Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 25 Disember 2016

Tanam Sendiri Kohlrabi

Kohlrabi adalah sayur brassica dengan batang yang membengkak membentuk bola. Jika ditanam pada waktu yang serasi dan dituai muda,isinya mempunyai sari manis. Masak seperti lobak bit atau turnip. Daun kohlrabi juga boleh dimakan. Masak seperti kailan.

Kohlrabi perlukan cahaya penuh. Tambah kompos dalam 10 cm ke dalam tanah sedalam 20 cm sebelum mengalih anak pokok kohlrabi. Semai benih di dalam bekas semaian 4 hingga 6 minggu sebelum mengalih. Apabila anak pokok mencecah 10 cm, alih anak pokok ke tanah atau bekas yang besar sedalam 15 hingga 20 cm.

Jarakkan kira-kira 15 cm antara anak pokok.

Sentiasa periksa kelembapan tanah. Siram apabila perlu. Kekalkan tanah supaya lembap tetapi jangan terlalu basah. Apabila anak pokok mencapai 1 bulan, siram atau sembur dengan the kompos di sebelah petang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Apabila bola kohlrabi mencecah sebesar bola tenis, tuai. Jangan tunggu terlalu lama kerana apabila pokok tua, rasanya menjadi pahit.


Kohlrabi adalah keluarga brassica, ia mempunyai musuh yang sama dengan kobis. Periksa daun dan batang. Kutip dan musnahkan ulat yang menyerang.

Pokok kohlrabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan