Isnin, 30 Mei 2016

Dipetik daripada ebook "Menyediakan Tanah Semaian," RM20. Bahagian 6 (Muka surat 15 dan 16)

Dipetik daripada ebook "Menyediakan Tanah Semaian," RM20. Bahagian 5 (Muka surat 13 dan 14)

Dipetik daripada ebook "Menyediakan Tanah Semaian," RM20. Bahagian 4 (Muka surat 12)

Dipetik daripada ebook "Menyediakan Tanah Semaian," RM20. Bahagian 3 (Muka surat 11)

Dipetik daripada ebook "Menyediakan Tanah Semaian," RM20. Bahagian 2 (Muka surat 8. 9)

Dipetik daripada ebook Menyediakan Tanah Semaian, RM20. Bahagian 1 (Muka surat 8)

Tawaran Hari Ini

Digital Soil Tester

Selasa, 24 Mei 2016

Tuaian Hari Ini -- Bendi, Terung, Sawi, Ginseng Jawa, dan Radish

Tuaian hari ini, untuk makan tengahari.
Kalaulah ambe tak menyemai bendi 12 minggu yang lalu, sawi dan radish bulan lepas, terung 4 bulan yang lalu, tak dapatlah ambe menikmati sayur segar tengahari ini.


BERKEBUN DI PERKARANGAN RUMAH, THE BEST UNTUK ANAK-ANAK (Part 5)

Isnin, 23 Mei 2016

Tuaian Hari Ini -- Bayam Amaranth

Bayam amaranth

Bayam amaranth yang dituai dan dimasak segar rangup. Yang ini kami buat rencah mee hoon.  Puas hati makan makanan tanamsendiri.

Pokok Basil (Tulasi) Untuk Melawan Serangga Perosak



Video menunjukkan pokok tulasi yang menarik lalat buah jantan hingga berkerumun di atas daunnya.

Minggu ini saya akan adun semula cecair untuk kertas umpan lalat buah.  Anda letakkan kertas unpan di dalam botol mineral yang digunting sisinya untuk dibuat perangkap.  Pasang perangkap sebelum lalat buah menyuntik sayur buah yang anda tanam. Anda boleh pesan kertas umpan lalat buah sekarang.  Harga sama, satu pek 5 kertas umpan hanya RM10.

Kendalian poslaju untuk satu penghantaran ialah RM10.  Whatsapp 0183601610 untuk buat pesanan.

Ahad, 8 Mei 2016

Jika Berminat...

Jika Berminat....

Benih Moringa Dari Jauh Dah Bercambah

Swiss Chard

Musim Hujan

Hujan menandakan rezeki yang melimpah, terutamanya kepada serangga.  Masa inilah seranggah akan mula membiak.  Kenduri kahwin, tanaman kitalah akan menjadi mangsa.  Tapi tak perlu risau, serangan hanya sementara.

Khamis, 5 Mei 2016

Teh Kompos

Teh kompos atau Compost Tea adalah cecair larutan kompos yang kaya dengan nutrien terlarut serta organisma yang mesra tanaman.  Anda boleh buat sendiri bancuhan teh kompos menggunakan bahan sedia ada, atau dapatkan uncang teh kompos daripada kami.

Teh kompos yang dihasilkan boleh dicairkan dan disiram ke atas tanaman dua hari sekali untuk menghasilkan tanaman yang subur dengan daun yang besar, rangup atau buah yang lebat dan ranum.

Gunakan air yang bebas klorin untuk pastikan mikrob di dalam teh kompos tidak mati.
Celup uncang teh kompos dan kacau campuran.  Jika campuran berbau busuk, itu tanda kekurangan oksigen.  Kacau campuran dengan lebih kerap, atauy pasang pam buih sebagaimana berikut.

Alatan dan Bahan
1. baldi saiz sederhana berisi air paras 3/4 baldi
2. pam udara saiz kecil
3. 3 tiub/salur udara, panjang 60 cm setiap satu
4. 1 tiub/salur penyambung udara, 15 cm
5. 3 batu buih
6. 3 klip saiz sederhana
7. splitter dari 1 salur ke 3 salur
8. uncang teh kompos



Cara Membancuh Teh Kompos
1. Sambungkan salur penyambung 15 cm daripada pam udara ke splitter.
2. Sambungkan 3 salur penyambung 60 cm ke splitter sebagaimana ilustrasi di bawah.
3. Pasangkan batu buih di setiap hujung salur.
4. Klip salur supaya batu buih berada di dasar baldi yang berisi air.
5. Masukkan uncang kompos dan hidupkan pam.
6. Biarkan udara dipam ke dalam baldi selama 48 jam.
7. Perhatikan cecair teh kompos.  Sepatutnya ia berwarna perang atau warna teh dengan bau tanah.  Jika berbau busuk seperti telur tembelang, buang teh kompos dan buat yang baru. Teh kompos yang elok berbau tanah.
8. Tuang teh kompos ke dalam bekas siraman kira-kira 1/4 paras bekas penyiram,
9. Tambahkan air sehingga 3/4 bekas.
10. Siram tanaman 2 hari sekali menggunakan teh kompos.

11. Tuang lebihan teh kompos dari dalam baldi ke dalam botol dan simpan untuk siraman seterusnya.  Jangan tutup rapat botol teh kompos.
12. Kembalikan tanah teh kompos ke tanah dan isikan bunjut dengan tanah kompos yang baru. Ulangi langkah 1 hingga 11.


Tentang Ulasan

Kebanyakan ulasan (comment) dalam bentuk soalan yang diajukan adalah daripada rakan-rakan yang benar-benar tidak tahu tentang perkara yang berkait dengan home gardening.  Kadang-kadang saya lambat semak blog, jadi ada orang yang akan tolong jawabkan.  Namun begitu ada tone jawapan yang merendahkan rakan yang bertanya.
Sebenarnya saya kurang senang dengan orang yang tolong jawabkan tetapi seolah-olah merendahkan orang yang bertanya.  Tolong, jika ingin bantu, jangan jawab soalan dengan nada yang merendahkan orang yang bertanya.  Jika anda menggunakan nada yang merendahkan orang lain, ulasan anda dihapuskan.