Tumbuhan membiak
secara seks melalui biji benih. Byang dihasilkan perlu disebarkan
sejauh mungkin daripada induknya. Ini untuk mengelakkan anak pokok
tumbuh berdekatan dengan induknya, dan berlaku persaingan ruang, air,
cahaya, dan nutrien.
Haiwan, misalnya
burung, tupai, dan lain-lain boleh bergerak dengan bebas. Haiwan
tersebut dapat membantu tumbuhan menyebarkan benih jauh daripada
induknya. Untuk memujuk haiwan menyebarkan benihnya, tumbuhan
hasilkan buah yang enak rasanya, dengan harapan haiwan akan
memakannya dan sebarkan benih yang ada di dalam buah setelah
memakannya. Dengan cara ini, benih akan tersebar sejauh mungkin.
Proses penghasilan
dan pertumbuhan buah kebiasaannya dikaitkan dengan pembiakan secara
seks melalui biji benih. Sebelum benih dihasilkan, zarah zarah
debunga daripada bahagian jantan bunga dialih ke stigma, bahagian
betina bunga yang melekit. Stigma bersambung ke ovum yang apabila
matang menjadi benih. Proses debunga dialih ke stigma dikenali
sebagai proses pendebungaan.
Proses pendebungaan
dituruti dengan proses persenyawaan, iaitu apabila sel jantan
bergabung dengan sel betina untuk menghasilkan embrio atau biji
benih, yangzimnya berada di dalam buah. Kebiasaannya, jika
pendebungaan dan persenyawaan gagal, buah tidak terbentuk. Bunga
akan kering dan gugur. Oleh itu, jika kita tanam pokok atau sayur
buah, kita perlu pastikan pendebungaan berlaku. Jika tidak, buah
tidak akan terbentuk.
Bersambung....
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan