Tanamsendiri Lobak
Merah (Carrot)
Lobak merah kalau
tanam sendiri lebih istimewa berbanding lobak merah yang dibeli sebab
daun lobak merah pun boleh dimakan. Ditambah ke dalam sup enak.
Lagi pun lobak merah
lazimnya menjadi kegemaran anak-anak. Sayur ini boleh jadi pemangkin
untuk anak-anak sama-sama berkebun di rumah.
Lobak merah lazimnya
bercambah 17 hari selepas disemai. Benih lobak merah ntahan selama 4
tahun. Tuaian adalah 12 hingga 16 minggu.
Jika nak tanam lobak
merah, elakkan daripada menggaul baja oranik atau kompos sebelum
menanam. Ini kerana jika tanah terlalu subur, lobak akan tumbuh
bercabang. Pastikan tanah berpasir dan membaja dengan menyembur the
kompos.
Semai di dalam alur
sedalam 1 cm. jarak antara alur 15 cm dan jarak antara semaian 5
hingga 6 cm. ketika berkebun, pastikan daun tidak cedera kerana ini
akan menarik perhatian lalat lobak merah yang gemar menyerang lobak.
Apabila tumbuh empat
helai daun, alih semaian dengan jarak 15 cm antara pokok. Penjagaan
adalah mudah, cuma pastikan anda sentiasa merumput untuk pastikan
tiada persaingan baja, air dan ruang. Gali sedikit pada pangkal
pokok untuk memeriksa saiz lobak. Jika saiz cukup besar sebagaimana
yang dikehendaki, cabut secara menegak untuk menuai.
Benih lobak ada
stok. Dapatkannya melalui laman tanamsendiri.com
Terima kasih sharing..saya baru nak bermula tanam lobak merah. Benih pun masih dalam perjalanan...
BalasPadam