Apabila disebut
haiwan perosak, apa yang saya maksudkan ialah haiwan besar misalnya
ayam, kucing, tupai, arnab, kambing, kera, dan lembu. Biasanya jika
tinggal di taman perumahan, haiwan perosak terhad kepada kucing
peliharaan sendiri atau milik jiran, arnab yang terlepas, atau tupai.
Jika tinggal di kampung, anda mungkin menghadapi masalah dengan ayam
peliharaan atau milik jiran, lembu, babi hutan, serta kambing.
Cara mengendali
haiwan perosak adalah berbeza dengan cara mengendali serangga
perosak. Jika serangga perosak, kita boleh tangkap dan bunuh. Jika
dengan haiwan perosak, kita tidak boleh berbuat begitu. Misalnya
jika kucing jiran menceroboh perkarangan rumah dan buat jamban di
atas batas kebun, tak kan boleh ditangkap dan bunuh kucing tersebut.
Jikanak pukul pun, tak boleh kerana anda mungkin akan menyinggung
perasaan jiran dan tindakan tersebut boleh menyebabkan jiran bermasam
muka.
Haiwan perosak pula
berubah-ubah tabiatnya mengikut cuaca, jumlah tanaman makanan yang
ada, jumlah haiwan di dalam kumpulan, musim mengawan, serta apa yang
ada di perkarangan rumah kita.
Kebun sayur kita
menjadi sasaran kerana kucing melihat tanah yang terdedah sebagai
jamban, ayam melihat bijirin dan cacing tanah sebagai makanan,
kambing melihat sayur sebagai makanan, lembu yang dahaga melihat
bekas air sebagai penghilang dahaga. Kadangkala, jiran juga boleh
jadi haiwan perosak. Mereka melihat tanaman kita sebagai tempat
nyamuk membiak dan kadang-kadang akan merosakkan tanaman kita.
![]() |
Kambing yang dibiarkan bebas menjadi masalah kepada mereka yang berkebun di kampung. |
Bagaimanakah caranya
kita melindungi kebun di perkarangan rumah kita daripada menjadi
sasaran haiwan perosak?
Bersambung….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan