Jumaat, 30 September 2016

Video Menuai Carrot dan Radish

Tanamsendiri Lobak Merah

Tanamsendiri Lobak Merah (Carrot)
Lobak merah kalau tanam sendiri lebih istimewa berbanding lobak merah yang dibeli sebab daun lobak merah pun boleh dimakan. Ditambah ke dalam sup enak.
Lagi pun lobak merah lazimnya menjadi kegemaran anak-anak. Sayur ini boleh jadi pemangkin untuk anak-anak sama-sama berkebun di rumah.

Lobak merah lazimnya bercambah 17 hari selepas disemai. Benih lobak merah ntahan selama 4 tahun. Tuaian adalah 12 hingga 16 minggu.

Jika nak tanam lobak merah, elakkan daripada menggaul baja oranik atau kompos sebelum menanam. Ini kerana jika tanah terlalu subur, lobak akan tumbuh bercabang. Pastikan tanah berpasir dan membaja dengan menyembur the kompos.

Semai di dalam alur sedalam 1 cm. jarak antara alur 15 cm dan jarak antara semaian 5 hingga 6 cm. ketika berkebun, pastikan daun tidak cedera kerana ini akan menarik perhatian lalat lobak merah yang gemar menyerang lobak.

Apabila tumbuh empat helai daun, alih semaian dengan jarak 15 cm antara pokok. Penjagaan adalah mudah, cuma pastikan anda sentiasa merumput untuk pastikan tiada persaingan baja, air dan ruang. Gali sedikit pada pangkal pokok untuk memeriksa saiz lobak. Jika saiz cukup besar sebagaimana yang dikehendaki, cabut secara menegak untuk menuai.


Benih lobak ada stok. Dapatkannya melalui laman tanamsendiri.com  

Selasa, 20 September 2016

Tanamsendiri Brussels Sprout

 Tanamsendiri Brussels Sprout
Brussels sprout adalah juga tanaman daripada keluarga kobis. Sprouts kelihatan seperti kobis kecil. Ia dituai daripada batang pokok. Ada yang kaitkan sprout dengan daun yang longgar dengan suhu. Itu ada kebenarannya, tetapi didapati ada yang hasilkan sprout yang padat walaupun tinggal di tempat yang panas, iaitu di kawasan tanah rendah. Sebenarnya jika ditanam di tanah yang padat, iaitu tanah yang kaya dengan tanah liat, sprout yag dihasilkan padat.

Kebiasaannya benih Brussels sprout bercambah antara 7 hingga 12 hari selepas disemai. Setiap pokok menghasilkan 900g tuaian. Benih sprout tahan selama 4 tahun. Tuaian adalah antara 28 hingga 36 minggu selepas disemai.

Tanah yang sesuai ialah tanah lom berlumpur yang diperkaya dengan bahan organik serta tidak menakung air.

Semai di dalam alur sedalam 1 cm. Jarakkan antara alur kira-kira 15 cm. Jarakkan antara semaian 7 cm. Jangan semai terlalu rapat. Ini untuk elakkan semaian menjadi lemah.

Alih anak pokok apabila ia tumbuh mencecah 1hingga 15 cm. Tanam sehingga paras set daun pertama. Siram menggunakan teh kompos.

Lindung pokok daripada burung ciak dan merpati kerana ia suka memakan tunas sprout. Pasang pancang supaya pokok tumbuh tegak dan timbus bahagian asas pokok untuk kukuhkannya.

Tuai sprout apabila ia tumbuh sebesar bole ping pong. Tuai tunas bawah ke atas. Tuaian adalah berterusan.


Kami ada semai benih brussels sprout baka merah dan benih telah pun bercambah. InsyaAllah tidak lama lagi ia akan sedia untuk dikongsi. Untuk dapatkan anak pokok, sila ikuti posting tanamsendiri.com melalaui blog dan laman facebook, atau whatsapp 0183601610. Kami berada di Semenyih, Selangor.

Tawaran Benih dan Buku

Menjeruk Tomato

Masalah pokok Tomato Yang Terlebih Air

Tentang Penyakit Tomato

Menyelesaikan Masalah Penyakitomato

Resepi Spaghetti

Tanamsendiri Brokoli

Brokoli, satu lagi sayur daripada keluarga kobis (brasiccas) yang boleh ditanam di tempat panas seperti di negara kita. Benih brokoli lazimnya bercambah dalam masa 7 hingga 12 hari. Satu pokok mampu menghasilkan 600g tuaian. Benih brokoli tahan selama 4 tahun. Jangkamasa menuai, owh lama. Dari semai hingga tuai, 44 minggu. Jika nak cepat tanam calabrese, hanya 12 minggu daripada semai hingga tuai. Kalau lama begini, berbaloi tak tanam brokoli? Berbaloi sebab kita boleh amalkan kerat dan tumbuh lagi. Tuaian setiap 6 minggu.

Brokoli tumbuh subur di dalam tanah lom berlumpur yang diperkaya dengan bahan organik serta tidak menakung air. Pilih lokasi yang menerima cahaya penuh. Sebelum menanam, cangkul tanah dan gaulkan dengan kompos dan kapur tetapi jangan sampai tanah menjadi terlalu longgar.

Semai benih dalam alur sedalam 1 cm. Jarakkan antara alur kira-kira 15 cm.Jarakkan antara benih 7 hingga 8 cm. Apabila anak pokok tumbuh 8 hingga 10 cm, alih. Anak pokok brokoli mesti dialih supaya pertumbuhannya melonjak.

Jarakkan antara pokok 30 hingga 45 cm. Masang pancang untuk pastikan pokok tidak tumbang. Sentiasa membaja, seeloknya siram dengan the kompos untuk pastikan pertumbuhan tidak terbantut. Sentiasa periksa pokok untuk pastikan ia bebas serangan perosak dan penyakit. Ulat bulu suka serang pokok brokoli. Jika ada, kutip dan musnahkan.

Letak jaring untuk lindungi pokok brokoli daripada serangan burung merpati. Ia suka makan pucuk dan bunga brokoli.

Tuai dengan mengerat tangkai bunga sebelum bunga brokoli mekar. Jika bunga mula mekar (terbuka), ia akan menjadi berserat. Tunas baharu akan mula muncul. Anda akan dapat tuai lagi selepas 6 minggu. Tuaian adalah berpanjangan. Gunakan pisau atau gunting yang bersih untuk pastikan pokok tidak dijangkiti penyakit di tempat luka tuaian.

Jika anda tidak tuai bunga, tunas bunga baharu tidak akan muncul.


Benih brokoli ada stok. Anda boleh dapatkannya daripada blog tanamsendiri.

Ahad, 11 September 2016

Tanamsendiri Swiss Chard dan Rhubarb

Ramai yang nyatakan kekewaan menanam spinach. Ia mudah bercambah tetapi sukar dijaga kerana terlalu banyak perosak yang menggemarinya. Jika anda gemarkan spinach tetapi gagal menanamnya, mengapa tidak cuba swiss chard atau rhubarb chard. Rasanya seakan-akan spinach tetapi lebih manis. Swiss chard dan rhubab chard adalah daripada jenis beet daun.

Rupa sayur yang berwarna merah menyebabkan sayur ini juga sesuai sebagai tanaman hiasan.

Benih bercambah antara 10 hingga 14 hari selepas disemai. Benih tanahn selama 3 tahun jika disimpan di dalam bekas yang kedap air dan udara. Waktu menuai ialah 12 minggu selepas disemai.

Semai di dalam tanah yang kaya dengan bahan organik serta elok salirannya. Pilih lokasi yang menerima cahaya penuh. Jika teduh sedikit, masih serasi tanam sayur ini.

Penjagaan
jarangkan anak pokok sehingga apabila matang, jaraknya 30 cm antara satu dengan yang lain. Merumput untuk elakkan persaingan dengan rumpai. Jika putik bunga kelihatan cubit buang untuk pastikan pertumbuhan daun tidak terbantut.

Menuai
tuai daun yang besar dengan mengerat tangkainya. Biarkan pokok terus tumbuh untuk mendapat tuaian yang berterusan.

Benih bit (daun) boleh didapati daripada tanamsendiri.com


Sila Like dan Share supaya dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan serta kenalan dan juga untuk membantu kami di tanamsendiri.com.

Tanamsendiri Kacang Buncis

Kacang buncis, ada jenis memanjat, ada juga jenis merimbun.  Lenggai kacang berwarna kuning sepanjang 10 hingga 15 cm.  bunga kacang buncis putih, merah, atau merah jambu.

Benih kacang buncis bercambah antara 7 hingga 14 hari selepas disemai.  Benih tahan selama 2 tahun.  Waktu menuai, 8 hingga 12 minggu selepas disemai.

Tanah
Pokok kacang tumbuh dengan subur di tanah yang tidak terlalu berat, elok salirannya dan tidak terlalu berasid.  Elok tabur kapur sebelum menanam untuk menambah kalsium dan kurangkan keasidan tanah. Gaulkan kompos atau bahan organik 2 minggu sebelum menyemai.

Penjagaan
Lidungi anak pokok daripada serangan siput.  Merumput untuk pastikan anak pokok tidak bersaing dengan rumpai.  Pasang pancang ranting untuk pokok memanjat dan sebagai sokongan.  Pastikan anda menyiram setiap pagi untuk pastikan pokok menerima air yang cukup serta lengga kekacang menjadi segah dan segar.  Selepas tuaian pertama, sembur pokok dengan the kompos atau siram dengan air baja untuk bekalkan nitrogen yang banyak.  Ini untuk pastikan anda mendapat tuaian lenggai kacang yang besar.  Jika kekurangan baja, lenggai kacang yang dihasilkan menjadi semakin kecil.

Tuai apabila lenggai kacang mencapai 10 cm, iaitu lenggai bahagian kacang mula membengkak tanda kacang di dalamnya telah berisi.  Waktu tuaian berpanjangan selama 5 hingga 7 minggu.  Biarkan lenggai kering di pokok untuk hasilkan benih yang baharu dan semai setiap 2 minggu untuk pastikan mendapat bekalan lenggai kacang yang berterusan.

Benih kacang buncis boleh didapati daripada tanamsendiri.com

Sila Like dan Share supaya dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan serta kenalan dan juga untuk membantu kami di tanamsendiri.com.

Sabtu, 10 September 2016

Pendebungaan (Pollination), bahagian 2 daripada 2

Pendebungaan-silang dan pendebungaan-kendiri

Kebanyakannya bunga mengalami proses pendebungaan dengan mudah, tanpa perlukan bantuan daripada pekebun. Kebiasaannya bunga daripada pokok mengandungi bahagian jantan dan betina di dalam satu bunga. Bunga sebegini dikenali sebagai bunga lengkap. Misalnya bopok tomato, cili dan terung mempunyai bunga yang lengkap.

Apa pula pokok yang mempunyai bunga jantan dan bunga betina, dalam satu pokok. Misalnya pokok labu manis, labu air, dan timun. Pokok tersebut mempunyai dua jenis bunga yang berbeza. Bunga jantan menghasilkan debunga. Bunga betina mengandungi ovum. Bunga betina mempunyai putik buah dipangkalnya.

Ada pula pokok menghasilkan hanya bunga jantan, dan hanya bunga betina. Misalnya pokok bunga tonkin jasmin. Pokok jantan menghasilkan hanya bunga jantan, yang lazimnya dipetik dijadikan sayur. Pokok betina hanya menghasilkan bunga betina, yang menghasilkan biji benih.

Kadang-kadang debunga bersenyawa dengan ovum daripada bunga yang sama. Proses ini dikenali sebagai persenyawaan-kendiri. Ada juga pokok yang tidak serasi-kendiri. Maksudnya, debunga daripada bunga atau pokok yang sama tidak boleh senyawakan ovumnya. Ia perlukan debunga daripada bunga atau pokok yang lain. Persenyawan begini dikenali sebagai pendebungaan-silang.

Banyak pokok perlukan proses pendebungaan-silang untuk hasilkan buah yang bermutu tinggi. Ada juga pokok yang separa pendebungaan-sendiri, jadi jika tiada pokok yang lain berdekataan, persenyawaan dan penghasilan buah masih berlaku. Bagaimana pun, buah yang dihasilkan adalah lebih lebat dan bermutu tinggi jika ada pokok lain berdekatan.

Oleh kerana kebanyakan pokok didebunga oleh serangga, jarak antara pokok mestikan di dalam kawasan yang serangga mampu singgah. Jika jarak antara pokok terlalu jauh, pendebungaan melalui serangga tidak berlaku.

Anda juga boleh bantu pendebungaan. Anda boleh gunakan berus lukisan. Sapu ke atas bunga jantan supaya debunga melekat di atasnya. Kemudian sapu ke bahagian stigma, iaitu bahagian yang menerima debunga supaya pendebungaan berlaku.


Lebah, kumbang, dan kelulut adalah antara serangga yang membantu proses pendebungaan. Pastikan laman kebun anda mesra serangga tersebut, terutamanya ketika pokok sedang berbunga. Elakkan menyembur racun serangga terutamanya ketika pokok sedang berbunga untuk pastikan serangga pedebunga tidak terbunuh atau dapat berkunjung ke laman kebun. Anda juga boleh tanam tanaman yang menghasilkan bunga yang banyak untuk menarik kehadiran serangga pendebunga.

Tanamsendiri Terung

Terung a pelbagai bentuk, warna dan rasa. Ada terung yang enak dimakan mentah sebagai ulam, dicelur, atau dimasak. Buah terung paling enak ketika masih muda, iaitu ketika kulitnya masih berkilau. Apabila buah tua, kulit terung menjadi pudar dan tidak lagi berkilau.

Terung akan tumbuh dengan elok di tempat yang panas atau terlindung sedikit. Oleh kerana bunga terung cantik dan buah ada pelbagai bentuk, terung juga serasi dijadikan pokok hiasan. Kami di tanamsendiri ada bekalkan pelbagai baka terung yang sesuai dijadikan pokok hiasan.

Terung boleh ditanam di tanah atau di dalam bekas dengan kedalaman 20 hingga 30 cm.

Benih Terung
Benih terung bercambah antara 14 hingga 21 hari. Satu pokok mampu hasilkan 2 hingga 3 kg. Benih terung tahan sehingga 5 tahun. Jarak antara menyemai dan menuai ialah 20 minggu.

Tanah
Untuk tanaman di atas tanah, pilih tempat yang mendapat cahaya terutamanya cahaya pagi atau tempat yang teduh sedikit tetapi cerah, subur kaya dengan bahan organik serta mempunyai saliran yang elok. Tambah baja organik atau kompos satu atau dua minggu sebelum menanam.

Jika tanam di dalam pasu, gunakan pasu diameter 9 inci (23 cm).

Menyemai dan Menanam
Semai di tempat teduh dan beratap menggunakan bekas semaian yang diisi tanah gambut atau kompos. Semai 2 benih satu lubang. Apabila bercambah, kerat anak pokok yang lemah. Alih ke tempat cerah tetapi tidak di tempat yang panas terik. Apabila tumbuh empat helai daun alih tempat panas untuk kukuhkan. Selepas tiga hingga 4 hari, alih ke dalam pasu atau ke tanah.

Penjagaan
Bila pokok mencecah melebihi 1 kaki, kerat tunas utama untuk galakkan pertumbuhan tunas sisi supaya pokok semakin rimbun. Jika tanam baka buah besar, apabila lima putik telah lekat, cubit buang bunga dan ranting lain supaya dapat hasilkan buah yang besar dan segar. Kerat buang daun bawah untuk elakkan terkena percikan air tanah yang boleh menyebabkan pokok terkena penyakit. Siram untuk kekalkan kelebapan tanah tetapi jangan sampai air bertakung. Tambah sedikit baja yang kaya dengan kalium ke dalam air siraman. Amalkan berkebun secara organik, siram teh kompos.

Periksa daun, jika ada kekabuh terung yang menyerupai ladybug tetapi warna kulit oren, musnahkan serangga tersebut. Perhatikan di bawah daun, jika terdapat serangan lalat putih atau bena, itu tanda pokok stress kekurangan air. Sapu daun dengan mengelap towel yang dilembapkan dengan larutan sabun pencuci pinggan dan minyak masak pada daun yang dijangkiti perosak tersebut untuk menghapuskannya.

Menuai
Tuai buah dengan mengerat tangkainya menggunakan pisau atau gunting yang bersih. Tuai buah apabila ia mula kelihatan pudar.

Benih
anda boleh dkan benih daripada tanamsendiri.com

1. Terung mini ungu (berjambak)
2. Terung mini bulat hijau
3. Terung bulat purple
4. Terung bulat hijau
5. Terung panjang purple
6. Terung panjang hijau
7. Terung panjang putih
8. Terung gergasi purple


Harga 1 pek 10 benih, RM5

Pendebungaan (Pollination), bahagian 1 daripada 2

Tumbuhan membiak secara seks melalui biji benih. Byang dihasilkan perlu disebarkan sejauh mungkin daripada induknya. Ini untuk mengelakkan anak pokok tumbuh berdekatan dengan induknya, dan berlaku persaingan ruang, air, cahaya, dan nutrien.

Haiwan, misalnya burung, tupai, dan lain-lain boleh bergerak dengan bebas. Haiwan tersebut dapat membantu tumbuhan menyebarkan benih jauh daripada induknya. Untuk memujuk haiwan menyebarkan benihnya, tumbuhan hasilkan buah yang enak rasanya, dengan harapan haiwan akan memakannya dan sebarkan benih yang ada di dalam buah setelah memakannya. Dengan cara ini, benih akan tersebar sejauh mungkin.

Proses penghasilan dan pertumbuhan buah kebiasaannya dikaitkan dengan pembiakan secara seks melalui biji benih. Sebelum benih dihasilkan, zarah zarah debunga daripada bahagian jantan bunga dialih ke stigma, bahagian betina bunga yang melekit. Stigma bersambung ke ovum yang apabila matang menjadi benih. Proses debunga dialih ke stigma dikenali sebagai proses pendebungaan.


Proses pendebungaan dituruti dengan proses persenyawaan, iaitu apabila sel jantan bergabung dengan sel betina untuk menghasilkan embrio atau biji benih, yangzimnya berada di dalam buah. Kebiasaannya, jika pendebungaan dan persenyawaan gagal, buah tidak terbentuk. Bunga akan kering dan gugur. Oleh itu, jika kita tanam pokok atau sayur buah, kita perlu pastikan pendebungaan berlaku. Jika tidak, buah tidak akan terbentuk.

Bersambung....

Jumaat, 2 September 2016

Jom Menyemai


Set Beginner

Mengandungi benih yang mudah bercambah serta cepat dituai. Penjagaan tidak rumit, dan serasi ditanam di dalam bekas.
Set beginner mengandungi
1. Sawi renek (3 pek)
2. Kailan (3 pek)
3. Bendi (3 pek)
4. Roselle (3 pek)
5. Lobak radish (3 pek)