Isnin, 3 Oktober 2016

Kelas Cendawan Tiram Dari Dapur

Jangka masa:  November hingga Januari, bahan dimuat naik setiap pagi Ahad.
Bayaran:  RM300
Untuk sertai:  whatsapp 83601610 [email protected]

Saya namakan aktiviti ini sebagai kelas atas talian kerana bahan-bahan yang berkait dimuat naik ke Facebook (group).  Jadi, rakan-rakan perlu ada akaun Facebook dan talian Internet.  Rakan-rakan boleh gunakan komputer atau handphone.

Pada tarikh tertentu saya akan muat naik
*video penjelasan,
*nota dalam format PDF, dan
*gambar.

Ada tiga aras maklumat yang akan diberi, iaitu
*cara panduan “ikut jer” (aras rendah),
*kaedah (menanam cendawan) (aras sederhana), serta
*teori dan prinsip yang berkait (aras berkembang).

Jadi rakan-rakan boleh
*ikut jer langkah-langkah untuk hasilkan cendawan,
*pelajari kaedah menanam cendawan dengan lebih mendalam, dan
*fahami cendawan, serta prinsip yang berkait.

Kelas ini direka supaya orang sibuk dapat ikuti.  Bahan yang diberi setiap ahad tidak semestinya dicapai di waktu itu sahaja.  Rakan-rakan capai bila bila masa , dan bertanya bila-bila masa sahaja dalam masa tiga bulan tersebut.  Jadi jika sibuk pada hari bahan dimuat naik boleh buka di hari lain.

Apa yang diharapkan daripada kelas ini?
Rakan-rakan dapat tanamsendiri cendawan di rumah.
Rakan-rakan dapat nikmati cendawan tanamsendiri.
Rakan-rakan dapat ilmu tentang cendawan (tiram).

Adakah kelas ini susah?
Tak, ia mudah diikuti.  Sasaran saya, untuk semua orang.  Jika boleh buka Facebook, boleh ikuti kelas ini.

Mengapa sehingga tiga bulan?
Sebab saya ingin pastikan rakan-rakan dapat tuai cendawan sebelum kelas tamat.  Kalau buat kelas ekspress satu hari, mana boleh dapat cendawan tanamsendiri di akhir kelas?

6 November, Video 1, Pengenalan tentang cendawan, Prinsip dalam Proses Menanam Cendawan (Tiram)
13 November, Video 2, Kaedah serta pilihan dalam penanaman cendawan, Menanam Cendawan Menggunakan Tisu
20 November, Video 3, Melawan Kontaminasi, Protokol Kebersihan, Membuat Kotak Glove, Membina Bilik Inokulasi
27 November, Video 4, Pelbagai Kaedah Menanam, Penyediaan Subtrat, Pensterilan, Inokulasi, Inkubasi, dan Inkubator.  Membina Inkubator.


4 Disember, Video 5,  Pelbagai Kaedah Menanam, Pembuahan.  Membina Kotak Pembuahan
11 Disember, Video 6,   Pelbagai Kaedah Menanam, Membina Balang Pembuahan, Kaedah in vitro
18 Disember, Video 7, Menuai Cendawan, Kaedah mengering cendawan, Membina kotak pengering
25 Disember, Video 8, Menuai Cendawan, Menyediakan sringe spora, Membuat Print Spora

1 Januari, 2017, Video 9, Kaedah penanaman Intermediate, Membina Flow Hoods
8 Januari, Video 10, Membuah bijirin benih, Inokulasi bijirin
15 Januari,Video 11, Kolonisasi, Pengalihan bijirin ke bijirin,  Menyediakan bijirin
22 Januari, Video 12, Kaedah klon, Membuat klon cendawan
29 Januari, Video 13, penutup.


4 ulasan:

  1. bagaimana nak mengikuti kelas penanaman cendawan ini tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat bayaran ke akaun yang diberi, kemudian emel [email protected], atau whatsapp 0183601610 berikan nama, alamat emel, no hp (whatsapp), dan id facebook. Kelas dijalankan melalui grup facebook.

      Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.
      Iskandar ab Rashid
      Affin 205470241951, atau
      BSN Giro 1010929000080825, atau
      Bank Islam 12092020181754
      atau
      Zaitun Ismail
      CIMB
      7017583738
      Abdul Rahman bin Iskandar
      Maybank
      162441150114
      atau bayar ke akaun PayPal
      [email protected]
      Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
      Recipient email: [email protected]
      Recipient Mobile: 0183601610

      Padam
  2. Lima orang pertama yang sertai minggu ini dengan bayaran akan terima hygrometer percuma. Alat ini digunakan untuk sukat kelembapan udara.

    BalasPadam
  3. Kelas berikutnya ialah pada bulan Febuari.

    BalasPadam