Brokoli, satu lagi
sayur daripada keluarga kobis (brasiccas) yang boleh ditanam di
tempat panas seperti di negara kita. Benih brokoli lazimnya
bercambah dalam masa 7 hingga 12 hari. Satu pokok mampu menghasilkan
600g tuaian. Benih brokoli tahan selama 4 tahun. Jangkamasa menuai,
owh lama. Dari semai hingga tuai, 44 minggu. Jika nak cepat tanam
calabrese, hanya 12 minggu daripada semai hingga tuai. Kalau lama
begini, berbaloi tak tanam brokoli? Berbaloi sebab kita boleh
amalkan kerat dan tumbuh lagi. Tuaian setiap 6 minggu.
Brokoli tumbuh subur
di dalam tanah lom berlumpur yang diperkaya dengan bahan organik
serta tidak menakung air. Pilih lokasi yang menerima cahaya penuh.
Sebelum menanam, cangkul tanah dan gaulkan dengan kompos dan kapur
tetapi jangan sampai tanah menjadi terlalu longgar.
Semai benih dalam
alur sedalam 1 cm. Jarakkan antara alur kira-kira 15 cm.Jarakkan
antara benih 7 hingga 8 cm. Apabila anak pokok tumbuh 8 hingga 10
cm, alih. Anak pokok brokoli mesti dialih supaya pertumbuhannya
melonjak.
Jarakkan antara
pokok 30 hingga 45 cm. Masang pancang untuk pastikan pokok tidak
tumbang. Sentiasa membaja, seeloknya siram dengan the kompos untuk
pastikan pertumbuhan tidak terbantut. Sentiasa periksa pokok untuk
pastikan ia bebas serangan perosak dan penyakit. Ulat bulu suka
serang pokok brokoli. Jika ada, kutip dan musnahkan.
Letak jaring untuk
lindungi pokok brokoli daripada serangan burung merpati. Ia suka
makan pucuk dan bunga brokoli.
Tuai dengan mengerat
tangkai bunga sebelum bunga brokoli mekar. Jika bunga mula mekar
(terbuka), ia akan menjadi berserat. Tunas baharu akan mula muncul.
Anda akan dapat tuai lagi selepas 6 minggu. Tuaian adalah
berpanjangan. Gunakan pisau atau gunting yang bersih untuk pastikan
pokok tidak dijangkiti penyakit di tempat luka tuaian.
Jika anda tidak tuai
bunga, tunas bunga baharu tidak akan muncul.
Benih brokoli ada
stok. Anda boleh dapatkannya daripada blog tanamsendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan