Untuk menarik
kehadiran burung, ada yang tanam pokok beri. Antara pokok yang jadi
kegemaran burung ialah pokok ros liar, kemunting, senduduk, mulberi,
letup kelambu, jambu batu, jambu air, dan letup-letup.
Ada yang menanam
pokok buah untuk dimakan buahnya. Saya pula tanam pokok mulberi
untuk dituai oleh cucu. Sudah tentu saya tidak mahu burung memakan
buah mulberi yang ranum. Untuk melindungi buah daripada dimakan
burung, pasang halangan misalnya jaring atau bungkus buah.
Jika membuat kompos
sendiri, timbunan kompos juga boleh jadi tarikan kepada burung. Di
perkarangan rumah kami, ada burung tekukur dan ketitir menyelongkar
dan mengais timbunan kompos untuk memakan biji rumpai yang luruh
daripada keratan rumpai. Elakkan membuang sisa dapur, terutamanya
sisa daging dan ikan ke dalam timbunan kompos kerana ia akan menarik
perhatian burung yang agresif, misalnya gagak.
Selain daripada
burung, kelawar juga rakan kebun. Setiap malam seekor kelawar mampu
menangkap lebih daripada seribu ekor serangga yang menyerang tanaman
sayur di waktu malam. InsyaAllah saya akan bercerita tentang kelawar
di dalam posting yang akan datang.
![]() |
Burung singgah ke perkarangan rumah untuk memakan buah yang ranum. |
lepas ni akan lebih alert kpd jenis burung yg dtg kebun :-D
BalasPadam