Lama sungguh tak blogging. Begitu cepat masa berlalu, tak sangka selama ini tak update blog. Sebenarnya aktiviti berkebun di rumah tidak saya tinggalkan. Update hanya di page facebook iaitu di http://www.facebook.com/tanamsendiri
InsyaAllah saya akan update blog dari masa ke masa.
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Sabtu, 28 Oktober 2017
Wah Lama Sungguh Tak Blogging
Ahad, 9 Julai 2017
Moringa dapat membantu mengubat penyakit Gout dan Sendi
Apabila umur semakin meningkat, kalau kita tak jaga makan, kurang exercise, macam-macam penyakit akan mula datang. Sakit sendi, gout, bukan main-main. Saya bukannya Superman, tak terkecuali. Pernah bermula dengan rasa panas dalam paha, lutut dan kaki sakit bila naik tangga. Apa lagi bila solat. Tiba-tiba terasa nikmat solat telah ditarik balik. Sembahyang tak dapat rukuk atau sujud. Orang lain uzur sembahyang duduk, saya sembahyang berdiri, tak rukuk, tak sujud. Mujur zaman tu orang belum gila rakam video. Kalau tidak sah kena tuduh Syiah kat laman sosial. Saya tahu, ada staff dekat publisher soksek soksek kat belakang, lepas sekuriti tunjuk rakaman CCTV. Cikgu Iskandar solat tegak macam balak.
Lepas amal makan Moringa baka Yunnan, mula dapat bengkokkan kaki. Dah boleh sujud. Dah dapat balik nikmat solat. Bengkak kat sendi kakipun mula hilang.
Jadi jauh dalam benak hati saya tahu, kalau amal makan moringa dapat halang sakit sendi. Tapi kalau cerita kat orang, siapa nak percaya. Cerita ada makna. Sebab tuan empunya diri pun ada tanam dan jual sikit sikit anak pokok Moringa baka Yunnan.
Tak kisahlah apa orang nak kata, kalau dah sakit, orang sua apa pun akan beli. Saya sua anak pokok Moringa baka Yunnan, untuk kurangkan derita sakit sendi dan gout. Pokok dah tak banyak.
Amalkan makan daun Moringa.
Belum ada pokok Moringa?
Whatsapp 0183601610 untuk pesan.

Labels:
fitonutrien,
gout,
Moringa oleifera,
ubat
Jumaat, 17 Mac 2017
Tanamsediri Lobak Bit, Beta vulgaris
Lobak Bit
Di eropah, bit masih tumbuh meliar. Lobak bit adalah sayur zaman dahulu. Ia ditanam sebagai sayur dan untuk makanan ternakan. Daunnya kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C, kalsium, fosforus, kalium dan zat besi. Lobak bit kaya dengan karbohitrat, fitokimia termasuk folat, betasianin, dan betain.
Baka yang tidak menghasilkan ubi dikenali sebagai swiss chard.
Tanah
Lobak bit serasi dengan tanah yang lembap. Paling elok tanah berpasir, longgar, hapir neutral. Lobak bit kurang serasi dengan tanah berasid. PH 6.5 hingga 8 elok. Ia mahukan tanah yang subur. Jika tanah kurang subur, pertumbuhan tan sekata.
Tempat
Pilih tempat yang dapat cahaya penuh terutamanya cahaya pagi. Di negara kita yang cerah, teduh sedikit tak mengapa, tapi nak cahaya pagi.
Pertumbuhan
Cepat, tuaian 50 hingga 80 hari. Ada yang tanya, tumbuh ke kat Malaysia? Di negara 4 musim mereka tak tanam musim dingin. Mereka tunggu panas dulu. Di negara kita memang dah panas. Bila bila masa boleh berkebun.
Kala
Semai setiap 3 hingga 4 minggu untuk dapat bekalan daun dan ubi yang berterusan.
Semai
Semai dalam bekas semaian dahulu. Gunakan medium semaian yang tidak mengandungi sekam bakar dan tidak diperkaya dengan baja. Peat moss, serbuk sabut, tanah belanda, tanah atas, sesuai digunakan. Jika terlalu berasid, tambah sedikit kapur.
Jarakkan semaian kira-kira 5 cm.
Mengalih
Alih 3 hingga 4 minggu selepas menyemai, bila ada 4 hingga 6 helai daun.
Jika tanah kurang subur, jarakkan 12 cm, sederhana 10 cm, dan jika tanah subur 8 cm.
Oleh kerana benih adalah gumpalan beberapa benih, mungkin banyak anak pokok akan tumbuh. Pilih yang paing elok dan paling kukuh.
Peringkat awal biar jarak 5 cm antara anak pokok. Kemudian teruskan denngan menjarang sehingga jarak yang serasi.
Merumput
Lobak bit kalah dengan rumpai. Cabut buang semua rumpai.
Air
Pengairan biar sekata. Jika tidak lobak bit jadi liat dan berkayu.
Sungkupan
Ini dapat membantu kekalkan kelembapan tanah.
Perosak
Pelombong daun mungkin menjadi masalah. Bena dan kekabuh kutu juga suka makan daun bit. Peringkat awal, tutup pokok dengan jaring atau botol mineral yang dikerat dua.
Menuai
Daun boleh dituai bila mencapai saiz yang diidamkan. Ubi, apabila mencecah 4 hingga 5 cm, iaitu lebih kurang 60 hari. Jika ingin yang lebih besar, tunggu lebih lama.
Cara memakan
Daunnya boleh dimasak seperi sawi. Ubinya dihidang bersama salad, dimasak (sup) atau dijeruk.

![]() |
Pokok lobak bit. |
Labels:
beetroot,
Beta vulgaris,
lobak bit,
swiss chard
Rabu, 1 Mac 2017
Pokok Setawar dan Kegunaannya dalam perubatan alternatif
Hari tu saya ada buat posting tentang khasiat daun setawar dalam perubatan. Ramai yang pm tanya.
Saya tak pasti tentang perubatan moden. Daripada bacaan saya, ia telah lama digunakan dalam perubatan Ayurveda. Sekarang ia mula digunakan dalam perubatan alternatif yang lain. Apa-apa pun kena rujuk doktor. Mereka yang dilatih dan ditauliahkan mengamalkan perubatan. Saya bukan doktor.
Ok, balik kepada soalan yang saya terima. Daripada bacaan saya, setawar digunakan sebagai analgesik, iaitu ubat penahan sakit. Ia juga mempunyai ciri anti-inflamasi, antibakteria, anti-ulser, antivirus dand anti-alahan. Setawar juga digunakan untuk kurangkan demam. Orang Afrika, Amerika Selatan, India, China dan Australia dah lama guna setawar sebagai ubat.
Apa-apa pun, rujuk doktor dulu.
Saya gemar tanam pokok ni sebab ia unik. Cambahan keluar daripada hujung daunnya. Jika berminat untuk dapatkannya daun ada, pokok pun ada stok, tapi tak banyak. Siapa cepat dia dapat.

Pokok setawar, Bryophyllum |
Sabtu, 11 Februari 2017
Pilihan Makanan yang Betul Mampu Menyelamatkan Nyawa Anda
Ada beberapa kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa makan dapat membendung kita daripada musibah penyakit. Daripada kajian yang dibuat, hampir 70% daripada serangan sakit jantung dapat dibendung sekiranya kita memilih makanan yang betul.
Satu daripada makanan yang betul ialah Moringa oleiffera. Memang doh, dia promote pokok tu, sebab tu dia buat posting ni. Itu mungkin tomahan yang rakan-rakan berikan. Sebenarnya disebaliknya. Apabila saya mendapat tahu khasiat pokok ini, baharu saya promote. Sebelum promote, saya banyak membuat rujukan. Lepas itu saya sendiri amal makan. Bukan setahun atau dua tahun. Lama.
Kita semua tahu, sel yang bengkak adalah satu daripada punca serangan sakit jantung. Sel pada dinding salurdarah bengkak, salur darah menjadi sempit. Darah sukar mengalir, oleh itu jantung terpaksa bekerja lebih kuat.
Moring adalah anti bengkak. Jika amal makan, sel tidak lagi bengkak. Salur darah menjadi luas dan darah dapat mengalir dengan lancar. Jantung tidak lagi perlu bekerja keras.
Lagipun Moringa adalah antioksidan. Antioksidan membantu mengukuhkan salur darah. Salur darah menjadi segah dan darah dapat mengalir dengan lancar.
Kita semua tahu bahawa tekanan darah yang tinggi juga menjadi punca serangan sakit jantung. Moringa mengandungi L-Arginine, iaitu asid amino yang digunakan untuk membina nitrik oksida, iaitu bahan yang dapat menurunkan tekanan darah. Apabila tekanan darah turun, risiko serangan sakit jantung juga dapat dikurangkan.
Ada yang promote pil supplement. Semua tu bagus. Tapi saya nak tawarkan lagi bagus. Anak pokok Moringa oleifera. Anak pokok berumur 3 bulan hanya RM50. Anak pokok 11 bulan, hanya RM150. Ya betul, ada yang tuduh saya mengigau sebab pegang harga. Khabarnya dia beli hanya RM14 kat pasar tani. Saya terima hakikat tersebut, saya mengigau. Tapi igauan ini memberi perkhabaran tentang khasiat pokok ini kepada rakan-rakan. Yang tuduh mengigau, tidak pernah contribute kepada page ini dalam bentuk apa sekali pun.
Jom, layan orang mengigau dengan tawaran yang mampu menyelamatkan nyawa. Hubungi 0183601610 untuk pesanan. RM50 atau RM150 ini mampu menyelamatkan nyawa. Lagipun daun moringa enak rasanya.

Daun Moringa oleifera hasil tanaman kami. |
Rabu, 1 Februari 2017
Baby Kangkung Sebagai Salad
Kebiasaannya kalau
kita fikirkan tentang ulam dan salad, kita fikirkan salad lettuce.
Ada juga yang tanam salad cina, atau celtuce. White asparagus, katau
peniaga benih daripada negara China. Masalah bila menanam salad,
masa yang diambil terlalu lama. Ia pula kadang-kadang bergetah dan
pahit. Ini tidak elok jika kita ingin latih anak-anak memakan sayur.
Saya ada cuba
pelbagai sayur untuk dimasukkan ke dalam mangkuk salad. Salad
lettuce memang enak, tetapi masa menunggu terlalu lama. Ada yag kata
selepas alih, ia mengambil masa 3 minggu sahaja. Ini benar jika
persekitaran serasi. Cahaya tak boleh terlalu cerah, tetapi tidak
pula boleh terlalu teduh. Air pula perlu setara. Jika menanam
secara hidroponik, ok. Jika secara organik, masalah sedikit.
Terlalau lama menunggu. Maksudnya, risiko juga tinggi kerana semakin
lama tanaman mengambil masa untuk matang, semakin tinggi risiko ia
diserang serangga perosak.
Penyelesaiannya,
saya pilih sayur tempatan. Kebiasaannya sayur tempatan, kita tanam
mengggunakan keratan. Memang ia dah sebati dengan cara orang kita,
“bercucuk” tanam, bukan “menyemai benih” tanam. Apa yang
saya maksudkan ialah kangkung. Sayur ini berkhasiat, kaya dengan
mineral. Ia popular sebagai sayur, tetapi kurang popular sebagai
salad dan ulam.
Saya mula belajar
makan kangkung sebagai ulam daripada mertua yang ketika itu singgah
di rumah. Memang enak kangkung segar cicah sambal belacan. Daripada
situ saya cuba kangkung daripada pelbagai peringkat dalam
pertumbuhannya.
Saya dapati,
kangkung paling enak dibuat salad, ketika umurnya yang disemai
daripada benih, tiga minggu selepas bercambah. Oleh kerana kangkung
ini masih muda, hanya ada dua atau tiga set daun, saya namakannya
“baby kangkung”.
Semai di dalam tanah
yang diperkaya dengan bahan organik. Tidak perlu alih semaian.
Apabila cambahan berumur tiga minggu, kerat batangnya kira-kira 2
hingga 3 cm daripada aras tanah. Hidangkan sebagai salad.
Saya ada hidangkan
sebagai salad kepada anak-anak dan cucu yang masih kecil. Mereka
gemarkannya. Lebih enak daripada salad, kata mereka.
Baby kangkung sebagai
salad.
|
Ahad, 29 Januari 2017
Kandungan Asid Amino di dalam Daun Moringa oleifera
Ada ahli sains yang
buat analisis kandungan daun Moringa oleifera. Betullah yang ambe
warwarkan selama ini. Lagi baik, nisbah kandungan amino asid yang
ada di dalamnya setara dengan nisbah amino asid yang diperlukan oleh
badan serta fungsinya. Ini belum termasuk nutrien dan mineral yang
sememangnya padat di dalam daun moringa.
Saintis ini
senaraikan 18 jenis amino asid yang ada di dalam daun moringa.
Izinkan ambe senaraikan.
Isoleucine,
asid amino perlu. Diperlukan badan untuk membina protein dan enzim,
merangsang otak, membantu memulihkan otot selepas riadah, menyelia
aras gula di dalam darah, serta membina sel darah merah (hemoglobin)
yang penting untuk mengangkut oksigen ke sel di dalam badan.
Leucine, asid
amino perlu. Diperlukan di dalam otot dan lemak. Juga digunakan di
dalam hati. Ia diperlukan di dalam bio-sintesis sterol di dalam
badan. Leucine merangsangkan pertumbuhan otot dan menghalang
kemerosotan otot.
Lysine, asid
amino perlu. Penting untuk pertumbuhan yang sempurna, dan memainkan
peranan penting di dalam pembinaan Carnitine, nutrien yang
bertanggungjawab menukarkan asid lemak kepada tenaga, serta membantu
mengurangkan kolesterol. Lysine membantu penyerapan kalsium, juga
menjadi peneraju dalam pembentukan kalogen yang memanfaatkan tulang,
tisu penghubung termasuk kulit, tendon, dan rawan. Lysine juga
membentuk antibodi, hormon dan tisu penghubung.
Methionine,
asid amino perlu. Mempunyai keupayaan membekalkan sulfur serta
sebatian lain yang diperlukan untuk metabolisma dan pertumbuhan.
Sulfur adalah satu unsur utama yang penting untuk menghasilkan
beberapa jenis nutrien antioksidan. Ia mengurangkan kolesterol dan
mengurangkan lemak di dalam hati sambil meningkatkan produksi
lesitin.
Phenylalanine,
asid amino perlu. Badan kita akan tukarkan asid amino ini kepada
tyrosine, sejenis lagi asid amino yang diperlukan untuk membina
protein, dan neurotransmiter, termasuk L-dopa, epinephrine, dan
norepinephrine, serta hormon tiroid. Norerephinephrine memberi kesan
kepada mood kita, iaitu bentuk ephinephrine yang disyorkan untuk
mengubat kemurungan.
Threonine,
asid amino perlu. Ia membantu hati untuk kurangkan lemak,
mengekalkan imbangan protein, serta membantu kardiovaskular, hati,
sistem saraf tunjang, dan sistem pertahanan badan, iaitu dengan
menghasilkan antibodi. Ia berkait dengan penghasilan kalogen,
elastin, tisu penghubung, serta tisu otot, terutamanya pada jantung,
yang mana threonine ditemui dalam kuantiti yang banyak dan berkurang
apabila proses pemulihan luka serta dalam waktu pemulihan selepas
kecederaan. Threonine dikaitkan dengan ubat untuk mengubati penyakit
Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan Multiple Sclerosis (MS).
Tryptophan,
asid amino perlu. Membantu pertumbuhan bayi serta imbangan nitrogen
di dalam badan orang dewasa. Badan menggunakan tryptophan untuk
membina Vitamin B, niacin, dan neurotransmiter, iaitu serotinin.
Serotinin mengawal mood, selera makan, tidur. Jika badan kekurangan
serotinin, kita akan mengalami kemurungan. Tryptophan membantu
sistem pertahanan badan, mengubat penyakit insomnia (tidak dapat
tidur malam), mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, serta
mengurangkan simptom sakit kepala, iaitu migraine.
Valine, asid
amino perlu. Amino asid yang beranting, banyak ditemui di dalam tisu
otot. Kekurangan
valine memberi kesan
ke atas sarung myelin. Ini akan memberi kesan ke atas penghantaran
isyarat saraf dalam otot. Valine digunakan untuk mengubat ketagihan
dadah.
Alanine, asid
ammino. Ia membantu membekalkan tenaga kepada tisu otot, otak, dan
sistem saraf tunjang. Amino asid ini membantu menguraikan glukosa di
dalam hati untuk membebaskan tenaga. Ia menstabilkan aras glukosa di
dalam darah ketika riadah. Alanine juga menghasilkan
neurotransmiter, antibodi, dan limfosit.
Arginine,
asid amino. Memainkan peranan yang penting di dalam proses
pembahagian sel, pemulihan luka, membuang amonia daripada badan,
berfungsi di dalam ketahanan badan, serta merembeskan hormon.
Arginine merembeskan hormon pertumbuhan yang berkait dengan
pertumbuhan otot dan membaiki tisu yang rosak. Ia mencepatkan proses
pemulihan.
Arginine juga
menjadi pemangkin kepada pembinaan nitrik asid dan ada kkaitan dengan
pemulihan daripada masalah mati pucuk, serta memnfaatkan
kardiovaskular iaitu mengurangkan tekanan darah apabila otot lembut
rehat. Ia bertindak sebagai vasodilator, iaitu salur darah menjadi
kembang dan membantu aliran darah masuk.
Asid Aspartik,
asid amino. Bertindak sebagai neurotransmiter, dan berkait dengan
penghasilan hormon dan fungsi sistem saraf.
Cysteine,
asid amino tak perlu. Diperlukan oleh bayi yang lahir tidak cukup
bulan dan orang tua, atau orang yang mempunyai masalah metabolisma,
atau sindrom malabsorption, dan dikira perlu dan mesti dimakan.
Cysteine bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kita daripada
radiasi dan pencemaran. Ia melambattkan proses penuaan, nyahaktifkan
radikel bebas, serta tawarkan racun. Cysteine ada kaitan dengan
proses membina penawar yang kuat di dalam badan, paru-paru, hati,
ginjal, dan sumsum tulang.
Asid Glutamic,
asid amino. Membantu menghalang keracunan amonia, juga berfungsi
sebabgai neurotransmiter aktif, yang penting di dalam meningkatkan
memori dan pembelajaran. Asid Glutamic diproses oleh badan menjadi
GABA yang membantu menghalang sawan.
Glycine, asid
amino. Digunakan untuk membina tisu otot, bahan baka DNA dan RNA,
serta menukar glukosa kepada tenaga. Ia menghalang pengecutan otot
dengan meningkatkan aras Creatine. Ia juga penting di dalam fungsi
sistem pencernaan dan sistem saraf dengan bertindak sebabgai
penghalang neurotransmiter.
Histidine,
amino asid perlu. Amat diperlukan oleh bayi dan orang dewasa. Ia
digunakan untuk membina Histamine, iaitu sebatian dalam saraf yang
dihasilkan apabila berlaku tindakbalas alahan. Histidine diperlukan
dalam pertumbuhan dan untuk merawat tisu, serta melindungi sarung
myelin yang melindungi saraf. Histidine juga diperlukan dalam
fabrikasi sel darah merah dan sel darah putih. Ia melindungi badan
daripada kerosakan apabila terdedah kepada radiasi dan logam berat.
Serine, asid
amino. Ia memainkan peranan yang penting sebagai pemangkin dalam
pelbagai fungsi enzim serta sintesis sarung berasaskan asid lemak
yang menyalut gentian saraf. Ia juga berfungsi di dalam penghasilan
immunoglobulin serta pengukuhan antibodi di dalam sistem pertahanan
badan.
Proline, asid
amino. Membantu menghasilkan kalogen, yang berkait dengan sendi,
rawan, tendon, jantung, dan kulit. Ia menjadi prekursor kepada
pembentukan Glutathione yang amat penting dalam pengukuhan jantung.
Tyrosine,
asid amino. Digunakan dalam pembinaan nurotransmiter, termasuk
epinephrine, norepinephrine, dan dopamine, serta menyokong
fungsi tiroid,
adrenal, serta kelenjar pituitary. Tyrosine menjadi faktor regulasi
fungsi endokrin. Ia juga menjadi struktur komponen hampir semua
protein di dalam badan.
![]() |
Pokok moringa yang kaya dengan pelbagai asid amino. |
Menyimpan Daun Moringa
Kadang-kadang kita
perlu menyimpan lebihan daun moringa. Mungkin kita ada membeli daun
segar di pasar, atau kita memangkas batang pokok untuk merindangkan
pokoknya. Contohnya hari ini saya pangkas 3 batang pokok moringa
kerana ia dah terlalu tinggi. Sebahagian saya pack untuk diberikan
kepada anak-anak yang tidak tinggal bersama untuk bekalan.
Sebahagian lagi dimasak.
Lebihannya?
Biasanya daun
moringa tidak tahan lama jika disimpan segar. Jika ia lembap,
selepas satu minggu daun tersebut akan terurai mengeluarkan bau
hancing seperti amonia. Ini kerana daun moringa kaya dengan amino
asid, iaitu 18 jenis semuanya dan sebahagiannya adalah penting kerana
badan kita tidak dapat menghasilkan amino asid tersebut. Ia disebut
amino asid perlu.
Saya akan ceritakan
lebih lagi tentang amino asid di dalam moringa. Di dalam posting
ini, saya akan bercerita tentang cara menyimpan daun moringa.
Mula-mula asingkan
daun yang cela. Pilih daun yang segar tanpa cela sahaja. Isikan ke
dalam bekas plastik yang kedap udara. Saya simpan di dalam beg
plastik zip bersaiz 11 x 16 inci. Kemudian simpan di dalam bahagian
beku di dalam peti sejuk.
Apabila perlu,
keluarkan dan terus masak seperti biasa. Mutu serta rasa daun
moringa tidak jejas.
![]() |
Daun moringa disimpan di dalam beg plastik. |
Jumaat, 27 Januari 2017
Biologi Benih, bahagian 2
Sebelum ini saya ada
sebut bahawa tumbuhan aras tinggi terbahagi kepada dua iaitu
gimnosperma dan angiosperma. Dalam bahasa biasa, gimnosperma adalah
tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga sebenar manakala angiosperma
menghasilkan bunga sebenar.
Saya sentuh tentang
angiosperma terlebih dahulu. Ia terbahagi kepada dua iaitu
monokotiledon dan dikotiledon. Tumbuhan monokotiledon ni, benihnya
ada satu kotiledon, misalnya kelapa, kelapa sawit, nipah, nibong,
tebu, dan jagung. Tumbuhan monokotiledon herba termasuk asparagus
dan bawang.
Tumbuhan
dikotiledon, benihnya ada dua kotiledon, misalnya mempelam, jambu
air, jambu batu, buah tin, cili, tomato.
Nak kenal pokok
monokotiledon atau dikotiledon, mudah. Lihat cambahannya. Jika daun
benih keluar satu, itu tumbuhan monokotiledon. Jika daun benihnya
dia helai, itu pokok dikotiledon.
Pokok gimnosperma
pun banyak sebenarnya, tapi jarang kita sentuh sebab ia tak berbuah.
Kita yang berkebun lebih berminat kepada pokok yang berbuah. Tapi di
negara kita terutamanya di tempat saya (Kemaman) ada banyak juga,
misalnya pokok rhu iaitu sejenis pokok konifer. Yang minat beauty
produk, pokok ginkgo pun daripada jenis gimnosperma.
Dalam lingo botanis,
tumbuhan angiosperma menghasilkan bunga sebenar, manakala tumbuhan
gimnosperma menghasilkan strobilus.
Bersambung...
#biologiBenih
Cambahan kailan mempunyai dua helai daun benih. |
Isnin, 16 Januari 2017
Serangan Serangga Perosak Pada Pokok Moringa
Setelah sekian lama
menanam pokok moringa, inilah kali pertama pokok yang kami tanam
diserang serangga perosak. Kerosakan yang berlaku hanya tertumpu
pada tangkai daun yang diserang. Daun yang tua kelihatan terdapat
tompok putih akibat bahagian daun (klorofil) telah dimakan serangga.
Daun yang diserang serangga perosak bertompok putih. Bahagian hijau habis dimakan. |
Ada juga daun menjadi kering. Kerosakan hanya pada tahap minima. Daripada 10 pokok yang saya tanam di atas tanah, hanya satu pokok diserang.
Ada daun yang layu, tetapi hanya pada tangkai kecil. |
Serangga yang
menyerang berwarna hitam dengan bintik kuning, berbadan lembut. Ia
daripada keluarga kepinding. Saya hanya kutip serangga tersebut dan
alih ke tempat lain. Jika ia kembali lagi saya tangkap dan
musnahkan.
Serangga yang menyerang pokok moringa. |
Pokok yang diserang tidak jejas, hanya beberapa tangkai mempunyai tompok putih dan satu tangkai kecil daun menjadi layu. Bahagian lain tidak jejas.
Pokok moringa yang diserang, pada keseluruhannya kelihatan tidak terjejas. |
Khamis, 12 Januari 2017
Kaedah Pengairan (Siraman)
Kaedah shallow
watering (siraman cetek)
Kaedah menyiram daripada atas perlu
kerap dilakukan. Kaedah ini dikenali sebagai siraman cetek dan tidak
memerlukan air yang banyak. Bagaimanapun ada kelemahannya. Akar tidak
tumbuh dalam dan ini menyekat keupayaan tumbuhan untuk mencari air.
![]() |
Siraman cetek |
Kaedah deep watering
(siraman dalam)
Kaedah menyiram daripada atas tetapi dengan kuantiti air yang banyak setiap kali siram iaitu sekurang-kurangnya 5 cm seminggu jika tiada hujan. Air akan basah di perlukaan, dan secari beransur-ansur semakin dalam memaksa akar tumbuh jauh ke dalam tanah iaitu sehingga ke paras air kekal (water table).
Pokok tidak mudah layu ketika kekurangan air kerana akar berupaya mencari dan menyerap air yang jauh di bawah tanah.

Siraman dalam |
Jika menanam di
dalam bekas, kita boleh suaikan kaedah siraman dalam dengan menggukan
kaedah sistem irigasi bawah. Satu daripadanya ialah meletakkan bekas
tanaman serta bekas semaian di dalam takungan air. Untuk kekalkan
aras air, kami gunakan botol yang berisi air dengan dibuat liang
bawah separas aras air yang diidamkan. Anda boleh ubahsuai sistem
mengikut keserasian. Kami hanya berikan idea pencetus.
Pengairan dari bawah. |
Tomato Bonsai
Tomato bonsai dalam pasu gantung |
Tomato biasanya
dikategorikan mengikut saiz buah ataupun pola pertumbuhan pokok.
Tomato kecil biasanya disebut tomato ceri dan tomato besar sebagai
tomato sahaja. Ada juga yang menkategorikan tomato mengikut
kesesuaian kegunaan buahnya, sebagai salad, untuk hirisan, atau
dibuat paste untuk masakan. Pekebun tomato biasanya menkategorikan
tomato kepada tentu (determinate) atau tak tentu (indeterminate).
Dua bulan yang lalu,
saya ada perkenalkan tomato bonsai, iaitu tomato tentu dengan buah
yang kecil. Pokok tomato bonsai merimbun dengan menghasilkan buah
yang lebat hanya sekali. Pokok ini serasi ditanam di dalam pasu.
Saya tanam pokok ini dengan niat untuk menjualnya ketika buah lebat
kerana pokok ketika berbuah kelihatan cantik dan buahnya boleh
dimakan. Jadi sebagai tanaman hiasan serta sebagai tanaman makanan.
Walaupun saya
beritahu akan jual pokok ketika telah matang, ramai rakan-rakan
berkebun yang singgah telah memilihnya untuk dibawa pulang. Kini
tinggal anak pokok yang dipesan sahaja. Stok benih juga telah habis.
Saya sedang menunggu stok baharu. Mungkin akan terima dalam masa
sebulan lagi. Benih ini dari Itali.
Sebelum ini saya ada
kongsikan benih baka daripada Taiwan, iaitu baka ruby. Baka ini
adalah daripada jenis tak tentu. Pokoknya tumbuh tinggi dan terpaksa
dipasang pancang. Buahnya cantik dan biasanya saya tanam di tepi
pagar kerana pokok diikat ke pagar.
InsyaAllah, dalam
sebulan dua ini saya akan bermain dengan tomato bonsai pula. Apa
yang diharapkan ialah, apabila pokok mula berbuah ranus, saya akan
masukkan pasu ke dalam pasu hiasan dan letakkan pokok di atas meja
makan. Apabila anak-anak ingin makan, mereka akan petik sahaja.
Apabila buah dah habis dipetik saya akan kembali pulihkan dan alih ke
luar rumah sehingga batch buah berikutnya. Saya akan perhatikan
tabiat pokok ini dan akan memanfaatkannya dalam batch yang akan
datang.
Selasa, 10 Januari 2017
Pokok Bunga Telang Memanjat
Bunga telang pokok memanjat, sesuai ditanam di pagar. Jika ingin tanam berimbun pun boleh, tenpa memanjat. Ketika pokok tumbuh setinggi sekaki (30 cm), kerat tunas utama kira-kira 15 cm daripada aras tanah supaya keluar tunas sisi dan pokok menjadi rimbun. Selepas dikerat, tambah baja organik.
Bunga telang berwarna biru digunakan sebagai pewarna masakan. Ia juga enak dibuat salad atau dicampur air dan dibuat sirap.
Benih bunga telang ada stok.
Bunga telang berwarna biru digunakan sebagai pewarna masakan. Ia juga enak dibuat salad atau dicampur air dan dibuat sirap.
Benih bunga telang ada stok.
Bunga telang berwarna biru. |
Soalan Pengunjung, Daun Moringa Kuning
Salam En. Iskandar,
Kenapa anak pokok yang saya beli daripada En. Iskandar, selepas dialih daunnya menjadi kuning?
-----------------
Waalaikum salam,
Waalaikum salam,
Apabila dialih, akar pokok akan terusik dan pokok ambil masa untuk suaikan dengan persekitaran dan tanah yang baharu. Oleh kerana akar belum settle di tempat baharu, ia gagal menyerap air secukupnya. Ini akan menyebabkan daun menjadi lesu dan mula kuning.
Buang tangkai yang kuning. InsyaAllah apabila akar dah settle, pucuk baharu akan tumbuh dan pokok akan mebali subur.
Buang tangkai yang kuning. InsyaAllah apabila akar dah settle, pucuk baharu akan tumbuh dan pokok akan mebali subur.
Sekiranya pokok dah tumbuh dengan elok, dan daun mulai kuning di tangkai yang atas, periksa tanah. Ia mungkin kekeringan atau tanah terlalu basah. Jika tanah kering, siram dengan air yang banyak untuk pulihkan pokok. Jika tanah menakung air, buat alur supaya air mengalir. Jika perlu, tambah pasir.
Apabila selesai membaik pulih tanah, gaulkan baja organik untuk tokok nutrien di dalam tanah.
Labels:
daun kuning,
moringa,
soalan pengunjung
Tanda Terima Kasih, Benih Untuk Dicuba Semai
Benih White Radish dan Sawi Bunga |
Alhamdulillah semalam, ramai yang memesan benih. Sasaran untuk hari pertama minggu ini telah tercapai. Sebagai tanda terima kasih, kami ada bungkus beberapa set benih yang terdiri daripada benih white radish, iaitu lobak putih, dan benih sawi bunga.
Untuk pesan bayar RM5 untuk satu set, atau RM10 untuk dua set.
Bayaran boleh dibuuat ke mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610
Sawi pilih kedua-dua benih ini untuk dicuba semai untuk mencetuskan semangat kawan-kawan semua agar tahun ini dimulakan aktiviti berkebun di rumah. Kedua-dua benih ini mudah bercambah dan senang dijaga.
White radish atau lobak putih yang di"tanamsendiri" mudah bercambah. Kawan-kawan boleh gunakan medium semaian, tanah kebun, atau mana-mana tanah potting soil yang tidak ditokok dengan baja atau sekam bakar. Selepas bercambah, letakkan di tempat cerah. Minggu kedua selepas bercambah, siram dengan air baja. Larutkan satu sudu besar baja di dalam 10 liter air dan siram sebelah petang.
Cambahan lobak putih. |
Apabila keluar set daun sebenar, iaitu daun ke tiga dan ke empat, jarangkan anak pokok. Seeloknya dialih. Gunakan tanah yang telah digaul dengan baja organik. Lobak akan muncul dan dapat dituai pada minggu ke 6.
White radish, atau lobak putih. |
Apabila keluar empat helai daun, alih ke atas batas atau ke dalam pasu atau bekas.
Tuai selepas 6 minggu disemai.
Sawi boleh ditanam di tanah atau di dalam bekas. |
Isnin, 9 Januari 2017
Rebusan Daun Moringa
Saya ada perhatikan
kawan kawan yang kisar daun moringa dan campur madu untuk dibuat
minum. Siapa yang dapat minum minuman itu walau pun setengah gelas,
saya tabik. Saya sendiri tak terdaya nak habiskan. Apa lagi bila
ditambah madu. Seperti meminum pekatan vitamin, mineral, dan 19 asid
amino. Gajah pun tumbang.
Buat apa-apa pun, biarlah berpada pada.
Cara saya mudah.
Ambil aja setangkai daun moringa yang dah tua, rebus dalam periuk
kecil. Jangan rebus lama, kita tak mahu zat di dalamnya terurai.
Guna air yang telah direbus (air mati) dan panaskan sehingga 80
darjah celsius dan kecilkan api dan biarkan dalam lima minit lagi.
Kacau ramuan hingga daun menjadi lembut. Warna air kelihatan seperti
kuning muda seperti warna teh. Tapis dan minum. Lebihannya, tuang
ke dalam botol dan simpan di dalam peti. Ketika tuang, air seperti
ada tanda likat sedikit seperti ada kesan jeli yang cair. Itu adalah
zat yang terlarut di dalam air.
Tak perlu tambah
gula. Jika kurang biasa dengan aroma moringa, rebus bersama gula
melaka, satu keping dah cukup. Saya sendiri tak campur apa-apa.
Minum rebusan daun moringa, rasanya soothing.
Owh dalam gambar tu
saya tak tapis daun, untuk hiasan sahaja. Bila nak minum, saya
tapis.
Rebusan moringa. |
Ahad, 8 Januari 2017
Patutlah tak tumbuh!
Dah rendam dalam air suam, semai. Tak tumbuh pun!
Saya guna tanah hitam, beli kat nurseri.
Kecewa, tak mahu lagi berkebun.
Pagi ini tiga orang hubungi, dengan masalah yang sama. Semai guna tanah hitam. Tak tumbuh.
Ibaratkan baby baharu lahir, disuap nasi. Mati.
Tanah hitam, untuk pokok matang. Untuk pokok bunga, bukannya sayur.
Guna tanah hitam semai benih sayur, tak bercambah. Itu lumrah.
Kirim RM20 untuk medium semaian dan kendalian poslaju. Benih sayur juga akan disertakan.
Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610
Saya guna tanah hitam, beli kat nurseri.
Kecewa, tak mahu lagi berkebun.
Pagi ini tiga orang hubungi, dengan masalah yang sama. Semai guna tanah hitam. Tak tumbuh.
Ibaratkan baby baharu lahir, disuap nasi. Mati.
Tanah hitam, untuk pokok matang. Untuk pokok bunga, bukannya sayur.
Guna tanah hitam semai benih sayur, tak bercambah. Itu lumrah.
Kirim RM20 untuk medium semaian dan kendalian poslaju. Benih sayur juga akan disertakan.
Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610
posted from Bloggeroid
Angkuh, Campak Aja Benihnya Memang Menjadi
Beberapa tahun yang lalu, ada yang buat pernyataan, dia campak aja benih kangkung melambak aja tumbuh. Bukan kerana bersyukur kangkung anugerah yang mudah ditanam dan enak dimakan, tetapi ingin meremehkan sayur ini. Ada juga yang cuba menakutkan massa dengan menyebarkan fitnah kononnya kangkung ada parasit yang menakutkan. Maka massa mula membenci kangkung.
Sebenarnya kangkung bukannya sayur yang hina. Ia sayur untuk semua. Pembesar melayu yang mengadap maharaja cina di akhir abad ke 15 juga memakan kangkung. Ambe tak pasti dihidangkan oleh maharaja cina atau dibawa bekal.
Orang putih puji sayur ini melambung tinggi kerana ia enak dimakan sebagai salad, apa lagi digoreng bersama bawang putih.
Kangkung memang mudah ditanam, tapi tak semua yang semai kangkung menjadi. Yang campak benih kangkung dan menjadi tu, kerana tanah serasi, cukup air, suhu serasi, insyaAlllah. Biasanya saya semai terus di tanah. Kali ini saya semai di dalam dulang semaian modular sebab nak hasilkan plug untuk dijual di dalam cawan pakai buang.
Untuk semaian terkini, sebenarnya ini dulang ke dua. Dulang pertama saya rendam dalam air pada suhu bilik. Kemudian saya semai ke dalam dulang. Hanya dua sel daripada 200 sel yang bercambah. Dalam seratus sel, benih hancur dimakan kulat. Saya tuang ke tanah, baharulah bercambah dalam anak pokok.
Ini adalah semaian ke dua. Sebelum semai saya rendam dalam air suam kira-kira 40 darjah celsius. Semaian yang selebihnya saya tidak rendam. Sebagaimana yang rakan-rakan dapat perhatikan, benih yang disemai di dalam air suam dah bercambah dan keluar anak pokok. Yang tidak direndam baharu sahaja bercambah.
InsyaAllah apabila kukuh, sebahagian daripada cambahan ini akan dimasukkan ke dalam cawan pakai buang, dan akan dijual. Yang selebihnya akan dialih ke batas timbun. InsyaAllah tiga minggu lahi saya akan menuai kangkung ini. Tuaian secara kerat dan tumbuh lagi.
Alhamdulillah, murah rezeki.

Cambahan Kangkung |
Sabtu, 7 Januari 2017
Tanamsendiri Bayam Spinach (Spinachia oleracea)
Bila
sebut bayam, kita biasanya merujuk kepada bayam amaranth. Ada satu
lagi bayam yang enak dimakan segar, bayam spinach. Musim tengkujuh,
cuaca rendah sedikit daripada biasa, bayam spinach boleh ditanam.
Saya
beberapa kali lupakan bayam spinach kerana ia sukar bercambah ketika
suhu panas. Anak pokok yang tumbuh pun terbantut. Tapi saya
perasan, di musim tengkujuh, pertumbuhannya galak. Yang seronok
tentang bayam ini, jangan tuai cabut. Kerat daun serta pucuk dan ia
akan tumbuh merimbun.
Bayam
spinach adalah antara sayur daun yang cepat dapat dituai. Anda dapat
nikmati bayam spinach dalam masa 6 hingga lapan minggu.
Bayam
spinach sesuai ditanam di tanah yang ringan, kaya dengan humus dan
bahan organik serta elok salirannya dengan pH 6.0 hingga 7.0.
Gunakan meter soil tester untuk sukat pH tanah. Tanah yang kaya
dengan humus berupaya menyimpan lembapan serta tidak terlalu basah
kaya dengan nitrogen dan kalium. Jika sediakan tanah, gaulkan baja
tinja ayam, pasir dan abu daripada pembakaran kayu, dan biarkan
selama satu hingga 2 minggu. Jika tanam di dalam bekas, jaulkan 5 cm
baja tinja ayam dengan 15 cm tanah atas.
Bayam
spinach tidak tahan panas yang terik. Elok ditanam di tempat teduh
atau pasangkan sungkupan plastik atau jaring halus untuk kurangkan
terik matahari. Semai di dalam bekas semaian dua minggu sebelum
mengalih anak pokok. Benih akan bercambah antara 5 hari hingga 2
minggu. Semai di dalam liang sedalam 1 cm,
letakkan 3 benih dalam satu liang. Alih anak pokok ke tanah atau
pasu. Jarakkan kira-kira 10 cm di antara anak pokok. Apabila anak
pokok semakin membesar, tuai untuk jarangkan hingga jarak di antara
anak pokok 20 cm.
Tuai
daunnya dan kerat batang utama untuk rimbunkan pokok. Siram jika dua
hari sebelumnya tidak hujan. Bayam spinach adalah sayur daun dan
memerlukan nitrogen yang banyak. Sembur teh kompos untuk dapatkan
daun yang besar dan subur.
Daun
bayam spinach manis. Pelombong daun, kekabuh timun, bena dan ulat
adalah antara musuh yang sering menyerang. Periksa daun dan kutip
serangga yang menyerang. Jika amalkan kaedah menanam secara organik,
pokok kukuh. Daun yang rosak akibat serangan tidaklah ketara.
Bayam
spinach enak dibuat ulam, dicampur ke dalam mangkuk salad, serta
dimasak sebagaimana memasak bayam amaranth.
![]() |
Bayam spinach |
Khamis, 5 Januari 2017
Kenapa Ternak Arnab?
Jika berkebun di
rumah secara organik, memang serasi ternak arnab. Pertama, arnab
makan tumbuhan. Jangan panik pula, maksud saya bukannya bela lepas.
Bela dalam sangkar. Anda perlukan kayu untuk tiang dan bingkai,
dawai pagar untuk dinding, plastik pengikat, tikar getah atau atau
plastik untuk atap. Bekas makanan dan minuman, boleh gunakan barang
terpakai. Atau beli aja sangkar yang dijual di kedai haiwan
peliharaan.
Biasanya orang beri
makan pellet. Ia diperbuat daripada habuk kayu yang dimampatkan.
Kalau kita tanam sayur, boleh berikan sisa tanaman. Kita tidak perlu
berbelanja untuk makanan arnab. Arnab kuat berak. Jadi ramai yang
risau bau yang akan mengganggu ketenteraman keluarga dan jiran.
Jika ada ruang, bela
di perkarangan rumah. Untuk pastikan tiada bau, letakkan alas
rumpai, daun, serta ranting tanaman. Bahan ini akan jadi makanan dan
ia juga akan menyerap bau. Bersihkan tinja arnab dan letakkan di
atas tanah dan tutup dengan tanah serta sisa kebun dan jadikan
timbunan kompos. Biasanya ia tidak mengeluarkan bau. Jika ada bau
bererti cara anda buat tidak kena. Gaulkan dan tambah timbunan
keratan rumpai serta ranting.
Timbunan kompos akan
mereput dengan cepat. Sisa kompos yang seperti serbuk kopi mempunyai
aroma tanah dan kaya dengan nutrien yang amat serasi dengan tanaman.
Saya katakan bela
arnab lebih serasi jika tinggal di taman perumahan. Ini kerana
selain daripada mengitar semula sisa kebun, arnab cepat membiak. Ia
boleh menjadi sumber protein untuk keluarga. Kulitnya boleh dibuat
dompet, tas tangan dan macam macam lagi.
Lagi pun arnab tidak
bising. Ia tidak mengganggu ketenteraman jiran. Cuma kelemahannya,
arnab tidak bertelur. Jika inginkan sumber protein, anda terpaksa
sembelih arnab. Jika jiran terasa terganggu kerana anda bela arnab
untuk protein, elakkan sembelih di depan mereka.
Arnab kadang kadang
agresif kerana ia haiwan yang menyendiri, ia mempunyai kawasan
sendiri. Jika anda bela di dalam sangkar yang berkongsi, ia mungkin
berebut ruang. Asingkan. Elok buat satu sangkar untuk satu ekor
arnab yang telah matang. Apabila tiba waktu mengawan, letakkan arnab
betina ke dalam sangkar arnab jantan. Oleh kerana arnab betina
berada di dalam kawasan arnab jantan, ia tidak akan melawan dan mudah
mengalah. Biarkan arnab jantan panjat tiga hingga 5 kali untuk
pastikan arnab betina akan hamil. Biasanya waktu panjat dalam 3
hingga 5 saat sahaja. Kemudian asingkan.
Jangan letak arnab
jantan ke dalam sangkar arnab betina. Ia akan melawan dan arnab
jantan akan gagal panjat arnab betina. Arnab juga mungkin akan
cedera kerana ia akan bergaduh.
Jika anda ingin bela
arnab sebagai haiwan peliharaan tetapi tidak mahu biakkan, elok bela
yang betina, dan bela seekor sahaja.
![]() |
Satukan pasangan ketika tiba waktu mengawan jika ingin biakkan. |
Mengalih Anak Pokok Menggunakan Transplanter
Kadang-kadang kita perlu alih semaian kerana ada pokok, pertumbuhannya perlahan sehinggalah ia dialih. Ini termasuk pokok sawi, lobak putih, cili, dan tomato. Ketika mengalih, pastikan akar tidak rosak atau terusik. Paling selamat, gunakan transplanter.
Transplanter ada pelbagai. Saya gunakan model seperti di dalam gambar di bawah. Untuk keluarkan anak pokok atau tanah, boleh tekan pemegang secara sisi, bahagian pencakup di bawah akan terbuka dan isi di dalam transplanter akan jatuh.
Mula mula buat lubang di tempat yang ingin dialih menggunakan transplanter. Keluarkan tanah.
Angkat transplanter dan muatkan ke dalam lubang yang dibuat sebelum ini. Rapatkan pemegang untuk lepaskan anak pokok. Anda telah selesai. Memang mudah menggunakan transplanter.
Transplanter ada pelbagai. Saya gunakan model seperti di dalam gambar di bawah. Untuk keluarkan anak pokok atau tanah, boleh tekan pemegang secara sisi, bahagian pencakup di bawah akan terbuka dan isi di dalam transplanter akan jatuh.
Trnasplanter pemegang plastik. |
Mula mula buat lubang di tempat yang ingin dialih menggunakan transplanter. Keluarkan tanah.
![]() |
Tekan transplanter dingga terbennam di bawah aras akar kengan anak pokok berada di tengah-tengah. |
![]() |
Anak pokok yang selesai dialih. |
Langgan:
Catatan (Atom)