Tanamsendiri Brussels Sprout
Brussels sprout
adalah juga tanaman daripada keluarga kobis. Sprouts kelihatan
seperti kobis kecil. Ia dituai daripada batang pokok. Ada yang
kaitkan sprout dengan daun yang longgar dengan suhu. Itu ada
kebenarannya, tetapi didapati ada yang hasilkan sprout yang padat
walaupun tinggal di tempat yang panas, iaitu di kawasan tanah rendah.
Sebenarnya jika ditanam di tanah yang padat, iaitu tanah yang kaya
dengan tanah liat, sprout yag dihasilkan padat.
Kebiasaannya benih
Brussels sprout bercambah antara 7 hingga 12 hari selepas disemai.
Setiap pokok menghasilkan 900g tuaian. Benih sprout tahan selama 4
tahun. Tuaian adalah antara 28 hingga 36 minggu selepas disemai.
Tanah yang sesuai
ialah tanah lom berlumpur yang diperkaya dengan bahan organik serta
tidak menakung air.
Semai di dalam alur
sedalam 1 cm. Jarakkan antara alur kira-kira 15 cm. Jarakkan antara
semaian 7 cm. Jangan semai terlalu rapat. Ini untuk elakkan semaian
menjadi lemah.
Alih anak pokok
apabila ia tumbuh mencecah 1hingga 15 cm. Tanam sehingga paras set
daun pertama. Siram menggunakan teh kompos.
Lindung pokok
daripada burung ciak dan merpati kerana ia suka memakan tunas sprout.
Pasang pancang supaya pokok tumbuh tegak dan timbus bahagian asas
pokok untuk kukuhkannya.
Tuai sprout apabila
ia tumbuh sebesar bole ping pong. Tuai tunas bawah ke atas. Tuaian
adalah berterusan.
Kami ada semai benih
brussels sprout baka merah dan benih telah pun bercambah. InsyaAllah
tidak lama lagi ia akan sedia untuk dikongsi. Untuk dapatkan anak
pokok, sila ikuti posting tanamsendiri.com melalaui blog dan laman
facebook, atau whatsapp 0183601610. Kami berada di Semenyih,
Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan