Kadang-kadang kita
perlu menyimpan lebihan daun moringa. Mungkin kita ada membeli daun
segar di pasar, atau kita memangkas batang pokok untuk merindangkan
pokoknya. Contohnya hari ini saya pangkas 3 batang pokok moringa
kerana ia dah terlalu tinggi. Sebahagian saya pack untuk diberikan
kepada anak-anak yang tidak tinggal bersama untuk bekalan.
Sebahagian lagi dimasak.
Lebihannya?
Biasanya daun
moringa tidak tahan lama jika disimpan segar. Jika ia lembap,
selepas satu minggu daun tersebut akan terurai mengeluarkan bau
hancing seperti amonia. Ini kerana daun moringa kaya dengan amino
asid, iaitu 18 jenis semuanya dan sebahagiannya adalah penting kerana
badan kita tidak dapat menghasilkan amino asid tersebut. Ia disebut
amino asid perlu.
Saya akan ceritakan
lebih lagi tentang amino asid di dalam moringa. Di dalam posting
ini, saya akan bercerita tentang cara menyimpan daun moringa.
Mula-mula asingkan
daun yang cela. Pilih daun yang segar tanpa cela sahaja. Isikan ke
dalam bekas plastik yang kedap udara. Saya simpan di dalam beg
plastik zip bersaiz 11 x 16 inci. Kemudian simpan di dalam bahagian
beku di dalam peti sejuk.
Apabila perlu,
keluarkan dan terus masak seperti biasa. Mutu serta rasa daun
moringa tidak jejas.
![]() |
Daun moringa disimpan di dalam beg plastik. |
Tiada ulasan:
Catat Komen