Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 29 Januari 2017

Kandungan Asid Amino di dalam Daun Moringa oleifera

Ada ahli sains yang buat analisis kandungan daun Moringa oleifera. Betullah yang ambe warwarkan selama ini. Lagi baik, nisbah kandungan amino asid yang ada di dalamnya setara dengan nisbah amino asid yang diperlukan oleh badan serta fungsinya. Ini belum termasuk nutrien dan mineral yang sememangnya padat di dalam daun moringa.

Saintis ini senaraikan 18 jenis amino asid yang ada di dalam daun moringa. Izinkan ambe senaraikan.

Isoleucine, asid amino perlu. Diperlukan badan untuk membina protein dan enzim, merangsang otak, membantu memulihkan otot selepas riadah, menyelia aras gula di dalam darah, serta membina sel darah merah (hemoglobin) yang penting untuk mengangkut oksigen ke sel di dalam badan.

Leucine, asid amino perlu. Diperlukan di dalam otot dan lemak. Juga digunakan di dalam hati. Ia diperlukan di dalam bio-sintesis sterol di dalam badan. Leucine merangsangkan pertumbuhan otot dan menghalang kemerosotan otot.

Lysine, asid amino perlu. Penting untuk pertumbuhan yang sempurna, dan memainkan peranan penting di dalam pembinaan Carnitine, nutrien yang bertanggungjawab menukarkan asid lemak kepada tenaga, serta membantu mengurangkan kolesterol. Lysine membantu penyerapan kalsium, juga menjadi peneraju dalam pembentukan kalogen yang memanfaatkan tulang, tisu penghubung termasuk kulit, tendon, dan rawan. Lysine juga membentuk antibodi, hormon dan tisu penghubung.

Methionine, asid amino perlu. Mempunyai keupayaan membekalkan sulfur serta sebatian lain yang diperlukan untuk metabolisma dan pertumbuhan. Sulfur adalah satu unsur utama yang penting untuk menghasilkan beberapa jenis nutrien antioksidan. Ia mengurangkan kolesterol dan mengurangkan lemak di dalam hati sambil meningkatkan produksi lesitin.

Phenylalanine, asid amino perlu. Badan kita akan tukarkan asid amino ini kepada tyrosine, sejenis lagi asid amino yang diperlukan untuk membina protein, dan neurotransmiter, termasuk L-dopa, epinephrine, dan norepinephrine, serta hormon tiroid. Norerephinephrine memberi kesan kepada mood kita, iaitu bentuk ephinephrine yang disyorkan untuk mengubat kemurungan.

Threonine, asid amino perlu. Ia membantu hati untuk kurangkan lemak, mengekalkan imbangan protein, serta membantu kardiovaskular, hati, sistem saraf tunjang, dan sistem pertahanan badan, iaitu dengan menghasilkan antibodi. Ia berkait dengan penghasilan kalogen, elastin, tisu penghubung, serta tisu otot, terutamanya pada jantung, yang mana threonine ditemui dalam kuantiti yang banyak dan berkurang apabila proses pemulihan luka serta dalam waktu pemulihan selepas kecederaan. Threonine dikaitkan dengan ubat untuk mengubati penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan Multiple Sclerosis (MS).

Tryptophan, asid amino perlu. Membantu pertumbuhan bayi serta imbangan nitrogen di dalam badan orang dewasa. Badan menggunakan tryptophan untuk membina Vitamin B, niacin, dan neurotransmiter, iaitu serotinin. Serotinin mengawal mood, selera makan, tidur. Jika badan kekurangan serotinin, kita akan mengalami kemurungan. Tryptophan membantu sistem pertahanan badan, mengubat penyakit insomnia (tidak dapat tidur malam), mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, serta mengurangkan simptom sakit kepala, iaitu migraine.

Valine, asid amino perlu. Amino asid yang beranting, banyak ditemui di dalam tisu otot. Kekurangan
valine memberi kesan ke atas sarung myelin. Ini akan memberi kesan ke atas penghantaran isyarat saraf dalam otot. Valine digunakan untuk mengubat ketagihan dadah.

Alanine, asid ammino. Ia membantu membekalkan tenaga kepada tisu otot, otak, dan sistem saraf tunjang. Amino asid ini membantu menguraikan glukosa di dalam hati untuk membebaskan tenaga. Ia menstabilkan aras glukosa di dalam darah ketika riadah. Alanine juga menghasilkan neurotransmiter, antibodi, dan limfosit.

Arginine, asid amino. Memainkan peranan yang penting di dalam proses pembahagian sel, pemulihan luka, membuang amonia daripada badan, berfungsi di dalam ketahanan badan, serta merembeskan hormon. Arginine merembeskan hormon pertumbuhan yang berkait dengan pertumbuhan otot dan membaiki tisu yang rosak. Ia mencepatkan proses pemulihan.
Arginine juga menjadi pemangkin kepada pembinaan nitrik asid dan ada kkaitan dengan pemulihan daripada masalah mati pucuk, serta memnfaatkan kardiovaskular iaitu mengurangkan tekanan darah apabila otot lembut rehat. Ia bertindak sebagai vasodilator, iaitu salur darah menjadi kembang dan membantu aliran darah masuk.

Asid Aspartik, asid amino. Bertindak sebagai neurotransmiter, dan berkait dengan penghasilan hormon dan fungsi sistem saraf.

Cysteine, asid amino tak perlu. Diperlukan oleh bayi yang lahir tidak cukup bulan dan orang tua, atau orang yang mempunyai masalah metabolisma, atau sindrom malabsorption, dan dikira perlu dan mesti dimakan. Cysteine bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kita daripada radiasi dan pencemaran. Ia melambattkan proses penuaan, nyahaktifkan radikel bebas, serta tawarkan racun. Cysteine ada kaitan dengan proses membina penawar yang kuat di dalam badan, paru-paru, hati, ginjal, dan sumsum tulang.

Asid Glutamic, asid amino. Membantu menghalang keracunan amonia, juga berfungsi sebabgai neurotransmiter aktif, yang penting di dalam meningkatkan memori dan pembelajaran. Asid Glutamic diproses oleh badan menjadi GABA yang membantu menghalang sawan.

Glycine, asid amino. Digunakan untuk membina tisu otot, bahan baka DNA dan RNA, serta menukar glukosa kepada tenaga. Ia menghalang pengecutan otot dengan meningkatkan aras Creatine. Ia juga penting di dalam fungsi sistem pencernaan dan sistem saraf dengan bertindak sebabgai penghalang neurotransmiter.

Histidine, amino asid perlu. Amat diperlukan oleh bayi dan orang dewasa. Ia digunakan untuk membina Histamine, iaitu sebatian dalam saraf yang dihasilkan apabila berlaku tindakbalas alahan. Histidine diperlukan dalam pertumbuhan dan untuk merawat tisu, serta melindungi sarung myelin yang melindungi saraf. Histidine juga diperlukan dalam fabrikasi sel darah merah dan sel darah putih. Ia melindungi badan daripada kerosakan apabila terdedah kepada radiasi dan logam berat.

Serine, asid amino. Ia memainkan peranan yang penting sebagai pemangkin dalam pelbagai fungsi enzim serta sintesis sarung berasaskan asid lemak yang menyalut gentian saraf. Ia juga berfungsi di dalam penghasilan immunoglobulin serta pengukuhan antibodi di dalam sistem pertahanan badan.

Proline, asid amino. Membantu menghasilkan kalogen, yang berkait dengan sendi, rawan, tendon, jantung, dan kulit. Ia menjadi prekursor kepada pembentukan Glutathione yang amat penting dalam pengukuhan jantung.

Tyrosine, asid amino. Digunakan dalam pembinaan nurotransmiter, termasuk epinephrine, norepinephrine, dan dopamine, serta menyokong
fungsi tiroid, adrenal, serta kelenjar pituitary. Tyrosine menjadi faktor regulasi fungsi endokrin. Ia juga menjadi struktur komponen hampir semua protein di dalam badan.



Pokok moringa yang kaya dengan pelbagai asid amino.

5 ulasan:

  1. boleh tak moringa ni i masuk dan perah jusnya saja minum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya boleh. Saya blend secawan daun dan tiga cawan air, tapis dan minum.

      Padam
  2. Their name in malay langguage?

    BalasPadam
  3. Their name in malay langguage?

    BalasPadam