Selepas meneliti
kriteria yang berkait dengan keperluan anda, elok juga dapatkan sihat
daripada penternak arnab. Ini kerana mereka mahir tentang baka dan
tabiat arnab.
Kini ramai orang
membela arnab sebagai haiwan pelihharaan. Arnab sesuai dibela
sebagai haiwan peliharaan di dalam atau di luar rumah. Ini kerana
arnab tidak bising dan tidak perlu dibawa ke vet. Bagaimana pun jika
dibela di dalam rumah elok diletak di dalam sangkar. Ini kerana
arnab berak merata dan ia gemar menggigit kabel serta wayar yang ada.
Mana-mana baka pun
sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Bagaimana pun jika anda berniat
untuk membiak arnab untuk dijual sebagai haiwan peliharaan, saya
syorkan baka yang kecil. Ini kerana ia lebih laris. Antara baka
yang serasi ialah Netherland Dwarf, Mini Lop, Dutch, dan Holland Lop.
![]() |
Arnab baka Netherland Dwarf sesuai dijual sebagai haiwan peliharaan. |
cute
BalasPadam