Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 21 Disember 2016

"Beli lah Pak Pokok Ini, Nggak Rugi"

Pluchea indica, atau beluntas.

Kami dapat anak pokok daripada seorang penjaja di Pasar Semenyih. Mulanya saya menolak tawaran penjaja tersebut kerana harga yang diletak terlalu tinggi.

Ini bukan pokok buah tin, ini pokok ulam sahaja. Tak kan harga setinggi ini. Alasan yang saya beri.

Pokok tin dapat nikmat makan. Pokok ini dapat nikmat kesihatan. Kalau badan tak sihat, nikmat makan juga hilang pak. Penjaja memberi hujah memujuk.

Saya renung wajah penjaja tu. Terlintas, mungkin untuk berbelanja barang keperluan. Saya hulurkan bayaran, di rumah bertambah satu lagi tanaman, yang ketika itu masih ada perasaan waswas.

Selepas dialih dan dicuba makan, wah memang enak dibuat ulam. Bunga nya pula penarik serangga bermanfaat. Lebah dan kelulut berterbangan, mengutip debunga dengan lahap. Mungkin benar, banyak khasiat.

Lepas tanam pokok ni, tomato, labu, cili dan terung semua lebat. Apa tidaknya, kehadiran serangga pendebunga sememangnya bermanfaat. Alhamdulillah.

Setelah menikmati daunnya sebagai ulam dan the, terliintas untuk buat carian. Rupa-rupanya memang berkhasiat.

Berikut antara cara memakannya.

1. Untuk anak-anak yang hilang selera makan. Lumatkan kira-kira 1 sudu besar dan campurkan dengan beras untuk tanak 1 periuk nasi. Hidangkan nasi seperti biasa.

2. Untuk hilangkan sakit sendi, bancuh 15g daun di dalam 1 liter air yang mendidih dan biarkan selama 15 minit. Tapis dan minum airnya.

3. Untuk masalah bau badan, makan pucuk daun sebagai ulam.

4. Untuk sejukkan badan, minum teh beluntas.

5. Orang Thailand gunakan air rebusan kulit batang dan rebusan akar untuk menyelesaikan masalah buasir.

6. Untuk hindar masalah batu karang, orang Thailand minum teh beluntas. Khlu nama di sana.

Sebenarnya banyak lagi khasiat dan kegunaan Puchea indica, insyaAllah akan dibincangkan.

Mana nak dapatkan daunnya yang segar?

Whatsapp 0183601610.

Pokok Pluchea indica, digunakan sebagai ulam dan makanan kesihatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan