Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 27 Disember 2016

Biologi Benih

Elok juga kalau kita faham tentang biologi benih ni. Kita boleh simpan benih lebih lama, hasilkan benih sendiri, aktifkan benih yang dorman (tidur), dan juga hasilkan benih yang hasilkan tanaman yang lebih bermutu. Semua ini mungkin menjadi kenyataan, kalau kita faham tabii benih.

Tanaman kita ada potensi untuk hasilkan benih. Kita boleh simpan benih yang bernas, jadi lain kali tidak lagi perlu membeli benih.

Kebanyakan kita yang berkebun, walaupun setakat berkebuun di rumah, faham benar tentang proses asas penghasilan benih. Namun begitu, lebih elok dan bermanfaat kalau kita dapat belajar lebih mendalam tentang proses fisiologi penghasilan benih.

Antara perkara yang dimaksudkan ialah bagaimana tumbuhan menghasilkan bunga, bagaimana bunga didebunga, tentang cara tumbuhan membiak, serta proses buah meranum.

Sambil sambil itu dapat membiasakan diri dengan istilah botani yang lazim digunakan oleh botanis untuk membezakan jenis jenis benih, buah, dan lain-lain.

Oh, kita hanya akan bincangkan tentang tumbuhan aras tinggi aja. Tumbuhan aras rendah, iaitu tumbuhan yang membiak dengan spora, misalnya paku pakis dan lumut tidak dibincangkan. Tumbuhan aras tingga adalah tumbuhan yang hasilkan biji benih. Ada dua kategori, yang hasilkan biji benih yang terdedah yang disebut gimnosperma, dan yang hasilkan biji benih di dalam buah yang disebut angiosperma.


Berminat?

Biji tomato daripada buah yang ranum boleh dibuat benih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan