Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 23 Disember 2016

Kotak Sarang Untuk Tarik Kehadiran Burung

 Jika tiada pohon yang sesuai untuk burung bersarang di perkarangan rumah, bina kotak sarang untuk menarik burung bersarang di perkarangan rumah. Kebiasaannya kotak sarang serasi jika dimensinya kena dengan jenis burung.

Kotak sarang ada dijual di nurseri tanaman atau di kedai hiasan perkarangan rumah. Anda juga boleh bina sendiri kotak sarang. Kotak sarang ada pelbagai bentuk dan saiz. Jika ingin bina sendiri, ikut panduan berikut.

  • Buat lubang masuk.
  • Lindungi kotak sarang daripada hujan dan angin.
  • Elakkan meletakkan kotak sarang di dalam semak atau di tempat yang redup.
  • Pasang kotak sarang pada tiang dengan kedudukan yang tinggi.
  • Kesatkan permukaan di dalam kotak sarang supaya anak burung dapat berjalan.
  • Buat liang di sebelah atas kotak sarang supaya udara bebas mengalir.
  • Gunakan skru untuk lekatkan dinding sarang supaya dapat dibuka untuk membersihkan kotak sarang.
  • Apabila anak burung dah keluar meninggalkan sarang, keluarkan sarang yang lama dan bersihkan kotak sarang.

Gunakan papan untuk bina kotak sarang. Elakkan menggunakan bahan logam kerana ia akan menjadi terlalu panas di waktu tengahari. Ketika burung ada di dalam sarang, elakkan daripada mengintai sarang tersebut. Ia akan membuatkan burung menjadi cemas dan berpindah ke tempat yang lain.


Contoh pelan kotak sarang akan diberikan di dalam kiriman yang akan datang.

Burung bersarang dan membiak di dalam kotak sarang.

1 ulasan:

  1. menarik ni...dpt makan pest kebun ni...mcmana nk tau burung apa utk dimensi apa especially yg makan pest hihi

    BalasPadam