Betul tu. Sebab
itulah kita yang berkebun di rumah patut bela arnab. Ia tolong makan
sisakebun dan rumpai. Tinjanya boleh dikomposkan. Arnab cepatkan
proses penguraian sisa kebun. Bila dicampur ke timbunan kompos,
cacing tanah akan makan tinja arnab. Hasilnya, serbuk seperti serbuk
kopi yang dikenali sebagai vermikompos. Ia kaya dengan dengan
nutrien ringkas yang mudah diserap oleh tanaman.
Lagipun, arnab cepat
membiak. Ia adalah sumber protein. Kulitnya pula boleh dijadikan
bahan mentah untuk kraftangan. Cacing tanah pula boleh dikutip dan
dijual di kedai pancing sebagai umpan.
Bila saya lihat
arnab, saya nampak tanaman organik yang subur, saya nampak kari
daging arnab, saya nampak dompet kulit, saya nampak bekas plastik
berisi cacing tanah tersusun di kedai pancing.
![]() |
Arnab banyak membantu dalam aktiviti berkebun di perkarangan rumah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan