Kaedah shallow
watering (siraman cetek)
Kaedah menyiram daripada atas perlu
kerap dilakukan. Kaedah ini dikenali sebagai siraman cetek dan tidak
memerlukan air yang banyak. Bagaimanapun ada kelemahannya. Akar tidak
tumbuh dalam dan ini menyekat keupayaan tumbuhan untuk mencari air.
![]() |
Siraman cetek |
Kaedah deep watering
(siraman dalam)
Kaedah menyiram daripada atas tetapi dengan kuantiti air yang banyak setiap kali siram iaitu sekurang-kurangnya 5 cm seminggu jika tiada hujan. Air akan basah di perlukaan, dan secari beransur-ansur semakin dalam memaksa akar tumbuh jauh ke dalam tanah iaitu sehingga ke paras air kekal (water table).
Pokok tidak mudah layu ketika kekurangan air kerana akar berupaya mencari dan menyerap air yang jauh di bawah tanah.

Siraman dalam |
Jika menanam di
dalam bekas, kita boleh suaikan kaedah siraman dalam dengan menggukan
kaedah sistem irigasi bawah. Satu daripadanya ialah meletakkan bekas
tanaman serta bekas semaian di dalam takungan air. Untuk kekalkan
aras air, kami gunakan botol yang berisi air dengan dibuat liang
bawah separas aras air yang diidamkan. Anda boleh ubahsuai sistem
mengikut keserasian. Kami hanya berikan idea pencetus.
Pengairan dari bawah. |
Botol yg terbalik tu kreatif.Boleh tlg tunjukkn..:-)
BalasPadam