Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 1 Ogos 2016

Cacing Tanah, bahagian 1

Aktiviti vermikultur, secara kasarnya bermaksud mengkultur cacing (tanah), iaitu membiakkan dan membesarkan cacing (tanah).  Sasaran aktiviti vermikultur ialah untuk menhasilkan lebih banyak cacing.  Ia tiada kena mengena dengan aktiviti mengkompos.  Versikompos adalah produk sampingan aktiviti vermikultur.  Lazimnya aktiviti vermikultur adalah untuk menghasilkan cacing umpan atau makanan haiwan peliharaan, misalnya burung dan ikan hiasan.

Aktviti vermikompos adalah aktiviti mengkompos bahan organik menggunakan cacing (tanah).  Maksud mengkompos ialah menguraikan menjadi bahan yang lebih ringkas.  Cacing digunakan untuk mencepatkan proses pengraian bahan organik.  Aktiviti ini menghasilkan vermikompos yang digunakan sebagai baja organik.

Walaupun kedua-dua aktiviti ini berbeza, ia bertindan dan saling berkait.

Kami akan tambah satu lagi topik di dalam ebook “Menanam Secara Organik Di Rumah” iaitu berkait dengan vermikultur dan vermikompos kerana ia dirasakan berguna untuk rakan-rakan yang menjala aktiviti berkebun di rumah serta menghasilkan baja sendiri menggunakan sisa dapur.

Fail yang berkait dengan topik ini akan dimuat naik ke dalam group dan boleh dimuat turun oleh rakan-rakan yang telah membeli ebook sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan