Sebelum ini saya ada
sebut bahawa tumbuhan aras tinggi terbahagi kepada dua iaitu
gimnosperma dan angiosperma. Dalam bahasa biasa, gimnosperma adalah
tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga sebenar manakala angiosperma
menghasilkan bunga sebenar.
Saya sentuh tentang
angiosperma terlebih dahulu. Ia terbahagi kepada dua iaitu
monokotiledon dan dikotiledon. Tumbuhan monokotiledon ni, benihnya
ada satu kotiledon, misalnya kelapa, kelapa sawit, nipah, nibong,
tebu, dan jagung. Tumbuhan monokotiledon herba termasuk asparagus
dan bawang.
Tumbuhan
dikotiledon, benihnya ada dua kotiledon, misalnya mempelam, jambu
air, jambu batu, buah tin, cili, tomato.
Nak kenal pokok
monokotiledon atau dikotiledon, mudah. Lihat cambahannya. Jika daun
benih keluar satu, itu tumbuhan monokotiledon. Jika daun benihnya
dia helai, itu pokok dikotiledon.
Pokok gimnosperma
pun banyak sebenarnya, tapi jarang kita sentuh sebab ia tak berbuah.
Kita yang berkebun lebih berminat kepada pokok yang berbuah. Tapi di
negara kita terutamanya di tempat saya (Kemaman) ada banyak juga,
misalnya pokok rhu iaitu sejenis pokok konifer. Yang minat beauty
produk, pokok ginkgo pun daripada jenis gimnosperma.
Dalam lingo botanis,
tumbuhan angiosperma menghasilkan bunga sebenar, manakala tumbuhan
gimnosperma menghasilkan strobilus.
Bersambung...
#biologiBenih
Cambahan kailan mempunyai dua helai daun benih. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan