Pendebungaan-silang
dan pendebungaan-kendiri
Kebanyakannya bunga
mengalami proses pendebungaan dengan mudah, tanpa perlukan bantuan
daripada pekebun. Kebiasaannya bunga daripada pokok mengandungi
bahagian jantan dan betina di dalam satu bunga. Bunga sebegini
dikenali sebagai bunga lengkap. Misalnya bopok tomato, cili dan
terung mempunyai bunga yang lengkap.
Apa pula pokok yang
mempunyai bunga jantan dan bunga betina, dalam satu pokok. Misalnya
pokok labu manis, labu air, dan timun. Pokok tersebut mempunyai dua
jenis bunga yang berbeza. Bunga jantan menghasilkan debunga. Bunga
betina mengandungi ovum. Bunga betina mempunyai putik buah
dipangkalnya.
Ada pula pokok
menghasilkan hanya bunga jantan, dan hanya bunga betina. Misalnya
pokok bunga tonkin jasmin. Pokok jantan menghasilkan hanya bunga
jantan, yang lazimnya dipetik dijadikan sayur. Pokok betina hanya
menghasilkan bunga betina, yang menghasilkan biji benih.
Kadang-kadang
debunga bersenyawa dengan ovum daripada bunga yang sama. Proses ini
dikenali sebagai persenyawaan-kendiri. Ada juga pokok yang tidak
serasi-kendiri. Maksudnya, debunga daripada bunga atau pokok yang
sama tidak boleh senyawakan ovumnya. Ia perlukan debunga daripada
bunga atau pokok yang lain. Persenyawan begini dikenali sebagai
pendebungaan-silang.
Banyak pokok
perlukan proses pendebungaan-silang untuk hasilkan buah yang bermutu
tinggi. Ada juga pokok yang separa pendebungaan-sendiri, jadi jika
tiada pokok yang lain berdekataan, persenyawaan dan penghasilan buah
masih berlaku. Bagaimana pun, buah yang dihasilkan adalah lebih
lebat dan bermutu tinggi jika ada pokok lain berdekatan.
Oleh kerana
kebanyakan pokok didebunga oleh serangga, jarak antara pokok mestikan
di dalam kawasan yang serangga mampu singgah. Jika jarak antara
pokok terlalu jauh, pendebungaan melalui serangga tidak berlaku.
Anda juga boleh
bantu pendebungaan. Anda boleh gunakan berus lukisan. Sapu ke atas
bunga jantan supaya debunga melekat di atasnya. Kemudian sapu ke
bahagian stigma, iaitu bahagian yang menerima debunga supaya
pendebungaan berlaku.
Lebah, kumbang, dan
kelulut adalah antara serangga yang membantu proses pendebungaan.
Pastikan laman kebun anda mesra serangga tersebut, terutamanya ketika
pokok sedang berbunga. Elakkan menyembur racun serangga terutamanya
ketika pokok sedang berbunga untuk pastikan serangga pedebunga tidak
terbunuh atau dapat berkunjung ke laman kebun. Anda juga boleh tanam
tanaman yang menghasilkan bunga yang banyak untuk menarik kehadiran
serangga pendebunga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan