Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 24 Disember 2016

Memilih Arnab

Memilih Arnab
Arnab memang ada pelbagai baka. Pilihan memang banyak. Nak pilih baka yang mana? Ia bergantung kepada sasaran anda. Jika nak buat pet, pilih baka yang comel dan kurang agresif, serta lambat membiak. Jika nak ambil bulu atau kulit dengan bulu tebal, pilih bakan yang berbulu tebal. Saya pula bela arnab supaya ia makan sisa kebun, dan tinjanya diberi kepada cacing, dan akhirnya menjadi baja. Saya juga ingin sembelih untuk dagingnya, jadi saya pilih yang tahan penyakit serta cepat membiak.

Biasanya pilihan baka arnab bergantung pada kriteria berikut.

  • Sedia ada. Kita dapat beli dari mana-mana kedai pet atau dapat daripada orang yang sedang membelanya. Kalau inginkan baka eksotik dan tidak ada dijual dimana-mana, tak dapat juga.
  • Harga. Arnab baka biasa murah. Yang eksotik agak mahal. Beli ikut kemampuan.
  • Kos penjagaan. Arnab perlukan reban, makanan dan perkakasan yang lain. Di peringkat awal anda perlu berbelanja. Ambil kira semuuanya. Nak bina reban atau nak beli sangkar. Semuanya melibatkan perbelanjaan.
  • Jumlah penjagaan. Ada arnab yang perlu penjagaan yang lebih. Misalnya baka angora perlu diketam bulunya dan ini memerlukan perbelanjaan tambahan.
  • Mudah membiak. Ada arnab mudah membiak. Ada baka yang sukar. Jika ingin bela sebagai pet, pilih yang suukar membiak. Jika ingin bela untuk daging atau untuk dijual, pilih yang cepat membiak, dan pastikan ada pasangannya.


Ambil masa. Buat homework dulu. Cari maklumat. Kemudian baharu buat keputusan.

Arnab baka biasa cepat membiak dan tidak cerewet penjagaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan