Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 27 Disember 2016

Cari duit sikit, sambil sambil sebar maklumat

 Ada yang minta daun Pluchea untuk buat teh.
Kami belum sempat keringkan daun. Bagaimanapun rakan-rakan boleh keringkan sendiri, atau rebus dengan gula melaka. Satu cawan daun, satu keping (kerek) gula melaka, air 3/4 periuk kecil.

Jika ada kesan laxative, asyik nak ke bilik kecil, rebus tanpa gula melaka.

Hidangkan ketika masih suam.

Boleh juga buat ulam. Cicah sambal belacan best. Tapi lupakan nak diet kalau buat ulam. Memang bertambah dua tiga kali.

Satu peket plastik zip saiz 9 x 6 inci.

Bayar RM20, kiriman melalui poslaju.

Bayaran boleh dibuuat ke mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

Apa khasiat Pluchea? Banyak.
#khasiatPluchea

 Ada yang minta daun Pluchea untuk buat teh.
Kami belum sempat keringkan daun. Bagaimanapun rakan-rakan boleh keringkan sendiri, atau rebus dengan gula melaka. Satu cawan daun, satu keping (kerek) gula melaka, air 3/4 periuk kecil.

Jika ada kesan laxative, asyik nak ke bilik kecil, rebus tanpa gula melaka.

Hidangkan ketika masih suam.

Boleh juga buat ulam. Cicah sambal belacan best. Tapi lupakan nak diet kalau buat ulam. Memang bertambah dua tiga kali.

Satu peket plastik zip saiz 9 x 6 inci.

Bayar RM20, kiriman melalui poslaju.

Bayaran boleh dibuuat ke mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

Apa khasiat Pluchea? Banyak.
#khasiatPluchea

Daun pluchea yang dipetik dan dibungkus segar.

Biologi Benih

Elok juga kalau kita faham tentang biologi benih ni. Kita boleh simpan benih lebih lama, hasilkan benih sendiri, aktifkan benih yang dorman (tidur), dan juga hasilkan benih yang hasilkan tanaman yang lebih bermutu. Semua ini mungkin menjadi kenyataan, kalau kita faham tabii benih.

Tanaman kita ada potensi untuk hasilkan benih. Kita boleh simpan benih yang bernas, jadi lain kali tidak lagi perlu membeli benih.

Kebanyakan kita yang berkebun, walaupun setakat berkebuun di rumah, faham benar tentang proses asas penghasilan benih. Namun begitu, lebih elok dan bermanfaat kalau kita dapat belajar lebih mendalam tentang proses fisiologi penghasilan benih.

Antara perkara yang dimaksudkan ialah bagaimana tumbuhan menghasilkan bunga, bagaimana bunga didebunga, tentang cara tumbuhan membiak, serta proses buah meranum.

Sambil sambil itu dapat membiasakan diri dengan istilah botani yang lazim digunakan oleh botanis untuk membezakan jenis jenis benih, buah, dan lain-lain.

Oh, kita hanya akan bincangkan tentang tumbuhan aras tinggi aja. Tumbuhan aras rendah, iaitu tumbuhan yang membiak dengan spora, misalnya paku pakis dan lumut tidak dibincangkan. Tumbuhan aras tingga adalah tumbuhan yang hasilkan biji benih. Ada dua kategori, yang hasilkan biji benih yang terdedah yang disebut gimnosperma, dan yang hasilkan biji benih di dalam buah yang disebut angiosperma.


Berminat?

Biji tomato daripada buah yang ranum boleh dibuat benih.

Ahad, 25 Disember 2016

Tanam Sendiri Kohlrabi

Kohlrabi adalah sayur brassica dengan batang yang membengkak membentuk bola. Jika ditanam pada waktu yang serasi dan dituai muda,isinya mempunyai sari manis. Masak seperti lobak bit atau turnip. Daun kohlrabi juga boleh dimakan. Masak seperti kailan.

Kohlrabi perlukan cahaya penuh. Tambah kompos dalam 10 cm ke dalam tanah sedalam 20 cm sebelum mengalih anak pokok kohlrabi. Semai benih di dalam bekas semaian 4 hingga 6 minggu sebelum mengalih. Apabila anak pokok mencecah 10 cm, alih anak pokok ke tanah atau bekas yang besar sedalam 15 hingga 20 cm.

Jarakkan kira-kira 15 cm antara anak pokok.

Sentiasa periksa kelembapan tanah. Siram apabila perlu. Kekalkan tanah supaya lembap tetapi jangan terlalu basah. Apabila anak pokok mencapai 1 bulan, siram atau sembur dengan the kompos di sebelah petang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Apabila bola kohlrabi mencecah sebesar bola tenis, tuai. Jangan tunggu terlalu lama kerana apabila pokok tua, rasanya menjadi pahit.


Kohlrabi adalah keluarga brassica, ia mempunyai musuh yang sama dengan kobis. Periksa daun dan batang. Kutip dan musnahkan ulat yang menyerang.

Pokok kohlrabi.

Baka yang sesuai untuk haiwan peliharaan (pet)

Selepas meneliti kriteria yang berkait dengan keperluan anda, elok juga dapatkan sihat daripada penternak arnab. Ini kerana mereka mahir tentang baka dan tabiat arnab.

Kini ramai orang membela arnab sebagai haiwan pelihharaan. Arnab sesuai dibela sebagai haiwan peliharaan di dalam atau di luar rumah. Ini kerana arnab tidak bising dan tidak perlu dibawa ke vet. Bagaimana pun jika dibela di dalam rumah elok diletak di dalam sangkar. Ini kerana arnab berak merata dan ia gemar menggigit kabel serta wayar yang ada.


Mana-mana baka pun sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Bagaimana pun jika anda berniat untuk membiak arnab untuk dijual sebagai haiwan peliharaan, saya syorkan baka yang kecil. Ini kerana ia lebih laris. Antara baka yang serasi ialah Netherland Dwarf, Mini Lop, Dutch, dan Holland Lop.

Arnab baka Netherland Dwarf sesuai dijual sebagai haiwan peliharaan.

Sabtu, 24 Disember 2016

Memilih Arnab

Memilih Arnab
Arnab memang ada pelbagai baka. Pilihan memang banyak. Nak pilih baka yang mana? Ia bergantung kepada sasaran anda. Jika nak buat pet, pilih baka yang comel dan kurang agresif, serta lambat membiak. Jika nak ambil bulu atau kulit dengan bulu tebal, pilih bakan yang berbulu tebal. Saya pula bela arnab supaya ia makan sisa kebun, dan tinjanya diberi kepada cacing, dan akhirnya menjadi baja. Saya juga ingin sembelih untuk dagingnya, jadi saya pilih yang tahan penyakit serta cepat membiak.

Biasanya pilihan baka arnab bergantung pada kriteria berikut.

  • Sedia ada. Kita dapat beli dari mana-mana kedai pet atau dapat daripada orang yang sedang membelanya. Kalau inginkan baka eksotik dan tidak ada dijual dimana-mana, tak dapat juga.
  • Harga. Arnab baka biasa murah. Yang eksotik agak mahal. Beli ikut kemampuan.
  • Kos penjagaan. Arnab perlukan reban, makanan dan perkakasan yang lain. Di peringkat awal anda perlu berbelanja. Ambil kira semuuanya. Nak bina reban atau nak beli sangkar. Semuanya melibatkan perbelanjaan.
  • Jumlah penjagaan. Ada arnab yang perlu penjagaan yang lebih. Misalnya baka angora perlu diketam bulunya dan ini memerlukan perbelanjaan tambahan.
  • Mudah membiak. Ada arnab mudah membiak. Ada baka yang sukar. Jika ingin bela sebagai pet, pilih yang suukar membiak. Jika ingin bela untuk daging atau untuk dijual, pilih yang cepat membiak, dan pastikan ada pasangannya.


Ambil masa. Buat homework dulu. Cari maklumat. Kemudian baharu buat keputusan.

Arnab baka biasa cepat membiak dan tidak cerewet penjagaannya.

Masalah Haiwan Perosak (Bahagian 1)

Apabila disebut haiwan perosak, apa yang saya maksudkan ialah haiwan besar misalnya ayam, kucing, tupai, arnab, kambing, kera, dan lembu. Biasanya jika tinggal di taman perumahan, haiwan perosak terhad kepada kucing peliharaan sendiri atau milik jiran, arnab yang terlepas, atau tupai. Jika tinggal di kampung, anda mungkin menghadapi masalah dengan ayam peliharaan atau milik jiran, lembu, babi hutan, serta kambing.

Cara mengendali haiwan perosak adalah berbeza dengan cara mengendali serangga perosak. Jika serangga perosak, kita boleh tangkap dan bunuh. Jika dengan haiwan perosak, kita tidak boleh berbuat begitu. Misalnya jika kucing jiran menceroboh perkarangan rumah dan buat jamban di atas batas kebun, tak kan boleh ditangkap dan bunuh kucing tersebut. Jikanak pukul pun, tak boleh kerana anda mungkin akan menyinggung perasaan jiran dan tindakan tersebut boleh menyebabkan jiran bermasam muka.

Haiwan perosak pula berubah-ubah tabiatnya mengikut cuaca, jumlah tanaman makanan yang ada, jumlah haiwan di dalam kumpulan, musim mengawan, serta apa yang ada di perkarangan rumah kita.

Kebun sayur kita menjadi sasaran kerana kucing melihat tanah yang terdedah sebagai jamban, ayam melihat bijirin dan cacing tanah sebagai makanan, kambing melihat sayur sebagai makanan, lembu yang dahaga melihat bekas air sebagai penghilang dahaga. Kadangkala, jiran juga boleh jadi haiwan perosak. Mereka melihat tanaman kita sebagai tempat nyamuk membiak dan kadang-kadang akan merosakkan tanaman kita.

Kambing yang dibiarkan bebas menjadi masalah kepada mereka yang berkebun di kampung.


Bagaimanakah caranya kita melindungi kebun di perkarangan rumah kita daripada menjadi sasaran haiwan perosak?


Bersambung….

Jumaat, 23 Disember 2016

Arnab Di Perkarangan Rumah

Kenapa nak bela arnab? Ia kan makan tanaman?

Betul tu. Sebab itulah kita yang berkebun di rumah patut bela arnab. Ia tolong makan sisakebun dan rumpai. Tinjanya boleh dikomposkan. Arnab cepatkan proses penguraian sisa kebun. Bila dicampur ke timbunan kompos, cacing tanah akan makan tinja arnab. Hasilnya, serbuk seperti serbuk kopi yang dikenali sebagai vermikompos. Ia kaya dengan dengan nutrien ringkas yang mudah diserap oleh tanaman.
Lagipun, arnab cepat membiak. Ia adalah sumber protein. Kulitnya pula boleh dijadikan bahan mentah untuk kraftangan. Cacing tanah pula boleh dikutip dan dijual di kedai pancing sebagai umpan.

Bila saya lihat arnab, saya nampak tanaman organik yang subur, saya nampak kari daging arnab, saya nampak dompet kulit, saya nampak bekas plastik berisi cacing tanah tersusun di kedai pancing.

Arnab banyak membantu dalam aktiviti berkebun di perkarangan rumah.

Kotak Sarang Untuk Tarik Kehadiran Burung

 Jika tiada pohon yang sesuai untuk burung bersarang di perkarangan rumah, bina kotak sarang untuk menarik burung bersarang di perkarangan rumah. Kebiasaannya kotak sarang serasi jika dimensinya kena dengan jenis burung.

Kotak sarang ada dijual di nurseri tanaman atau di kedai hiasan perkarangan rumah. Anda juga boleh bina sendiri kotak sarang. Kotak sarang ada pelbagai bentuk dan saiz. Jika ingin bina sendiri, ikut panduan berikut.

  • Buat lubang masuk.
  • Lindungi kotak sarang daripada hujan dan angin.
  • Elakkan meletakkan kotak sarang di dalam semak atau di tempat yang redup.
  • Pasang kotak sarang pada tiang dengan kedudukan yang tinggi.
  • Kesatkan permukaan di dalam kotak sarang supaya anak burung dapat berjalan.
  • Buat liang di sebelah atas kotak sarang supaya udara bebas mengalir.
  • Gunakan skru untuk lekatkan dinding sarang supaya dapat dibuka untuk membersihkan kotak sarang.
  • Apabila anak burung dah keluar meninggalkan sarang, keluarkan sarang yang lama dan bersihkan kotak sarang.

Gunakan papan untuk bina kotak sarang. Elakkan menggunakan bahan logam kerana ia akan menjadi terlalu panas di waktu tengahari. Ketika burung ada di dalam sarang, elakkan daripada mengintai sarang tersebut. Ia akan membuatkan burung menjadi cemas dan berpindah ke tempat yang lain.


Contoh pelan kotak sarang akan diberikan di dalam kiriman yang akan datang.

Burung bersarang dan membiak di dalam kotak sarang.

Khamis, 22 Disember 2016

Apa apa pun boleh

Biasanya bila bercakap tentang berkebun, macam-macam pantang larang yang kita dengar.  Ada sesetengah orang aja yang boleh berkebun.  Yang lain tu, tangan panas.  Tanam apa pun tak menjadi.

Dulu, orang tak tahu kenapa semai benih tak bercambah. Kenapa tanah ini menjadi, tanah itu tak menjadi.

Sekarang orang dah tahu rahsianya.  Tiada lagi tangan panas.  Yang penting, faham dan ubahsuai ikut keadaan.  Alasan tak berkebun kerana tangan panas, tiada ruang, tiada masa dah tak boleh pakai.  Nak atau pun tak nak aja.

Kalau nak, dalam cawan pun boleh menanam.  Untuk cahaya letak bekas tepi tingkap.  Tiada benih, kami ada.  Menyemai tapi gagal, boleh dapatkan plugs anak pokok.

Apa-apa pun boleh whatsapp kami, 0183601610.


Pokok sawi renek di dalam cawan.

Alih Semaian Ke Tempat Cerah

Apabila semaian dah tumbuh, ia perlukan cahaya.  Kita perlu alih ke tempat yang cerah.  Jika tidak alih, anak pokok akan tumbuh lonjong.  Ini tidak elok kerana ia sukar dikendali dan mudah patah.

Makanan Burung Yang Bertandang

Untuk menarik kehadiran burung, ada yang tanam pokok beri. Antara pokok yang jadi kegemaran burung ialah pokok ros liar, kemunting, senduduk, mulberi, letup kelambu, jambu batu, jambu air, dan letup-letup.

Ada yang menanam pokok buah untuk dimakan buahnya. Saya pula tanam pokok mulberi untuk dituai oleh cucu. Sudah tentu saya tidak mahu burung memakan buah mulberi yang ranum. Untuk melindungi buah daripada dimakan burung, pasang halangan misalnya jaring atau bungkus buah.

Jika membuat kompos sendiri, timbunan kompos juga boleh jadi tarikan kepada burung. Di perkarangan rumah kami, ada burung tekukur dan ketitir menyelongkar dan mengais timbunan kompos untuk memakan biji rumpai yang luruh daripada keratan rumpai. Elakkan membuang sisa dapur, terutamanya sisa daging dan ikan ke dalam timbunan kompos kerana ia akan menarik perhatian burung yang agresif, misalnya gagak.


Selain daripada burung, kelawar juga rakan kebun. Setiap malam seekor kelawar mampu menangkap lebih daripada seribu ekor serangga yang menyerang tanaman sayur di waktu malam. InsyaAllah saya akan bercerita tentang kelawar di dalam posting yang akan datang.

Burung singgah ke perkarangan rumah untuk memakan buah yang ranum.

Rabu, 21 Disember 2016

"Beli lah Pak Pokok Ini, Nggak Rugi"

Pluchea indica, atau beluntas.

Kami dapat anak pokok daripada seorang penjaja di Pasar Semenyih. Mulanya saya menolak tawaran penjaja tersebut kerana harga yang diletak terlalu tinggi.

Ini bukan pokok buah tin, ini pokok ulam sahaja. Tak kan harga setinggi ini. Alasan yang saya beri.

Pokok tin dapat nikmat makan. Pokok ini dapat nikmat kesihatan. Kalau badan tak sihat, nikmat makan juga hilang pak. Penjaja memberi hujah memujuk.

Saya renung wajah penjaja tu. Terlintas, mungkin untuk berbelanja barang keperluan. Saya hulurkan bayaran, di rumah bertambah satu lagi tanaman, yang ketika itu masih ada perasaan waswas.

Selepas dialih dan dicuba makan, wah memang enak dibuat ulam. Bunga nya pula penarik serangga bermanfaat. Lebah dan kelulut berterbangan, mengutip debunga dengan lahap. Mungkin benar, banyak khasiat.

Lepas tanam pokok ni, tomato, labu, cili dan terung semua lebat. Apa tidaknya, kehadiran serangga pendebunga sememangnya bermanfaat. Alhamdulillah.

Setelah menikmati daunnya sebagai ulam dan the, terliintas untuk buat carian. Rupa-rupanya memang berkhasiat.

Berikut antara cara memakannya.

1. Untuk anak-anak yang hilang selera makan. Lumatkan kira-kira 1 sudu besar dan campurkan dengan beras untuk tanak 1 periuk nasi. Hidangkan nasi seperti biasa.

2. Untuk hilangkan sakit sendi, bancuh 15g daun di dalam 1 liter air yang mendidih dan biarkan selama 15 minit. Tapis dan minum airnya.

3. Untuk masalah bau badan, makan pucuk daun sebagai ulam.

4. Untuk sejukkan badan, minum teh beluntas.

5. Orang Thailand gunakan air rebusan kulit batang dan rebusan akar untuk menyelesaikan masalah buasir.

6. Untuk hindar masalah batu karang, orang Thailand minum teh beluntas. Khlu nama di sana.

Sebenarnya banyak lagi khasiat dan kegunaan Puchea indica, insyaAllah akan dibincangkan.

Mana nak dapatkan daunnya yang segar?

Whatsapp 0183601610.

Pokok Pluchea indica, digunakan sebagai ulam dan makanan kesihatan.



Selasa, 20 Disember 2016

Burung Di Perkarangan Rumah

Kita yang berkebun secara organik, burung boleh jadi rakan kebun.  Ada yang risau sangat buah yang kurang sebab burung makan buah.  Alahai, biasanya burung makan buah yang dah ranum sahaja.  Biasanya buah yang terlebih ranum, kita pun tak tuai.  Dibiarkan luruh begitu sahaja.

Apa yang bestnya tentang burung?

Ia makan bena, ulat, belalang, dan benih rumpai.  Tanpa burung, semuanya bermaharajalela.  Pokok dalam perkarangan rumah kita akan tumbuh subur.

Kita boleh pujuk burung supaya singgah di tempat kita.  Bagaimana?
Dengan menyediakan tempat berlindung, makanan, serta air mandian.  Sediakan kotak sarang di tempat yang selamat.  Makanan?  Sediakan penyap makanan yang diisi dengan bijirin, atau elok lagi tanam pokok yang menarik burung, misalnya pokok bunga matahari, kemunting, senduduk, atau betik.  Jika tanam betik, tinggalkan sebiji buah yang meranum untuk burung.  Tempat mandi, isikan air di dalam dulang atau buatkan bird bath.

Pohon yang rimbun jadi tempat berlindung.  Tanam beberapa pohon untuk burung.  Tak rugi.  Dengan kehadiran burung, tuaian sayur kita pun lumayan.

Jika bela kucing, kurung di waktu pagi kerana masa itu burung bertandang mengutip serangga yang menyerang tanaman.  Kalau tak dapat kurung kucing, pasang loceng di tengkuknya.  Apabila bergerak, loceng berbunyi tanda amaran kepada burung yang bertandang.

Di perkarangan rumah kami ada pelbagai burung yang singgah termasuk merbah putih, ciak, dan gembala kerbau.  Habis biji rumpai, bena dan kelkkatu dikutipnya.  Ulat bulu pun tiada peluang meratah sayur yang kembang subur.

Pernah semasa di kampung, kami sengaja beli burung puyuh dan dilepaskan bebas.  Sekali sekala kami tambah yang baharu kerana ada aja yang jadi korban buruan kucing.  Lama kelamaan puyuh menjadi mahir menyusur perkarangan rumah mengelak kucing yang mahir menyerang hendap.  Lama kelamaan terlihat kelibat puyuh sepasang dan beberapa ekor anaknya.  Warna pun yang terang berkilau tidak lagi pudar seperti puyuh kurungan.

Puyuh jantan di atas tiang.  Gambar milik Mrs Brown.

Subuh kedengaran puyuh berkukuk dari atas seludang kelapa di tepi tingkap rumah.  Rahmat.  Tiada lagi kekabuh terung, lalat putih mengacau cili, bena hitam mengacau kacang.  Semua tanaman seperti di zaman kegemilangan.  Tuaian, sukar diceritakan.

Sabtu, 17 Disember 2016

Nasi Moringa -- Repost

Macamana nak guna daun moringa?
Jika anak-anak sukar makan nasi, elok dihidangkan nasi moringa. Ia serasi dihidangkan bersama lauk yang serasi dengan nasi minyak, misalnya ayam masak merah. Walau begitu, nasi moringa boleh dihidangkan begitu sahaja. Ia memang enak. Ini kerana moringa boleh digunakan sebagai perisa makanan.
Nasi moringa adalah masakan daripada resepi Puan Zaitun Ismail. Resepi ini telah digunakan di kedai makan di luar negara.

Nasi Moringa


Bahan-bahan
3 cawan beras
3 cawan air (3 ¼ cawan jika sukakan nasi yang lebih lembut)
1∕3 cawan daun moringa
1 sudu teh garam

Cara-caranya
1. Basuh beras.
2. Basuh daun moringa dan kisar bersama 1 cawan air.
3. Masak nasi dengan air moringa dan lebihan air (2 cawan atau 2 ¼ cawan air untuk nasi yang lembut) bersama 1 sudu teh garam.
4. Enak dihidangkan bersama ayam masak merah.

Untuk air nasi, gunakan air daun moringa yang dilumatkan.


Sila Share.
Anak pokok baka Yunnan umur 4 bulan, RM50.
Yang umur satu tahun lebih RM150.
Tambah RM20 untuk pembungkusan dan kendalian poslaju.
Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

Jumaat, 16 Disember 2016

Khasiat Moringa oleifera

Moringa oleifera atau pokok kacang kelor adalah pokok yang kaya dengan asid amino perlu, mineral, serta vitamin. Moringa kini dilabelkan sebagai 'superfood' kerana khasiatnya yang banyak.
Selain daripada sebagai sayur, daun moringa dimakan sebagai ubat dan diminum sebagai the atau minuman kesihatan. Moringa juga dimasak sebagai perisa makanan. Letak sedikit aja, nasi, kari, sup, ada umph!



Jika nak bercerita tentang khasiat moringa, 1001 malam pun tak habis.

Ya, betul tu, pokok mungga, pokok kacang kelor. Setakat tahu, elok tapi masih tak bermanfaat. Kita kena makan, baharu dapat manfaatnya.



Ya, kami ada stok anak pokok. Keratan pun ada. (Whatsapp 0183601610 untuk maklumat lanjut).

Saya akan senaraikan 10 manfaat aja. Itu pun kalau rajin baca.



SATU
Daun moringa pada dengan khasiat.
Ia kaya dengan vitamin, mineral, dan amino asid perlu. Oleh sebab itu moringa dapat menyelesaikan masalah kurang zat.



DUA
Moringa menentang radikel bebas.
Radikal bebas membuatkan regangan pengoksidaan yang mampu memusnahkan sel. Moringa menentang radikel bebas yang dengan itu menyelamatkan sel daripada rosak atau bengkak. Sel dapat berfungsi seelok mungkin. Ini membantu anda awet muda.

TIGA
Moringa menentang inflamasi (bengkak) sel.
Sel bengkak adalah punca utama penyakit kronik seperti diabetes, bengkak sel dalam salur pernafasan, penyakit kardiovaskular (sakit jantung), arthritis (sakit sendi) dan kegendutan (obese). Moringa menghalang sel membengkak. Jadi ia dapat selamatkan anda daripada diabetes, bengkak sel dalam salur pernafasan, penyakit kardiovaskular (sakit jantung), arthritis (sakit sendi) dan kegendutan (obese).



EMPAT
Moringa membantu mengurangkan tanda diabetes.
Daun moringa membantu mengurangkan aras lipid (lemak) dan glukosa (gula) serta mengawal selia rangsangan pengoksidaan di dalam pesakit diabetes. Maksudnya, moringa mampu mengurang serta menstabilkan aras kolesterol dan gula di dalam darah. Ini dapat menyelamatkan sel badan daripada musnah. Orang yang ada diabetes dan gendut wajib makan moringa.

LIMA
Moringa melindungi sistem kardiovaskular. Oleh kerana moringa dapat mengurangkan aras kolesterol di dalam darah serta inflamasi sel, moringa menghalang salur darah daripada tersumbat.

ENAM
Moringa baik untuk otak.
Moringa mampu meningkatkan daya kognitif serta fungsi otak yang lain. Ini kerana moringa dapat meningkatkan aktiviti penghantaran isyarat di dalam sistem saraf. Nutrien yang ada di dalam moringa juga dapat menghindar kemurungan serta meningkatkan rasa bahagia.



TUJUH
Moringa melindungi hati.
Ia kaya dengan polifenol yang melindungi hati daripada rosak akibat toksin dan oksidasi. Moringa juga mengurangkan risiko serangan fibrosis.
Hati bertugas meleraikan bahan toksin di dalam darah, menghasilkan hempedu, membakar fruktusa (gula), membakar lemak, serta memproses nutrien. Semua tugas ini dapat disempurnakan dengan bantuan enzim. Moringa mengekalkan aras enzim di dalam hati pada tahap yang optima.

LAPAN
Moringa mengandungi ciri antibakteria dan antifungal (kulat).
Jika anda terkena penyakit berjangkit pada kulit, jangkitan pada salur kencing, jangkitan kuman di dalam sistem penghadaman, daun moringa dapat membantu menyelesaikannya.

SEMBILAN
Moringa mampu menyembuh luka.
Moringa mengandungi bahan yang dapat mencepatkan proses darah membeku apabila luka. Ciri ini dapat membantu menutup luka dengan segera dan dengan itu mencepatkan proses pemulihan daripada luka.

SEPULUH
Moringa mengandungi bahan yang diperlukan untuk mengukuhkan sistem pertahanan bahan. Ia membantu badan melawan penyakit. Orang yang amal makan daun moringa sihat.



Makanlah moringa. Kami ada jual anak pokok.

Anak pokok baka Yunnan umur 4 bulan, RM50.
Yang umur satu tahun lebih RM150.
Tambah Rm20 untuk pembungkusan dan kendalian poslaju.
Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610




Lagi lagi moringa, lagi lagi moringa, bosanlarrr....

Anak pokok moringa di perkarangan rumah
Moringa oleifera atau pokok kacang kelor adalah pokok yang kaya dengan asid amini perlu, mineral, serta vitamin. Moringa kini dilabelkan sebagai 'superfood' kerana khasiatnya yang banyak.
Ya, saya tahu awak tahu itu pokok kacang kelor. Tapi tahu sahaja tak akan mendapat manfaatnya. Anda perlu makan daunnya baru dapat manfaat. Anak pokok baka Yunnan umur 3 bulan, RM50.
Yang umur 9 bulan RM150.
Harga dah termasuk pembungkusan dan kendalian poslaju.
Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

Jumaat, 2 Disember 2016

Gambar Hari Ini -- Pokok Moringa


Alhamdulillah, anak pokok moringa yang saya pangkas hingga ke paras 10 cm dari aras tanah dah kembali rimbun. Buat sayur, campur kopi, buat ubat, buat teh, buat sambal pesto, buat perisa. Pohon mukjizat kata omputeh dan orang Arab.

Pokok Roselle dah berbuah, yang ini benih dari Cina

Pokok Roselle

Roselle, siapa tanam pasti akan berkata, "Alhamdulillah, murah rezeki. Jem, sirap, halwa, teh, sekarang tak berbeli." — in Semenyih.

Kelas Online Cendawan Tiram Dari Dapur

Alhamdulillah task hari ini dah accomplish. Sedang menulis tentang bahan yang mampu mencemar/merosakkan bongkah cendawan. Sebahagian telah dimuat naik malam ini.

Kelas online Cendawan Tiram Dari Dapur.