Terung a pelbagai
bentuk, warna dan rasa. Ada terung yang enak dimakan mentah sebagai
ulam, dicelur, atau dimasak. Buah terung paling enak ketika masih
muda, iaitu ketika kulitnya masih berkilau. Apabila buah tua, kulit
terung menjadi pudar dan tidak lagi berkilau.
Terung akan tumbuh
dengan elok di tempat yang panas atau terlindung sedikit. Oleh
kerana bunga terung cantik dan buah ada pelbagai bentuk, terung juga
serasi dijadikan pokok hiasan. Kami di tanamsendiri ada bekalkan
pelbagai baka terung yang sesuai dijadikan pokok hiasan.
Terung boleh ditanam
di tanah atau di dalam bekas dengan kedalaman 20 hingga 30 cm.
Benih Terung
Benih terung
bercambah antara 14 hingga 21 hari. Satu pokok mampu hasilkan 2
hingga 3 kg. Benih terung tahan sehingga 5 tahun. Jarak antara
menyemai dan menuai ialah 20 minggu.
Tanah
Untuk tanaman di
atas tanah, pilih tempat yang mendapat cahaya terutamanya cahaya pagi
atau tempat yang teduh sedikit tetapi cerah, subur kaya dengan bahan
organik serta mempunyai saliran yang elok. Tambah baja organik atau
kompos satu atau dua minggu sebelum menanam.
Jika tanam di dalam pasu, gunakan pasu diameter 9 inci (23 cm).
Jika tanam di dalam pasu, gunakan pasu diameter 9 inci (23 cm).
Menyemai dan Menanam
Semai di tempat
teduh dan beratap menggunakan bekas semaian yang diisi tanah gambut
atau kompos. Semai 2 benih satu lubang. Apabila bercambah, kerat
anak pokok yang lemah. Alih ke tempat cerah tetapi tidak di tempat
yang panas terik. Apabila tumbuh empat helai daun alih tempat panas
untuk kukuhkan. Selepas tiga hingga 4 hari, alih ke dalam pasu atau
ke tanah.
Penjagaan
Penjagaan
Bila pokok mencecah
melebihi 1 kaki, kerat tunas utama untuk galakkan pertumbuhan tunas
sisi supaya pokok semakin rimbun. Jika tanam baka buah besar,
apabila lima putik telah lekat, cubit buang bunga dan ranting lain
supaya dapat hasilkan buah yang besar dan segar. Kerat buang daun
bawah untuk elakkan terkena percikan air tanah yang boleh menyebabkan
pokok terkena penyakit. Siram untuk kekalkan kelebapan tanah tetapi
jangan sampai air bertakung. Tambah sedikit baja yang kaya dengan
kalium ke dalam air siraman. Amalkan berkebun secara organik, siram
teh kompos.
Periksa daun, jika
ada kekabuh terung yang menyerupai ladybug tetapi warna kulit oren,
musnahkan serangga tersebut. Perhatikan di bawah daun, jika terdapat
serangan lalat putih atau bena, itu tanda pokok stress kekurangan
air. Sapu daun dengan mengelap towel yang dilembapkan dengan larutan
sabun pencuci pinggan dan minyak masak pada daun yang dijangkiti
perosak tersebut untuk menghapuskannya.
Menuai
Tuai buah dengan
mengerat tangkainya menggunakan pisau atau gunting yang bersih. Tuai
buah apabila ia mula kelihatan pudar.
Benih
anda boleh dkan
benih daripada tanamsendiri.com
1. Terung mini ungu (berjambak)
1. Terung mini ungu (berjambak)
2. Terung mini bulat
hijau
3. Terung bulat
purple
4. Terung bulat
hijau
5. Terung panjang
purple
6. Terung panjang
hijau
7. Terung panjang
putih
8. Terung gergasi
purple
Harga 1 pek 10
benih, RM5
Assalamualaikum,
BalasPadamBenih2 terung ini ready stock ke?
Saya berminat nak beli benih :
1. Terung panjang purple
2. Cili kapsikum
3. Cili tanglung
4. Cili marble
5. Bendi..
stok ada tak yer?