Ramai yang nyatakan
kekewaan menanam spinach. Ia mudah bercambah tetapi sukar dijaga
kerana terlalu banyak perosak yang menggemarinya. Jika anda gemarkan
spinach tetapi gagal menanamnya, mengapa tidak cuba swiss chard atau
rhubarb chard. Rasanya seakan-akan spinach tetapi lebih manis.
Swiss chard dan rhubab chard adalah daripada jenis beet daun.
Rupa sayur yang
berwarna merah menyebabkan sayur ini juga sesuai sebagai tanaman
hiasan.
Benih bercambah
antara 10 hingga 14 hari selepas disemai. Benih tanahn selama 3
tahun jika disimpan di dalam bekas yang kedap air dan udara. Waktu
menuai ialah 12 minggu selepas disemai.
Semai di dalam tanah
yang kaya dengan bahan organik serta elok salirannya. Pilih lokasi
yang menerima cahaya penuh. Jika teduh sedikit, masih serasi tanam
sayur ini.
Penjagaan
jarangkan anak pokok
sehingga apabila matang, jaraknya 30 cm antara satu dengan yang lain.
Merumput untuk elakkan persaingan dengan rumpai. Jika putik bunga
kelihatan cubit buang untuk pastikan pertumbuhan daun tidak
terbantut.
Menuai
tuai daun yang besar
dengan mengerat tangkainya. Biarkan pokok terus tumbuh untuk
mendapat tuaian yang berterusan.
Benih bit (daun)
boleh didapati daripada tanamsendiri.com
Sila Like dan Share
supaya dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan serta kenalan dan juga
untuk membantu kami di tanamsendiri.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan