saya sendiri tak terdaya nak habiskan. Apa lagi bila
ditambah madu. Seperti meminum pekatan vitamin, mineral, dan 19 asid
amino. Gajah pun tumbang.
Buat apa-apa pun, biarlah berpada pada.
Cara saya mudah.
Ambil aja setangkai daun moringa yang dah tua, rebus dalam periuk
kecil. Jangan rebus lama, kita tak mahu zat di dalamnya terurai.
Guna air yang telah direbus (air mati) dan panaskan sehingga 80
darjah celsius dan kecilkan api dan biarkan dalam lima minit lagi.
Kacau ramuan hingga daun menjadi lembut. Warna air kelihatan seperti
kuning muda seperti warna teh. Tapis dan minum. Lebihannya, tuang
ke dalam botol dan simpan di dalam peti. Ketika tuang, air seperti
ada tanda likat sedikit seperti ada kesan jeli yang cair. Itu adalah
zat yang terlarut di dalam air.
Tak perlu tambah
gula. Jika kurang biasa dengan aroma moringa, rebus bersama gula
melaka, satu keping dah cukup. Saya sendiri tak campur apa-apa.
Minum rebusan daun moringa, rasanya soothing.
Owh dalam gambar tu
saya tak tapis daun, untuk hiasan sahaja. Bila nak minum, saya
tapis.
Rebusan moringa. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan